nuffnang

Thursday, May 19, 2016

#review buku : Travelog ET Namastee India

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!


Kembali untuk review buku. Buku yang baru habis di baca kali ni ialah buku ke-2 dari ET iaitu Namastee India. Buku ini mengisahkan pengembaraan ET ke negara India. Seperti buku yg lepas, memang penuh dengan info, pengalaman, pemandangan dan cabaran. 

Antara cabaran yang dilalui penulis ialah, berebut2 untuk naik keretapi. India mmg terkenal dengan keretapi dimana itu merupakan mod pengangkutan yang utama. Keadaan bandar2 mmg jelas dinyatakan, suasana bandar dengan hiruk pikuk bandar, hon kereta, dan penduduk tempatan.

Makanan juga banyak di highlight. Memang menjadi feveret untuk mengetahui street food yang halal di India. Chai, lassi, kebab dan lain2....

Aktiviti yang menarik yg diceritakan ialah camel safari (menunggang unta 2 hari 1 malam) makan dekat gurun bersama guide. Yang tu mmg menarik. Banyak juga tempat yang perlu menaiki kereta dan hitch hike dan trekking yang lama. 

Betul dalam buku ni mmg menyatakan India merupakan negara yang patut di terokai bagi seorang backpacker. 

Jom ke backpackers ke India kengkawan!!!!.

No comments: