nuffnang

Wednesday, August 15, 2012

South Korea.........Charged!!!! Day 2 part 1

Salam rakan2 sekalian...pengembaraan kembali di sambung......hari ke 2 di korea dan di jeju island....

Menurut perancangan awal...ekspedisi pada hari ini nak dimulakan pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan (ketika ini kui 5 dah cerah...waktu subuh plak kui 3 lebih.......sbb masa siang sini panjang dari malam)..tetapi ahli rombongan lain terlewat so kui 7 baru gerak....sementara menunggu diaorg tu sempat la layan Champions League final.......

setelah bersarapan (sarapan bwk makanan sendiri...hotel hanya sediakan kelengkapan memasak saje...) kami memulakan perjalanan ke tempat yang telah dirancangkan...

tempat pertama yang kami lawati adalah Hallasan Mountain (Gunung Hallasan)...gunung ini terletak di tengah2 pulau Jeju...nak pegi sane pakai GPS je...masukkan no telepon kedai or hotel yang berhampiran...terus keluar jalan...senang dan mudah....

setibanya kami disana....ingatkan sempat la nak hiking sekejap...sebab ketika berada dipuncak...anda akan melihat satu panorama yg cukup indah dan cantik.....malangnya.......tempoh mase yang diperlukan untuk mendaki sahaja memakan masa selama 3 jam....ingatkan dalam sejam je....hahaha...so kalo naik jugak memang seharian kat sane je la....so kami batalkan misi nak menaiki gunung tersebut....dan menjalankan sesi fotografi dikawasan kaki gunung sahaja.....suhu pun agak sejuk.....mmg sesuai la nak mendaki....hahahaha

memang kene repeat ni...next visit dtg sini....mendaki gunung hallasan....

simpang masuk ke parking

kawasan parking kereta

papan infomasi....dan petunjuk laluan

starting point

sekumpulan pendaki melakukan regangan

sekitar laluan

kawasan istirehat/lanskap

setelah penat mendaki...minum air dulu

ok..disebabkan x mendaki gunung ni..mase pun x byk la di buang kat sini.....tempat seterusnya ialah....Sangumburi....

Sangumburi merupakan salah satu tempat yang menempatkan volcanic crater...atau kawah gunung berapi.....lupe nak mention awal2 lagi..pulau jeju ini merupakan pulau yang terhasil dari pembentukan gunung berapi......telah diisytiharkan oleh unesco sebagai 7 Nature of Wonder in The World. maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sangumburi ini..sila klik link ini info sangumburi. Sangumburi juga salah satu tempat yang patut dilawati di pulau jeju ini..... bayaran masuk sorang 3000 won saje....layan lah sekitar pemandangan di kawasan ini

pintu masuk

pamplete


minum air dulu 










ni la volcanic crater yang dimaksudkan...



pemandangan disini mmg menarik lebih2 lagi cuace yg agak dingin dan mendung membuat perjalan yang santai rilek..cool....dan seronok......sayang cuace agak mendung dan berkabus....

ketika disini...dapat kenal org dari Malaysia yang kebetulan bercuti bersama rakanya yang juga penduduk di jeju ini....hihihi....dapat la tour guide free...hihihihi... next station akan ke jeju folk village...

maklumat lanjut next entry.....(bnyk sgt dah ni..huhuhuhuhu)


Monday, August 13, 2012

South Korea.........Charged!!!! Day 1

Salam rakan2....

Pengembaraan bersambung......

Tepat jam 6.20 pagi (waktu tempatan) pesawat air asia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.........setelah selesai segala pemeriksaan oleh kastam, imigresen dan lain2 badan berkaitan...kami pun menuju ke balai ketibaan....sambil mencari tempat yang boleh diduduki bagi menghilangkan kesan jet lag....(seb baik dah makan kat atas..so x de la kelaparan pada ketika ini)....

Sambil berbincang apa tindakan seterusnya...kami sepakat untuk menyewa telefon bimbit bagi kegunaan kami sepanjang berada di Korea. Menurut kajian yang dibuat dari blog2 yang didapati di internet..keperluan telefon dan line sekali ini sgt penting bagi memudahkan urusan dengan pihak agen. Terdapat byk kedai sewa telepon di balai ketibaan lapangan terbang tersebut.....dan terdapat berbagai promosi yang diberikan....

Setelah selesai urusan sewa beli telefon bimbit...kami meneruskan perjalan untuk ke Lapangan Terbang Gimpo...untuk kesana kami perlu menaiki tren bagi meudahkan perjalanan memandangkan lapangan tersebut terletak agak jauh dari bandar Incheon. Sebaik sahaja keluar dari bangunan terminal...cuaca pada ketika itu agak sejuk...tp x sejuk mana pun..(bak kate org sejuk2 aircond dlm 20-23 darjah celcius). Terminal tren terlatak bedekatan dengan airport dan tidak susah untuk kesana....sampai kat terminal terus cari mesin tiket dan terus menaiki tren yang akan membawa kami ke Gimpo (tambang dlm 10000 won)....perjalanan mengambil mase lebih kurang 45 minit......

sekitar kawasan Incheon airport


urusan sewa beli phone dan line
terminal tren incheon..seberang jalan je...

Arrival hall Incheon airport

Sejurus tiba di Gimpo airport...kami terus ke kaunter untuk daftar masuk (kami memilih Eastar Jet dan perlu diingatkan flight dari Gimpo ke Jeju kami beli sendiri) setelah selesai daftar masuk dan bagasi..kami membuang masa di kawasan airport tersebut sebelum berlepas....keadaan disini sedikit sebnyak menyamai LCCT dan Terminal 3,Subang kerana hanya terdapat penerbangan domestik dan ke Jepun serta China....setelah pengumuman dibuat kami pun ke balai berlepas ke Pulau Jeju....perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 min-sejam (lebih kurang dari LCCT ke Pulau Langkawi)....berlepas ke jeju...gentlement...clear for take off!!!!

beli tiket tren dulu..jgn risau..ade option bahasa inggeris
kene study lah ye rakan2....
suasana didalam tren...

at Gimpo airport...poster JYJ tu

setibanya di Jeju airport....terus ke kaunter untuk pengambilan kereta yang telah dibooking untukdisewa ketika berada di Jeju ini. Sistem yang digunakan disini amat teratur kerana setiba dikaunter....berikan booking recipt dan anda dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan oleh pengusaha kereta sewa....bas tersebut akan membawa anda ke tempat kerete sewa untuk mengambil kereta...antara dokumen2 yang diperlukan ketika berurusan adalah passport,permit memandu antarabangsa (buat kat JPJ je RM 150 utk setahun) dan booking recipt.....urusan nye x lame...cume maybe terdapat masalah komunikasi dgn mereka....so..body language amat berkesan disini...supaya mudah difahami....

Jeju international airport....
deretan keta sewa.....
kerete yang kami sewa.....Kia K5 (sehari dlm 50 usd=apprx RM 150.00)
Setelah selesai urusan sewa kereta...angkut segala bebanan yang ada untuk dipindahkan kedalam kereta dan terus menuju ke tempat penginapan kami....kami bermalam di Jeju Hiking Inn terletak di bandar Seogwipo...hotel in agak famous disini kerana harga dan lokasi nye....selain itu juga ia direcommended by Lonely Planet...hihihi.... layan panorama semasa perjalanan menuju ke sana....

keadaan dlm kereta...GPS yg byk membantu..just masukkan no telefon je..terus dpt
 direction...tapi dlm bahasa korea la...

keadaan jalan dan landskap....

sedikit mendung......bunge dah kembang

sampai dah jeju hiking inn....lonely planet recommend
 tu....4/5 bintang la leh bagi
sampai je terus... cek in..punggah barang2 yang ade...mandi ape bagai......pastu kuar balik....rugila kalo sampai terus tido je.....masih terang lagi ni....petang tu kami berjalan2 disekitar bandar jungmun...dan kawasan hotel..... terdapat byk muzium di sekitar jeju ni..tapi dah petang...byk dah tutup....so layan gambo kat luar je la....muzium x berapa minat nak masuk...huhuhu layan dulu sekitar petang dan malam ketika hari pertama di korea ini....

teddy bear museum

pun same jugak

dunkin donut

rase2 nk jadi cinderella..leh naik ni

patung ni byk di sekitar jeju..ade history dia..

dah mcm burj khalifa


sekitar saeyeon bridge

berlatar belakangkan bandar saeyeon
cukup dah pasal hari pertama...hari kedua...kene tunggu sikit masa lagi......
calooo.....



Monday, August 6, 2012

South Korea.........Charged!!!! Day 0

Salam sume rakan2...........

Topic trip pada kali ini adalah ke negara K-pop....iaitu Korea Selatan....Trip yang pertama yang memerlukan kite duduk didalam flight selama lebih kurang 6 jam........satu tempoh yang agak lama dan jauh berbanding trip-trip sebelum ini.........

Sedikit introduction......

Tiket dibeli pada Disember 2011 dan kapal terbang berlepas pada 18 Mei 2012.....dalam tempoh itu segala keperluan untuk trip ini dirancang dan dibincangkan bersama rakan2 yang turut serta dalam ekspedisi kali ini ...dari segi penempahan tempat penginapan di Pulau Jeju, kereta sewa di pulau jeju, permit memandu antarabangsa dan lain-lain. Segala aktiviti di Pulau Jeju selama 3 hari adalah atas inisiatif sendiri dan tidak melibat sebarang agen pelancongan. So, sedikit study dibuat bagi melancarkan perjalan ketika di sana. Manakala ketika di Seoul kami menggunakan khidmat agen yang juga orang Malaysia yang menetap di sana bagi memudahkan ekspedisi kali ini. Pihak agen hanya menyediakan pakej yang melibatkan pengangkutan (dari airport ke hotel, subway, bas dan lain-lain kenderaan awam, tempat penginapan dan juga seorang tourist guide yang terdiri daripada org Malaysia juga). Masalah komunikasi ketika disana juga telah dapat diselesaikan. Tak perlulah nak belajar ckp korea pun....stakat yang basic seperti ucapan selamat dan terima kasih sudah memadai. Tempoh ekspedisi kali ini adalah selama 8 hari ( 3 hari di Jeju dan 5 hari di seoul) dan berakhir pada 26 Mei 2012. Segala details berkenaan dengan ekspedisi kali ini akan diceritakan dari semasa ke semasa.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah dari kl sentral bertolak ke LCCT dan sehingga menaiki kapal terbang........sebab kerana kapal terbang mendarat pada keesokan harinya di lapangan terbang antarabangsa Incheon.

Perjalanan dimulakan dari KL sentral dan menuju ke LCCT....tiba di LCCT dan menunggu ahli rombongan yang lain.....

berikut adalah sesi caption picture sebelum menaiki pesawat yang akan berlepas ke Incheon.....

segala keperluan termasuk makanan segera stok utk ketika disana......

baru nampak mcm traveler kan...hahahahahah



pemandangan ketika diatas pesawat....captain cakap " fasten your seat belt, we about to landing soon"
Selepas mendarat.......tunggu next entry.. Caloo......