nuffnang

Sunday, December 25, 2016

acah2 backpackers trip Indochina 2016 : Preparation

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!!

Saya baru sahaja pulang daripada melakukan kembara solo ke negara Indochina iaitu Vietnam, Cambodia dan Thailand. Perjalanan kali ini mengambil masa selama 4 minggu. Walaubagaimanapun ada juga bandar yang tersenarai dalam perancangan tidak dilakukan dan ada juga bandar yg tidak tersenarai di dalam perancangan menjadi tempat persinggahan.

Seperti kebiasaannya, persediaan perlu dibuat sebelum terbang meninggalkan Malaysia yang tercinta ini. Antara perkara penting yang perlu diambilberat ialah :

1) Passport 
    Pastikan valid (6 bulan sebelum expired) dan juga melepasi senarai blacklist Imigresen (khasnya   
    peminjam PTPTN. Seeloknya selesaikan status blacklist anda sblm ke airport.

2) Insuran perjalanan
    Saya mengambil plan dibawah syarikat AXA dengan bayaran lebih kurang RM 70 bagi tempoh 
    sebulan lebih sehingga 31/12/2016 sebab x tahu bila akan sampai ke Malaysia

3) Kad Kredit / Debit
    Jangan lupa aktifkan kad2 yang anda bawa untuk travel dimana kalo terdesak masih boleh withdraw 
    duit di luar negara.

4) Daftar masuk @ Cek in flight
    Ni kalo boleh buat seminggu awal dan print siap2 supaya x kelam kabut ketika hari bertolak.

5) Keperluan peribadi
    Ini terpulang pada masing2 punya keperluan. Yang penting makanan kene ada takut tempat yang  
    dituju tidak mempunyai sumber makanan yang halal.

6) Itineri @ Rancangan perjalanan
    Sesiapa yang ada bagus sbb dapat merancang perjalanan anda dengan sebaiknya dari segi masa  
    dan kewangan.

Last sekali, pergi ke airport dan terbang!!!! 

Nantikan pengalaman pengembaraan ini dalam entry akan datang!!!!!