nuffnang

Tuesday, January 2, 2018

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Mui Ne -Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Pengembaraan di Vietnam kembali diteruskan menuju ke Mui Ne. Bas yang dijanjikan untuk datang pickup jam 8:30 pagi di hostel. Sebelum bas datang baik turun awal skit supaya breakfast tidak burn begitu sahaja. Menu pagi ini ialah Vegetarian Fried Rice. Semalam x perasaan ade menu ni..hari ni nampak eloknya bantai la nasi sebab perjalanan kemungkinan mengambil masa selama hampir 4-5 jam. Pagi ni Da Lat mmg dingin dan terlihat kelibat tetamu lain yang sedang bersarapan dan bersedia untuk mengharungi aktivti yang telah mereka rancang. Makanan yang ditunggu-tunggu telah tiba dan mula menikmati sarapan dengan penuh perhatian dan perlahan-lahan kerana masa pun masih banyak sambil menunggu bas datang. Actually bukan bas pun...mini bus je. Setelah selesai makan aku lakukan pemeriksaan terakhir untuk memastikan barang-barang tidak tertinggal di hostel sebab kalo tertinggal memang akan membuang masa untuk patah balik. Tepat jam 8:30 pg van yang sampai...dimana van akan hantar ke tempat bas berhenti untuk mengumpul tetamu yang menuju ke arah destinasi yang sama. Kebetulan ternampak couple thai semalam yang naik bas bersama untuk menuju ke Mui Ne. Tepat jam 9.00 pagi bas mula bergerak meninggalkan bandar Da Lat.

Sepanjang perjalanan terlihat bukit bukau pokok dan kabus menyelubungi pemandangan. Perjalanan ini bermula di tanah tinggi dan berakhir di kawasan pantai. Nak tido dalam bas pun x berapa selesa sebab keadaan jalan yang bengkang-bengkok serta berlubang-lubang. Melayan perasaan sambil melihat luar dan melihat kerenah para penumpang lain yang terdiri daripada pelbagai warganegara dan peringkat umur. Ada juga yang mengembara bersama keluarga, pasangan dan juga berseorangan. selepas beberapa jam perjalanan, bas berhenti di suatu kawasan rehat dimana terdapat kedai runcit dan makan. ada dalam 2-3 bas berhenti rehat disini memandangkan inisatu-satunya kawasan rehat yang ada. Semua keluar untuk meluruskan pinggang, membeli makanan ada yang ambil masa untuk makan, ke tandas dan lain2 lagi. bas berhenti selama hampir setengah jam dan terus bergerak ke Mui Ne. Hampir jam 2 petang bas tiba di Wilayah Phan Tiet. (jgn salah sebut..nanti lain org paham). Mui Ne terletak di dalam wilayah ini. Bas berhenti di pejabat agensi pelancongan dan kelihatan pemandu teksi motor menunggu untuk menyambut penumpang yang turun. Aku terus buka map untuk mencari guest house yang telah dibooking malam tadi..dan ternyata kedudukan guest house tersebut hampir 5 km dari tempat diturunkan. Nak menapak cuaca amat panas terik (dah lame x rase panas) so aku pun try nego dengan teksi motor setelah harga dipersetujui 50000 dong aku naik dan terus menuju ke Hoang Nga Guest House untuk 1 malam berharga 4.92 usd dan esok akan bertolak ke Ho Chi Minh pada waktu malam.


pemandangan bukit bukau berkabus
kawasan rehat yang disinggahi

Sampai je guest house terus cek in dan berehat sebentar di dorm. Dorm mempunyai 8 katil dan semua penuh..bilik air kat luar nasib air cond kuat x terasa panas. Agak2 dah hilang skit rase sengal kat badan terus ke kaunter untuk urusan pembelian tiket sleeper bas ke Ho Chi Minh malam esok. tiket dapat berharga 140000 dong. selepas selesai urusan beli tiket..terus keluar guest cari kedai sewa motor. kat sini nak amik tour kalo sorang2 macam mahal...sewa motor lg mudah dan senang..harga motor sewa sehari 220000 dong selama 24 jam. kedai motor pun x jauh seberang jalan je nanti nak pulang senang. dapat je motor terus bergerak menuju ke white sand dune terletak hampir 25 km dari guest house. dalam sejam jugak la perjalanan sebab bawa rilek2 sambil layan view tepi pantai kampung nelayan dan korang juga akan jumpa red sand dune dulu. red sand dune tu esok la kite pegi kejar sunset sebab nak parking motor kene bayar. Tuang minyak dulu sbab kedai motor ni mmg minyak tinggalkan skit je untuk jalan. sebelum ni ade terbaca juga dalam blog, terdapat road blok menuju ke white sand dune tu. Aku berharap pada hari ni road blok tu xde..jangkaan aku silap....aku ternampak kelibat pegawai yang membuat pemeriksaan dan x sempat nak patah balik...ade juga la 4-5 motor dibelakang aku turut ditahan.

