nuffnang

Showing posts with label nakhon ratchasima. Show all posts
Showing posts with label nakhon ratchasima. Show all posts

Monday, February 29, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 11- Bangkok Day 3 part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Perjalanan di teruskan dari Paleo Khao Yai menuju ke ChokChai Farm. Chok Chai Farm terletak hampir 20 kilometer dari Paleo Khao Yai. Kami menunggu bas di hadapan Paleo namun bas yang ditunggu masih tidak kelihatan. Setelah hampir setengah jjam menunggu tanpa hasil, Shima mencadangkan kami berjalan kaki dan cuba untuk hitch hike.. Hitch hike?? perkara yang tidak pernah terlintas untuk melakukannya....apa salah mencuba mane la tau berjaya dan perbelanjaan dapat dijimat kan. Kami pun memulakan perjalanan menuju ke arah Chok Chai Farm.Terdapat banyak tempat menarik di sepanjang jalan seperti resort, kilang coklat dan lain2.
tunggu bas yang x sampai2

Kami berjalan sambil membuat isyarat untuk menumpang kenderaan yang lalu di kawasan itu. Dengan cuaca yang panas dan kering, kami meneruskan langkah dan masih belum dapat menumpang sesiapa. Setelah agakk lama berjalan, ternampak kedai menjual barangan antik di tepi jalan, amik peluang untuk berehat dan mengambil gambar. Perjalanan diteruskan.... kami ternampat seseorang yang menaiki motosikal 3 roda yang melalui kami. Tanpa membuang masa kami menahan dan cuba menyatakankan hasrat kami. Komunikasi sekali lagi menjadi masalah kepada kami dan akhirnya berjaya ditumpangkkan setakat mana yang dia hendak pergi. Selepas hampir 4 km, kami diturunkan di tepi jalan dan beliau terus menuju ke kedai selepas kami mengucapkan terima kasih. Merasala naik moto 3 roda di tempat orang. 
tumpang2......

naik moto 3 roda...hilang penat jap
jumpe kedai antik di tepi jalan...macam2 barang antik ada


Perjalanan di teruskan, dan ternampak resort yang menarik.... ambil gamba sekepinng dua dan Shima seperti biasa pose dihadapan resort tersebut. Kami terus berjalan dan membuat isyarat untuk menumpang. Dan nasib kami baik, ada kereta polis yang berhenti dan menuju ke arah kami. Mereka bertanyakan kemana arah tuju kami, malangnya polis sendiri x tau di mana terletaknya Chok Chai Farm. Kami dipelawa naik kereta tersebut dan terus menuju ke Chok Chai. Setelah hampir 10 minit pihak polis tersebut tidak menjumpai di mana Chok Chai Farm, mereka patah balik dan menuju ke pondok dimana mereka sedang bertugas. Terdapat khemah dan beberapa anggta polis sedanng bertugas. Setelah keadaan kami dimakklumkan kepada anggta polis di situ, seoranng anggota polis mengambil inisiatif untuk menolong kami dengan menahan kenderaan awam dan bertanyakan kepada mereka yang akan melalui ke Chok Chai Farm.
resort ni femes jugak....dah balik baru tau...
tengah dalam kete polis.....x brani nak wefie dengan polis


Hampir 10 minit operasi tersebut, akhirnya ada sebuah kereta yang akan melalui Chok Chai Farm. Setelah berbincang dan bersetuju, kami disuruh menaiki kereta tersebut. Setelah mengucapkan terima kasih kepada polis tersebut, kami menuju ke Chok Chai Farm. Rupanya Chok Chai Farm terletak dekat dengan tempat yang kami turun untuk ke Pak Chong. Terletak betul2 di tepi Highway menuju ke Bangkok. Kami mengucapkan banyak2 terima kasih kepada pemandu tersebut kerana hantar kami ke sini. Memandangkan hari tersebut hari Isnin, ladang dan muzium pun tidak buka, kami hanya beristirehat sambil hirup susu segar di ladang tersebut. 
pakcik yg sudi tumpangkan kami untuk ke Chok Chi Farm
replika lembu di chok chai farm

Hampir 1 jam kami disitu dan sudah tiba masa untuk bergerak balik ke Bangkok. Setelah bertanya kepada pekerja ladang tersebut, kami menunggu bas ekspress di tepi highway untuk ke Bangkok. Dari jauh nampak bas dan terus menahan bas tersebut dan menaikinya. Malangnya bas penuh terpaksa berdiri sehingga ke Bandar Saraburi. Hampir sejam lebih jugak la berdiri.

Tiba di bandar Saraburi, ramai penumpang yang turun dan tanpa mmembuang masa terus mencari seta kosong, dan tido sbb agak penat berdiri lama. Sedang tido, tetiba Shima kejut dan cakap dah sampai ke MBK. Dengan blur2 pun turun dari bas. Suasana pun dah malam jam masa tu pukul 6:30 petang tapi dah gelap. Tetiba saya lihat Bangunan tersebut bukannya MBK, hah sudah kat mane pulak kami turun ni. Buka maps.me search MBK...ternyata kami salah turun. lokasi kami kini di Rangsit hampir 30 km dari MBK. Apalagi bermula la sesi mencari dan mengejar bas untuk ke MBK. Mula2 bas yang kami naik tidak berhenti di MBK. Kami diturunkan di perhentian bas dan kemudia konduktor bas tersebut, menjerit dan memberitahu bas di depan sana menuju ke MBK. Tanpa membuang masa kami berlari dan mendapatkan bas tersebut dan menaikinya.Bayar tambang dan duduk didalam bas tersebut sambil gelak. Memang pengalaman yang menarik pada hari tersebut.

Kami pun turun dari bas dan menuju ke Khao San Road, Sampai je Khao San, Shima menghubungi kawan dia dan terus mencari ais krim kelapa hari tu. Order satu dan cari kedai nak makan Pad Thai...jumpe org melayu makan kat satu kedai ni, apa lagi duduk dan order terus, sbb seharian x makan berat, makan biskut je. Mereka bertiga buat route dari Hanoi sampai KL melalui jalan darat. Selepas selesai je makan kami tunggu bas hendak balik ke GH. NAik bas yang sama menuju ke MBK. Dari MBK ingat nak naik bas je untuk ke GH tapi bas yang ditunggu x muncul tiba. Jam menunjukkan pukul 12:00 tgh malam. MRT last trip pukul 11:00 malam sahaja. Buka maps.me dalam 2-3 km je nak sampai GH. Nak jalan dah penat, kami mengambil keputusan untuk ambil teksi bermeter je. Sampai GH tambang 50 bhat saje...boleh la tu. so sorang 25 bhat je. Pastu tido dan packing sbb esok nak gerak balik ke Haytai jam 1 tgh hari.


Belanja hangus

susu coklat 55 bhat
tiket bas 120 bhat
bas dari Rangsit 13 bhat
bas ke khai san 13 bhat
aiskrim kelapa 50 bhat
pad thai 35 bhat
bas ke mbk 13 bhat
teksi 25 bhat

p/s : nak dapatkan tiket penerbangan percuma? klik sini

Friday, February 19, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 10- Bangkok Day 3 part 1

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hari ke-3 di Bangkok menuju ke Korat (Nakhon Ratchasima). Korat terletak di timur laut Bangkok. Nak pegi kesana naik tren boleh (6 jam) dan naik bas (3 jam). Setelah berbincang dengan Shima pasal plan nak ke Korat malam tadi, kami sepakat untuk naik bas sahaja ke sana. Lepas breakfast di gh Shima pun dah turun so kami tanpa membuang masa terus bergerak ke MRT untuk ke stesen Mo Chit. Mo Chit merupakan terminal bas untuk ke utara Bangkok.

Setibanya di terminal MRT Mo Chit, lintas jalan dan kene ambil teksi, tuk2 atau taxi motor untuk ke terminal bas. Kalo nak jalan kaki dalam 2-3 km jugak lah. Tahan teksi x nak berhenti, tahan tuk2 harga 100 bhat, tanya taxi motor sorang 40 bhat saje. So amik la teksi motor nyata lebih jimat. Pastu sampai je kat terminal, menapak masuk dan terus mencari kaunter tiket bas ke Korat. Tanya dari kaunter ke kaunter la nak cari terminal macam BTS pulak ada 3 tingkat. Ada orang bg tau bas ke Korat ada di tingkat 2. Tanpa membuang masa, terus ke tingkat 2, tgh berjalan2 tetiba dipasangkan lagu kebangsaan Thailand. Berdiri tegak kejap sementara nak tunggu habis, nak terus jalan segan sebab semua orang berdiri tegak. Sampai di kaunter terus tanye bas turun dekan pekan Pak Chong (pekan sebelum sampai Korat). Kaunter kate boleh2 terus beli tiket (150 bhat) dan berjalan ke bas sebab bas dah nak gerak. Ingatkan bas dalam terminal je, rupanya kat luar, menapak lagi dalam keadaan jalan kaki laju2 memandangkan pakcik tu jalan laju (tua dah) kite yang muda juga x leh mengalah kene tunjukkan pace yang sama. Sampai kat bas tunjuk tiket dan terus naik dan amik seat depan supaya dia boleh panggil bila dah sampai dekat Pak Chong.

Perjalanan mengambil masa 3 jam dari terminal Mo Chit. Dalam bas ape lagi, tido la sbb malam tadi tido lambat. Tetiba konduktor tu panggil kata dah sampai Pak Chong, kami lihat kat luar masih di highway lagi, dia cakap pergi belakang tesco amik bas untuk ke pekan Pak Chong. Kami angguk2 tanda faham dan terus turun dan menapak ke tesco. Nampak je bas (bas yang saya maksud ni bas macam dalam pos Lopburi dari Mo Chit memang bas ekspress) tanya driver, driver kate yes, kami naik dan tambang sebanyak 10 bhat. Sampai je pekan Pak Chong terus cari kedai sewa motor nak ke Jim Thompson Farm. Kedai motor tutup jam 5 rasa x berbaloi nak sewa sbb kami nak balik bangkok jam 8:00 malam (bas last dari Pak Chong ke Bangkok). Cari teksi motor nak ke Jim Thompson Farm. Rupanya orang kat Pak Chong ni x tau mane JTF ni. Shima tunjuk gambo dia kate Khao Yai. Tempat tu di Khao Yai. Cari dua teksi motor deal harga, dan semestinya menggunakan khidmat orang tempatan sebagai translator dalam proses negotiation ini. Harga yang telah dipersetujui seorang 175 bhat dan terus bergerak ke Khao Yai.
Naik teksi motor (bajet nak Ke JTF di Khao Yai)


Pekan Khao Yai terletak 25 km dari Pak Chong. So dalam 15-20 minit kami tiba di satu tempat di Paleo Khao Yai. Kami tengok xde pun ladang2 seperti didalam gambar. Tapi kami dah pun sampai, dan bayar kepada teksi motor tersebut dan mengambil no telefon mereka untuk mengambil kami nanti. Alang2 dah sampai sini terus la jalan2 lihat apa yang mnearik disini. Rupa-rupanya Paleo Khao Yai ini merupakan satu destinasi wajib ketika di Korat, sebab rasa macam di negara Itali rekabentuk kedai dan landskapnya. Ternampak kedai JTF disini dan terus bertanya lokasi JTF yang sebenar. Rupanya JTF terletak 80 km dari Pak Chong ni (rujuk maps.me). Memang x dan la nak kesana so kami pun meneroka apa yang menarik di sini. 
Dataran Paleo Khao Yai
Disebalik lorong-lorong di Paleo
Salah satu kedai cenderamata di sini (harga mmg x sanggup nak beli)
ikut posing patung belakang
Entrance Paleo
Pose lagi ikut patung belakang 
Pandangan luar Paleo


Setelah habis meneroka Paleo kami pun keluar untuk menuju ke satu tempat iaitu Chok Chai Farm. Perjalanan dari Paleo ke Chok Chai ni merupakan satu pengalaman baru dan menarik. Nak tau ape yang terjadi sila tunggu untuk entry seterusnya...
tunggu bas nak ke Chok Chai


belanja hangus
tiket MRT 84 bhat
teksi motor 40 bhat
tambang bas 150 bhat
teksi motor 175 bhat

p/s : nak internet free selalu?? klik sini