nuffnang

Thursday, July 27, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Da Lat-day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....

Pengambaraan #siripenaklukan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ke Da Lat dan masih lagi di dalam negara Vietnam. Untuk pengetahuan semua, bandar Da Lat merupakan hentian yang tidak tersenarai dalam itineri awal. Mari kita lihat apa yang terdapat di bandar Da Lat.

Sedikit info bandar Da Lat. Da Lat merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di selatan Vietnam antara Nha Thrang dan Ho Chi Minh. Kawasan ni lebih kurang tarikannya macam Cameron Highland tapi apa xtvt yg boleh dilakukan akan diceritakan di bawah ini.

Selepas cek out hostel, pick up dijangka tiba pada jam 8:00 pagi. Lepas cek out sempat sarapan bersama-sama dengan tetamu yg lain sambil bersembang tentang destinasi masing. Pick up sampai jam 8:30 pagi dan aku dibawa ke tempat bas bertolak. Semestinya bukan stesesn bas yang proper tetapi di tepi jalan bas tersebut sudah menunggu penumpang. Bas x penuh pun dan telah memulakan perjalanan pada jam 9:00 pagi. Bas bergerak meninggalkan bandar tepi laut Nha Thrang menuju ke bandar tanah tinggi Da Lat. Seperti dijangka laluan yang dilalui oleh bas yang aku naik mmg laluan bengkakng bengkok dan mendaki bukit. Pemandangan sepanjang perjalanan juga adalah hutan dan dapat juga terlelap sbb ngantuk sgt. selepas 2 jam perjalanan, bas berhenti rehat di sebuah restoran. yang peliknya mmg ada satu je restoran kat sini dan semua bas menuju ke Da Lat berhenti di sini. Nak makan mmg x boleh la..buang apa yang patut dan selepas stgh jam bas kembali menyambung perjalaanan.

Tepat jam 12:00 tgh hari bas mula memasuki sempadan bandar Da Lat..cuaca panas terik dan cantik untuk meneroka. Kemudian bas tersebut berhenti di sebuah pejabat travel agen dan semua penumpang dikehendaki turun. Kami disambut dgn gembira oleh staff pejabat tersebut dan menanyakan hostel yang telah dibooking. Aku terus ckp Pizzatet hostel. Pelikan nama hostel tu. dan transport ke hostel akan diuruskan oleh mereka sbb kalo nak jalan mau 2 km hahahaha. Sempat la usha2 tour yang ada dan kebanyakan nye bermula jam 8:30 pg. Nak sewa moto pun x tau mana hala tuju sbb x dan nk study. Nampak gaya kene extend la lg semalam utk amik tour yang telah disediakan. Ada 3 pakej yang disediakan dan terpulang kepada anda untuk pilih yang mane.

Selepas setengah jam melepak sambil tunggu transport, transport yg ditunggu telah sampai dan aku dihantar ke Pizzatet Hostel. Dalam 10 minit sampai la aku di hostel tersebut. Hostel tersebut merupakan kedai pizza di bawahmya dan di atas nye hostel. Sampai je di situ terus cek in dan tgk pakej tour yang telah disediakan. Aku amik pakej city tour yang berharga 170000 dong dan extra semalam dgn harga 5 usd. Harga book melalui agoda rm 18 semalam include bfast. Ternyata book melalui agoda lag murah compare to walk in. Dan terus beli tiket untuk ke Mui Ne pada hari lusa dgn harga 100000 dong.setelah setel sume booking, naik atas landing kat katil dulu sambil berehat dan lain2 urusan sebelum kelur untuk explore bandar Da Lat. Sebab saya pilih hostel ini ialah dekat dengan lokasi Crazy House yang merupakan salah satu tarikan di Da Lat.  

Selepas recharged hidupkan maps.me dan terus menuju ke crazy house. Tapi sebelum tu singgah atm jap sbb duit dong dah makin berkurang, duit usd simpan untuk kegunaan di Cambodia nanti. Withdraw 2 juta dong untuk kegunaan di Mui Ne dan Ho Chi Minh nanti. Lepas je withdraw terus menuju ke crazy house. Crazy House ni merupakan hotel yang direka bentuk bertemakan horror dan fantasi. Korang boleh je nak stay sini tapi byk review x rekemen sbb akan byk diganggu okeh pelawat yang melawat crazy house ni. Dalam 800 m je dari hostel x jauh pun. Sampai kat pintu masuk, bayar tiket 40000 dong dan taklimat ringkas diberi oleh staf di situ pastu anda boleh la meneroka crazy house ni. Memang unik la rekaan architecture rumah ni seolah2 berada di istana lama zaman king arthur atau robin hood. hahahaha tu masing2 punya pandangan la...rase ketinggian mencapai 5 tingkat, tangga yang kecil turun naik dan dengan cuaca yang sejuk di Da Lat membuat kan korang x penat pun nak explore rumah ni. 
welcome to Da Lat
entrance crazy house
lain macam dia punye design....
kalo x gayat boleh jalan ikut tangga ni...
dari satu sudut lain
macam rumah hantu pun ade gak
keadaan tangga ye..bukan roller coaster


Sejam juga la duk explore crazy house ni walaubagaimanapun terdapat renovasi sedang dilakukan maybe next time korang pegi dah complete pembinaan nya. Keluar dari crazy house jalan kaki round2 ke pusat bandar dan lihat ape yang ada...sambil2 cari nasi untuk alas perut yang sudah berkeroncong dari tadi. jumpa kedai beli nasi putih je macam biasa dan lepak tepi jalan untuk makan sebelum menuju ke pasar Da Lat.

Pas makan terus menuju ke pasar dan nak temgok apa yang ada malangnya pasar malam pun x buka sbb bukan weekend tapi orang menjual sayur dan buahan mmg banyak di tepi jalan dan juga bunga. Memang antara kegiatan ekonomi yang utama disini selain pelancongan.
makan ni je selagi x muak......jimatttt
roundabout utama Da Lat
antara landskap di bandar..banyak depa tanam bunga
pasar utama DaLat
jualan buah-buahan dan sayuran segar di tepi jalan utama
time weekend jalan ditutup....x dpt la nk tau ape ade kat walking road ni
sampai ke malam depa berniaga....

Cuaca pun dah semakin gelap...dan suhu pun semakin sejuk kaki mula melangkah menuju ke hostel. Time nak balik baru terasa jauh berjalan hahahaha... tp x jauh mana pun dalam 1.4 km dari pasar menuju ke hostel. Sampai hostel bau pizza je memandangkan poket x brape tebal tahan je la sbb dah usha dah harga pizza yang dijual hahahahaha...pastu mandi ape sume...kui 9 mlm dah baring sambil online sebelum melelapkan mata. Pengembaraan Da Lat bersambung esok hari...

nak dapatkan air asia BIG Points secara mudah? klik sini