Sebaik sahaja ditahan,pegawai tersebut meminta aku lesen memandu untuk diperiksa, aku dengan slumber keluarkan lesen memandu malaysia..ingat valid tetapi x valid depa nak permit memandu antarabangsa. Selepas itu pegawai tu cakap kene denda sebanyak 800000-1200000 dong (50 usd) atau motor akan ditarik selama seminggu. Aku pun cakap la aku xde duit banyak tu. Pastu dia bincang dengan pegawai atasan dia yang juga berada disitu. Pegawai tu nampak macam orang baru je..x tau ape2. pastu diskusi berlangsung seperti dialog dibawah

P = Pegawai JPJ Vietnam      A=aku

P=How much money do you have? you must pay 800000dong to clear this.

A=i don't have that money...i already have this (sambil keluarkan duit dari kocek seluar belakang 300000 dong

P=how u want to pay this summon if u have only this?

A=im sorry i have only this much.. sambil buat muka kesian

P= u have debit card? u can withdraw from the atm at the petrol pump and pay!!

A=i dont bring my debit card (padahal ade je dalam beg gantung tp depa x perasan aku ade beg gantung masuk dlm baju)

P= actually where are u headed?

A=im going to white sand dune.

P=how come you travel and you just have this much money?

A= actually today is my last day in vietnam, tommorow im going back, that's why i just have this only. i already pay for my bus and flight ticket to going home tommorow.

P=(sambil kerut dahi dan bincang balik dengan pegawai atasan dia)

P=so how much do you have? let me see...

A= only this (1 keping 100000 dong dan 1 keping 200000 dong)

P=i take this and you can go (sambil amik 200000 dong)

A=thank u..but when im going back to my hostel it should be ok right?

P=yes..u can go...

Tanpa membuang masa aku terus blah sambil tu aku tengak kat belakang mat saleh ade dalam 4-5 motor lg sedang di tahan....terbang duit aku 200000 dong untuk belanja kat vietnam...aku malas nak withdraw lg sebab lag 2 hari je kat vietnam...kat ho chi minh boleh pakai RM. Entry fee untuk white sand dune dah kene pow oleh pegawai jpj tadi...so aku x masuk la white sand dune tu..amik gambo dari jauh je...spoil abis mood kat vietnam ni...hahahahaha.
lepas kene saman...

menuju ke white sand dune

white sand dune dari jauh je...duit dah xde sbb kene pow

sedih xde duit nak masukkkk

Lepas amik gambo dari jauh je, aku terus patah balik menuju ke hostel dan melalui kawasan tepi pantai di mana para nelayan menurunkan hasil atau nama pendeknya kampung nelayan. layan sunset pun ok sebab masa pun mmg nak sunset..sampai je kawasan tersebut....parking motor dan lepak dekat tepi tebing...ade la kedai2 tepi jalan yang jual seafood..nak beli duit dah habis...beli la nasi putih untuk makan bersama sambal di tepi laut. nak beli nasi pun macam biase la kene pakai body language, google translate....last2 pakai gambo nasi je terus dapat harga 20000 dong (4 ringgit woo) bapak mahal. Dah amik port masing2 ade juga pelancong lain siap kamera dslr dan macam2 ragam la kat sini nak tgk sunset. Ketika nak makan, sambal dah ade bau skit...x pasti samaada dah basi atau belum. tapi x nak amik risiko terus buang sambal dan nasi tu simpan balik utk makan kat hostel je sebab ade bawak backup makanan dlm tin. selesai je layan sunset terus balik hostel.
seafood yg dijual di tepi jalan

fresh...masih hidup lagi seafood ni

motor yang disewa untuk menjelajah mui ne

layan sunset...nak turun bawah malas...kalo turun boleh naik bot tradisional tu

sampai hostel..mandi ape bagai...solat kat luar je sebab dalam bilik orang penuh x de ruang...pas solat makan nasi tadi. lepas makan start motor konon nak round2 la tgk ape yang ade malam2 ni kat Mui Ne. Tapi nampaknya memang xde ape2 sangat aktiviti malam-malam kat sini...agak2 rase dah jauh sgt jalan tu..patah balik hostel dan lepak kat bilik jela. Sempat la sembang dengan roomate yang terkena saman juga..hahahaha bukan aku sorang je yang kene...kes tipu time isi minyak pun ade...aku pun x perasan aku kene tipu ke x time isi minyak...x lame tu sume tutup lampu dan tido..esok nak kejar sunrise kat red sand dune kan...kene bgn awal woo....






No comments: