nuffnang

Thursday, February 4, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 7 - Vientiene

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Coretan pengembaraan kembali bersambung, kini lokasi terletak di Vientiene, Laos. Vientiene terletak di selatan Laos, merupakan ibu negara Laos. Kami tiba di stesen bas Vientiene pada jam 6 pagi. Begitu juga dengan bas2 lain. Keadaan agak sibuk di terminal bas dengan tuk2, mini van, penumpang2 dan bas2 ekspress yang lain. Turun bas je, terus meluru ke tandas untuk membuang apa2 yang patut dan caj 2000 kip dikenakan.

Setelah selesai semua urusan, misi diteruskan untuk mencari bas hijau (from nippon people) tulisan di bas tersebut untuk ke pusat bandar. Nampak je kelibat bas di seberang terminal, terus berjalan dan nasib baik ade seat yang available. Bas ni akan berhenti di dua tempat iaitu City Center dan Morning Market. Kami turun di City Center untuk mencari tempat tinggal untuk malam ni. Tambang dikenakan adalah sebanyak 5000 kip. Dalam setengah jam kami tiba di city center dan terus mencari guesthouse. Ramai yang mencadangkan Mixay dan Dhaka guest house. Memandangkan kami berdua, kami ada byk option samaada ambil dorm atau room. Setelah hampir setengah jam berjalan, jumpa Dhaka hotel dan restoran. Ada bilik available semalam cuma 70000 kip. Kalo bahagi 2 seorang cuma perlu bayar 35000 kip sahaja. Selesai urusan cek in, masuk bilik baring, sebab masuh awal lagi untuk meneroka bandar Vientiene ni. Antara semua guesthouse yang telah saya bermalam, ini merupakan tilam yang paling lembut berbanding yang lain2. Kami amik keputusan untuk tido sekejap dan akan keluar jalan2 pada jam 9:00 pagi.

Setelah puas merehatkan diri, dan segarkan badan, kami pergi mencari travel agen untuk booking tiket ke Bangkok manakala Doni ke Siem Reap. Perlu diingatkan disini adalah lebih baik anda booking di Travel Agency yang betul dan booking melalui hotel. Ini kerana saya bertanya kepada hotel sebelah tentang tiket tren ke Bangkok, kerani hotel tersebut kata dah habis dan mencadangkan bas kepada saya dengan bayaran 250000 kip. Saya pun menolak dan menuju ke travel agency yang berhadapan dengan hotel tersebut. Tiket keretapi ke Bangkok masih ada dan tanpa membuang masa terus booking untuk keesokan harinya. Tambang dikenakan adalah sebanyak 250000 kip. Tambang ini merangkumi tuk2 dari office, sampai ke Hua Lamphong, Bangkok. Doni pun menempah tiket bas ke Siem Reap juga pada esok hari. Setelah selesai urusan booking tiket, terus tanya pasal sewa motor, setelah nego-nego dapat harga 100000 kip sehingga jam 3:00 petang esok. Amik helmet sorang satu, amik map bandar dan terus bergerak menuju ke lokasi pertama iaitu Patuxai Monument. Nampak dalam map macam jauh je, rupanya x sampai 10 minit dah sampai. Memang dekat je.Parking motor dan macam biasa amik gambar. Kebanyakan tempat yang direkemen dalam map mostly temple2 je.
keadaan di terminal bas Vientiene pada jam 6 pagi ( bas hijau tu dibelakang bas merah dekat terminal)
lokasi Patuxay Monument
Patuxay Monument (Observation deck tu boleh naik bayar 2000 kip kot)
penerangan sejarah patuxay monument


wat siseket (5000 kip entrance fee)
monumen ape x sure kebetulan jumpe di tepi sungai mekong
Masjid Jamek Vientiene

Setelah beberapa jam meronda kota Vientiene, perut pun dah lapar open maps.me cari restoran Nazim. (restoran ni femes dikalangan blogger) rupanya berhampiran dengan guest house kami. X mudah pun nak mencari. Dengan yakin dan konfiden parking motor dan menuju masuk ke restoran. Nampak esklusif (kalo kat Malaysia ni macam restoran arab). Cari table dan minta password wifi (ni mesti) kemudian baru minta menu. Sekali tgk harga mmg mabeles, nak kuar balik segan, huhuhuhu order je la briani ayam alang2 (nak amik lauk utk share tapi Doni vegetarian so amik set je) harga 45000 kip. Air amik mineral kecik (5000 kip). Sampai je makanan terus minikmati dengan aman. Doni order mee goreng vegetarian (25000 kip)

Setelah selesai makan, balik guest house lepak sementara menungu petang sebab nak layan sunset di tepi sungai mekong. Memang x banyak bende boleh buat disini, kalo dilihatkan tour atau pakej yang disediakan di pejabat travel agensi tadi mostly memakan masa 2-3 hari contoh tour ke Luang Prabang 4H3M, Place of Jar (2H1M) tour ke Vang Vien (3H2M) dan banyak lagi.So memang x banyak boleh buat. Dalam masa 3-4 jam dah habis round place of interest yang ada didalam map dan mostly sume temple.

Agak dah kul 5, cuaca luar pun dah petang2, kuar bilik start motor cari lokasi untuk lepak2 di tepi sungai mekong. Memang x jauh pun sebenarnya, tapi naik motor siap2 sbb pas tu boleh cari spot untuk celebrate new year. Sampai terus parking motor tapi kene cas 3000 kip. Night market pun dah buka round2 cuci mata sambil nak mencari cenderahati dari Vientiene. Banyak jugak la kedai yang dibuka yang menjual pelbagai barangan tempatan dan lain2. Agak2 matahari dah nak terbenam, cari port lepak di dataran tepi sungai, memang ramai jugak la yang melepak, ada yang membaca buku, sembang2, snap gambar dan ada juga main parachute. (yang x sure dia buat sky dive atau apa x sure. Selain itu juga, ada spa bergerak disini, orang2 tempatan yang menawarkan perkhidmatan medi dan pedi cure di dataran tersebut. Video sunset ada disertakan untuk tatapan anda.
sekitar pemandangan di dataran
rasa2 dia nak cari port untuk bungkus dia punya parachute kot
sebahagian gerai dah mula buka
sun setting 
antara aktiviti yang dilakukan

Setelah terbenam matahari round lagi night market sbb semua kedai dah buka rembat la sehelai tshirt harga 30000 kip (sebab beli 3 helai, Doni 2 helai) harga buka 35000 kip, mahal. Dah boring round night market amik motor round bandar konon2 nak cari spot untuk sambut new year la...tgk bunga api ke, konsert ke...memang x jumpe pun...ade pun dekat perkarangan Vientiene Center..lebih kepada makan malam dan ada show la...lepak kejap usha2 tapi x tahan berdiri dan lagu pun x paham ajak Doni balik guest house. Sampai guest house lepak bawah sambil layan roti canai...order roti telur harga 8000 kip sekeping. Time mase tu baru pukul 9 lebih...memang x de sambutan besar-besaran dibuat sbb hari kerja. So new year dekat guest house la Doni lepak minum kat bawah saya terbungkang di bilik. Memang tido awal je sejak berjalan ni.

Keesokan hari nak g menjengah ke morning market dan mall2 yang terdapat di bandar Vientiene. Dalam kui 9 pagi, packing2 dan terus cek out tinggalkan bagasi di pejabat agen dan gerak menuju ke morning market berdekatan dgn patuxay monument. Keadaan pasar pagi macam pasar chow kit. Barang basah ada, barang kering ada, perkakas rumah ade, pakaian pun ade, makanan siap pun ada tapi yang halal xde la..so tengok jela nampaknya...seb baik dah sarap biskut hahahaha. Pasar dia mmg besar dan banyak kedai...tshirt utk buat cenderhati pun ada...harga sebelum nego 28000 kip (murah rase menyesal plak beli malam tadi) kalo nego boleh dapat dalam 25000 kip sehelai. Pakaian tradisional Laos pun ade jual kat sini mostly baju pompuan la...huhuhu
Baju Tradisional Laos
Tshirt cenderahati 28000 kip harga buka dekat morning market
Peniaga makanan di morning market

Dah habis pusing morning market, terus ke Talat Sao Mall, pun dekat je dengan morning market. Talat Sao Mall ni kat sini macam pertama kompleks la lebih kurang. Kat sini juga ada jual tshirt untuk cenderahati. Harga buka 25000 kip so kalo nego boleh dapat lagi murah. So kalo nak beli cenderahati beli kat sini la sbb paling murah compare tempat2 yang dah pegi. X silap saya tingkat 2. Kat sini ade food court yang ada makanan hala dekat tingkat 4. x silap kaunter 20 nak makan sini kene beli kupon dulu baru boleh makan. Rase macam nak makan tapi awal lg, so keluar pegi round Vientiene Center. VC ni berdekatan dengan terminal bas pun x jauh juga. Bandar Vientiene mmg kecik je. VC ni macam alamanda la...mall paling esklusif di Vientiene ni. Tapi x besar mane pun. Masuk dan pusing2, kat sini toilet free je so x perlu risau hahahahaha. ada wayang, arcade game dan lain2. Ni mmg nak buang masa sementara menunggu kui 3 sebab nak balik Bangkok. 

Jam pun dah kui 12, pergi balik ke TSM untuk lunch. Amik nasi goreng ayam dengan telur dadar berharga 20000 kip. Ngam2 kan dengan nilai kupon senang. Doni amik makan vegetarian harga 15000 kip. Memang standard harga makan kat sini mahal... Dah selesai makan keluar cari petrol pump untuk isi minyak. Minyak pun dah kering at least isi skit la sebelum pulang sambil2 round bandar sementara menunggu jam 3:00 petang. Sblm pulangkan kat motor singgah masjid dulu dan terus ke pejabat agen untuk menunggu tuk2 ke stesen keretapi Thanaleg menuju ke Bangkok. Doni punya timing kui 6 petang menuju ke Siem Reap.
Talat Sao Mall tepi jalan besar je
Vientiene Center
Budak2 main game,macam mesin kuda menang dapat coin
menunggu tuk2 di pejabat agen bersama Doni
Thanaleng tren station
Sampai stesen tren je terus cop pasport kuar dari Laos kene bayar sorang 50 bhat. Seb baik ade duit bhat lg dalam simpanan tapi x banyak la. Pas setel sume pemandu tuk2 tadi bagi tiket tren dari sini ke Nong Khai (imigresen thailand) dan tiket dari Nong Khai terus ke Bangkok dapat lower berth aircond. Dari Thanaleg ke Nong Khai x jauh pun dalam 15 minit sampai dah. Tiba di Nong Khai cop pasport dan cuba cari tiket dari Bangkok ke Hatyai takut tiket xde naik 3rd kelas x sanggup woo 18 jam. Pegi kaunter hanya tiket pada 5 Jan je ada katil dan kipas tingkap boleh buka sbb feel lain sbb sblum ni dapat aircond je tanpa pikir panjang amik je. Pembayaran boleh pakai debit kad (seb baik sbb kat atm x leh withdraw x tau sebab apa) dapat je tiket terus cari gerabak dan duduk dalam tu je. Perjalanan di jangka mengambil masa selama 10 jam.
tiket Nong Khai - Bangkok
tiket Thanaleng - Nong Khai
Nong Khai Train Station

So 3 malam di Bangkok sorang2. Mari kite plan nak pegi mana sepanjang 3 hari di Bangkok. Dah masuk tren, petugas terus pasang katil dah bersantai lah kite sehingga tiba di Bangkok. Jangka tiba di Bangkok pada jam 6 pagi Sabtu. Timing cantik sbb sampai Bangkok hujung minggu. Nanti kite sambung apa yang ada di Bangkok.

Belanja hangus
Bas hijau 5000 kip
hostel 35000 kip
motor dgn minyak 54000 kip
parking 1500 kip
baju 30000 kip
lunch (rest nazim) 50000 kip
roti telur 8000 kip
toilet 2000 kip
lunch (TTM) 20000 kip
tiket tren ke Bangkok 250000 kip
bayar imigresen 50 thb
tiket tren bangkok hatyai 605 thb

p/s :nak dapatkan Air Asia Big Points Setiap bulan?? klik sini



No comments: