nuffnang

Wednesday, March 14, 2018

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Mui Ne -Day 2

Sedikit tambahan tips yang dibincang bersama roomate tentang kes saman di Mui ne...
-elakkan membawa cash yang banyak
-jangan tunjukkan anda membawa debit card(kalo boleh jgn bawak)
-kalo boleh mohon permit memandu antarabangsa
-kes isi minyak..pastikan anda semak harga minyak sebelum mengisi kadang2 mereka boleh menipu ketika sedang mengisi minyak.

Ok...jom kita sambung hari ke-2 di Mui Ne. tiket bas utk ke Ho Chi Minh pun tengah malam..so kite ada sehari penuh untuk berjalan-jalan lagi...

Lepas subuh je terus keluar hostel..start moto dan terus menuju ke red sand dune. Red sand dune tu x jauh pun dari tempat penginapan..dalam 6-8 km je....kalo naik motor adelah dalam 10-15 minit je... cuaca nampaknya mendung...harap-harap x hujan dan dapat tengaok matahari naik... kelebihan kalo pegi time pagi ni....motor boleh parking mane2 sebab xde orang jaga parking..sbb petang semalam beli air je depa minta duit parking...depa ingat aku nak parking motor sbb nak g gurun pasir tu. x silap rate parking motor 5000 dong kot. Jumpa je parking spot....terus jalan konon2 nak meredah gurun pasir. taulah kan..kalo laluan berpasir ni mmg cepat semput wooo....agak besar juga gurun ni tapi time2 pagi ni x berapa ramai sangat...orang local pun blum mula berniaga lagi ade la 2-3 orang budak bawak sandboad kehulur kehilir mencari penyewa.
x ramai yang dtg sebab depa tau kot matahari x kuar hari ni

dekat je dengan pantai...kalo cerah ni mesti lawa view dia

moto parking kat kedai2 tu kene bayar tau....pandai2 la cari parking free

foot print banyak...tapi org xde pun

kelembutan pasir tu jelas.....hujan dah mula turun...


Sampai satu port (sebenarnye dah penat) duduk la atas pasir sambil menunggu matahari terbit. tunggu punya tunggu sinaran matahari pun masih x kelihatan walaupun waktu tempatan dah kui 6:45 pagi....kalo ikut jadual muslim pro....matahari terbit jam 6;30 pagi...duk je lah tunggu konon-konon masih menaruh harapan untuk melihat matahari terbit. x lama selepas itu, hujan mula turun denagn rintik-rintik...cuaca mendung menandakan hari akan hujan..selepas red dune ni hanya tinggal fairy stream je nak g round...masa banyak lg..sebelum hujan lebat turun start motor balik hostel sambung tido balik..sbb roomate sorang pun x bangun lagi...nnt tengah hari la baru pegi fairy stream tu..sbb x jauh pun..dekat je..jalan kaki pun boleh...

Lepas dapat sambung tido terus start motor cari entrance ke Fairy Stream. Xjauh pun dari hostel...300 meter gitu dah sampai...parking motor dan terus turun bawah masuk sungai. Anda akan terkejut tengok keadaan fairy stream ni mcm parit biase je...cetek paras buku lali je dan jgn risau airnye jernih...xde sampah... dari entrance nak sampai ke hulu dalam 500 m jer..x jauh mane...boleh jalan santai-santai je. Disepanjang perjalanan menyusuri sungai..terdapat kedai2 minum yang boleh anda berehat untuk menikmati air kelapa....terdapat juga ladang arnab kot x silap yang boleh juga disinggahi. Pandangan aku disajikan dengan formasi-formasi batu, pasir yang terbentuk akibat proses luluhawa..(haa ko....ingat lagi istilah ni) amat menarik dan unik untuk disaksikan.....anda boleh lihar sepanjang sungai pemandangan seperti ini.
pintu masuk ke fairy stream...

macam dalam estet je kan......

2 tona kaler tanah yang ada

formasi batu pasir akibat proses luluhawa

macam batu karang pun ade jugak...batukarang atas darat

ade kedai...tapi ni kerusi meja dekat tebing

kedai lagi satu...kerusi meja dalam sungai....cuaca panas..kene air kelapa..tekak sejuk..kaki pun sejuk

unik..................


Setelah hampir setengah jam berjalan...dah tiba di penghujung (hulu fairy stream ni) ade la kelihatan mini waterfall (air terjun kecik) yang menjadi punca air sungai. Ramai jugak la pelancong ketika ini..ade yang amik kesempatan mandi bergambar dan macam2 lagi...dah sampai hujung...patah la balik...jalan lagi untuk pulang ke starting point....mmg x sunyi la sungai ni...sepanjang jalan banyak pelancong amik gambo dan menyusuri sungai ini.
ni lah air terjun kecil........jgn pandang rendah...sejuk woo air dia

x tinggi pun air tejun dia ni...(bukti perbandingan)


Pas selesai..jam pun dah kui 12...round lagi naik motor..sebab motor kene pulang jam 2:30 ptg...konon2 nak cari makanan halal la...baca dlm blog mmg ade satu kedai.....terus cari kedai tersebut....sampai je didepan kedai...kedai tutup.....kedai makanan india......patah balik hostel...kemas2....sbb cek out kui 12...tapi seb baik bilik x penuh boleh la extend lewat skit...
satu-satunya kedai halal di mui ne..betul2 tepi jalan je


Dah cekout sume...beg letak dekat reception dan lepak jela dekat laman guest house sebab bas ke ho chi minh tgh malam nanti.

Nampak la ade seorang minah salleh duk lepak dekat hammock....kat situ pulak ade kerusi meja untuk bersantai...duduk la situ duk godek fon lah buat la ape2 tapi nak mulakan sembang tu x de point. kita pandang dia...dia pandang kita...suare x kuar...setengah jam jugak la duk berhuhuhu je hahahahaha.lepas tu aku mulakan la sembang dengan ayat " there is no sun today...can't do anything...is it?,,respon dia pun ok terus membalas "yeah..i have been 2 days here..". dengan sepotong ayat tu duk la bersembang...lepas ni kemana....ape2 la...point biase bile jumpa backpacker lain...soalan yang same je..hahaha...nama...asal...travel dari utara ke selatan...pastu nak kemana.....
Dia nak ke Phu Qoc sebab nak cari matahari..nak bersidai....haluan yang sama cuma aku sampai Ho Chi Minh je...dia kene sambung lagi jauh...tapi dia tiket x beli lagi...x dapat la nak gerak sekali...bende paling penting yg disembangkan ialah kos...depa pun nak jimat jugak...ingat aku je hahahaha
tgh kira costing untuk ke Phu Qoc (rujukan lonely planet dan reception)

Pastu dia pun ajak jalan2....nak gunting rambut dan makan...aku nak ikut tapi dong tinggal sikit...pastu kedai halal x bukak...aku menolak la ajakan dia...dia pun jalan la sorang2...dia blah je..aku terus order nasi putih untuk dimakan bersama kari ayam tin...hahahaha nampak sgt sengkek tu...bekalan yang terakhir sebab dah sampai Ho Chi Minh x perlu risau pasal makan...banyak makanan halal.

menjelang maghrib....mandi dulu solat dekat laman yang agak terpencil dan tiada orang...pastu duk la melepak dengan backpackers yang baru tiba....sorang US, sorang Brazil dan sorang lagi Israel....depa sume minum beer...aku minum air mineral je..jimatt hahahaha...sembang pun topik yang sama juga....pastu si Tanya pun baru sampai..join lepak sekali....dia menangis sbb org gunting rambut tu gunting senget...hahahahaha...org sini mane la reti sgt ckp english...rasekan...huhuhu....sampai kui 10 lepak pastu depa pun masuk tido..tinggal la aku sorang2 menunggu bas.....sampai dah boring aku angkut beg tunggu dekat tepi jalan....12:30 baru sampai bas yang ditunggu-tunggu..nampak kosong....naik atas ingat nak amik seat bawah...dia suruh duk atas jugak...no choice..duk jelah kat atas....setting skit badan...ejas aircond...dan tido...Bas dijangka tiba di Ho chi Minh 6:30 pagi nanti...

Sambung next episod : Transit di Ho Chi Minh

nak travel secara percuma ??? klik sini

Tuesday, January 2, 2018

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Mui Ne -Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Pengembaraan di Vietnam kembali diteruskan menuju ke Mui Ne. Bas yang dijanjikan untuk datang pickup jam 8:30 pagi di hostel. Sebelum bas datang baik turun awal skit supaya breakfast tidak burn begitu sahaja. Menu pagi ini ialah Vegetarian Fried Rice. Semalam x perasaan ade menu ni..hari ni nampak eloknya bantai la nasi sebab perjalanan kemungkinan mengambil masa selama hampir 4-5 jam. Pagi ni Da Lat mmg dingin dan terlihat kelibat tetamu lain yang sedang bersarapan dan bersedia untuk mengharungi aktivti yang telah mereka rancang. Makanan yang ditunggu-tunggu telah tiba dan mula menikmati sarapan dengan penuh perhatian dan perlahan-lahan kerana masa pun masih banyak sambil menunggu bas datang. Actually bukan bas pun...mini bus je. Setelah selesai makan aku lakukan pemeriksaan terakhir untuk memastikan barang-barang tidak tertinggal di hostel sebab kalo tertinggal memang akan membuang masa untuk patah balik. Tepat jam 8:30 pg van yang sampai...dimana van akan hantar ke tempat bas berhenti untuk mengumpul tetamu yang menuju ke arah destinasi yang sama. Kebetulan ternampak couple thai semalam yang naik bas bersama untuk menuju ke Mui Ne. Tepat jam 9.00 pagi bas mula bergerak meninggalkan bandar Da Lat.

Sepanjang perjalanan terlihat bukit bukau pokok dan kabus menyelubungi pemandangan. Perjalanan ini bermula di tanah tinggi dan berakhir di kawasan pantai. Nak tido dalam bas pun x berapa selesa sebab keadaan jalan yang bengkang-bengkok serta berlubang-lubang. Melayan perasaan sambil melihat luar dan melihat kerenah para penumpang lain yang terdiri daripada pelbagai warganegara dan peringkat umur. Ada juga yang mengembara bersama keluarga, pasangan dan juga berseorangan. selepas beberapa jam perjalanan, bas berhenti di suatu kawasan rehat dimana terdapat kedai runcit dan makan. ada dalam 2-3 bas berhenti rehat disini memandangkan inisatu-satunya kawasan rehat yang ada. Semua keluar untuk meluruskan pinggang, membeli makanan ada yang ambil masa untuk makan, ke tandas dan lain2 lagi. bas berhenti selama hampir setengah jam dan terus bergerak ke Mui Ne. Hampir jam 2 petang bas tiba di Wilayah Phan Tiet. (jgn salah sebut..nanti lain org paham). Mui Ne terletak di dalam wilayah ini. Bas berhenti di pejabat agensi pelancongan dan kelihatan pemandu teksi motor menunggu untuk menyambut penumpang yang turun. Aku terus buka map untuk mencari guest house yang telah dibooking malam tadi..dan ternyata kedudukan guest house tersebut hampir 5 km dari tempat diturunkan. Nak menapak cuaca amat panas terik (dah lame x rase panas) so aku pun try nego dengan teksi motor setelah harga dipersetujui 50000 dong aku naik dan terus menuju ke Hoang Nga Guest House untuk 1 malam berharga 4.92 usd dan esok akan bertolak ke Ho Chi Minh pada waktu malam.


pemandangan bukit bukau berkabus
kawasan rehat yang disinggahi

Sampai je guest house terus cek in dan berehat sebentar di dorm. Dorm mempunyai 8 katil dan semua penuh..bilik air kat luar nasib air cond kuat x terasa panas. Agak2 dah hilang skit rase sengal kat badan terus ke kaunter untuk urusan pembelian tiket sleeper bas ke Ho Chi Minh malam esok. tiket dapat berharga 140000 dong. selepas selesai urusan beli tiket..terus keluar guest cari kedai sewa motor. kat sini nak amik tour kalo sorang2 macam mahal...sewa motor lg mudah dan senang..harga motor sewa sehari 220000 dong selama 24 jam. kedai motor pun x jauh seberang jalan je nanti nak pulang senang. dapat je motor terus bergerak menuju ke white sand dune terletak hampir 25 km dari guest house. dalam sejam jugak la perjalanan sebab bawa rilek2 sambil layan view tepi pantai kampung nelayan dan korang juga akan jumpa red sand dune dulu. red sand dune tu esok la kite pegi kejar sunset sebab nak parking motor kene bayar. Tuang minyak dulu sbab kedai motor ni mmg minyak tinggalkan skit je untuk jalan. sebelum ni ade terbaca juga dalam blog, terdapat road blok menuju ke white sand dune tu. Aku berharap pada hari ni road blok tu xde..jangkaan aku silap....aku ternampak kelibat pegawai yang membuat pemeriksaan dan x sempat nak patah balik...ade juga la 4-5 motor dibelakang aku turut ditahan.

Sebaik sahaja ditahan,pegawai tersebut meminta aku lesen memandu untuk diperiksa, aku dengan slumber keluarkan lesen memandu malaysia..ingat valid tetapi x valid depa nak permit memandu antarabangsa. Selepas itu pegawai tu cakap kene denda sebanyak 800000-1200000 dong (50 usd) atau motor akan ditarik selama seminggu. Aku pun cakap la aku xde duit banyak tu. Pastu dia bincang dengan pegawai atasan dia yang juga berada disitu. Pegawai tu nampak macam orang baru je..x tau ape2. pastu diskusi berlangsung seperti dialog dibawah

P = Pegawai JPJ Vietnam      A=aku

P=How much money do you have? you must pay 800000dong to clear this.

A=i don't have that money...i already have this (sambil keluarkan duit dari kocek seluar belakang 300000 dong

P=how u want to pay this summon if u have only this?

A=im sorry i have only this much.. sambil buat muka kesian

P= u have debit card? u can withdraw from the atm at the petrol pump and pay!!

A=i dont bring my debit card (padahal ade je dalam beg gantung tp depa x perasan aku ade beg gantung masuk dlm baju)

P= actually where are u headed?

A=im going to white sand dune.

P=how come you travel and you just have this much money?

A= actually today is my last day in vietnam, tommorow im going back, that's why i just have this only. i already pay for my bus and flight ticket to going home tommorow.

P=(sambil kerut dahi dan bincang balik dengan pegawai atasan dia)

P=so how much do you have? let me see...

A= only this (1 keping 100000 dong dan 1 keping 200000 dong)

P=i take this and you can go (sambil amik 200000 dong)

A=thank u..but when im going back to my hostel it should be ok right?

P=yes..u can go...

Tanpa membuang masa aku terus blah sambil tu aku tengak kat belakang mat saleh ade dalam 4-5 motor lg sedang di tahan....terbang duit aku 200000 dong untuk belanja kat vietnam...aku malas nak withdraw lg sebab lag 2 hari je kat vietnam...kat ho chi minh boleh pakai RM. Entry fee untuk white sand dune dah kene pow oleh pegawai jpj tadi...so aku x masuk la white sand dune tu..amik gambo dari jauh je...spoil abis mood kat vietnam ni...hahahahaha.
lepas kene saman...

menuju ke white sand dune

white sand dune dari jauh je...duit dah xde sbb kene pow

sedih xde duit nak masukkkk

Lepas amik gambo dari jauh je, aku terus patah balik menuju ke hostel dan melalui kawasan tepi pantai di mana para nelayan menurunkan hasil atau nama pendeknya kampung nelayan. layan sunset pun ok sebab masa pun mmg nak sunset..sampai je kawasan tersebut....parking motor dan lepak dekat tepi tebing...ade la kedai2 tepi jalan yang jual seafood..nak beli duit dah habis...beli la nasi putih untuk makan bersama sambal di tepi laut. nak beli nasi pun macam biase la kene pakai body language, google translate....last2 pakai gambo nasi je terus dapat harga 20000 dong (4 ringgit woo) bapak mahal. Dah amik port masing2 ade juga pelancong lain siap kamera dslr dan macam2 ragam la kat sini nak tgk sunset. Ketika nak makan, sambal dah ade bau skit...x pasti samaada dah basi atau belum. tapi x nak amik risiko terus buang sambal dan nasi tu simpan balik utk makan kat hostel je sebab ade bawak backup makanan dlm tin. selesai je layan sunset terus balik hostel.
seafood yg dijual di tepi jalan

fresh...masih hidup lagi seafood ni

motor yang disewa untuk menjelajah mui ne

layan sunset...nak turun bawah malas...kalo turun boleh naik bot tradisional tu

sampai hostel..mandi ape bagai...solat kat luar je sebab dalam bilik orang penuh x de ruang...pas solat makan nasi tadi. lepas makan start motor konon nak round2 la tgk ape yang ade malam2 ni kat Mui Ne. Tapi nampaknya memang xde ape2 sangat aktiviti malam-malam kat sini...agak2 rase dah jauh sgt jalan tu..patah balik hostel dan lepak kat bilik jela. Sempat la sembang dengan roomate yang terkena saman juga..hahahaha bukan aku sorang je yang kene...kes tipu time isi minyak pun ade...aku pun x perasan aku kene tipu ke x time isi minyak...x lame tu sume tutup lampu dan tido..esok nak kejar sunrise kat red sand dune kan...kene bgn awal woo....






Tuesday, November 21, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Da Lat-day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Siri penaklukan kembali meneruskan pengembaraan di bandar Da Lat, Vietnam. Dalam episode yang lepas, sedikit intro pasal bandar Da Lat telah diceritakan. Dalam episod kali ini mari kita cari ape lagi yang menarik di bandar Da Lat ini.

Semalam aku amik 1-day tour yang bermula pada jam 8:30 pagi waktu tempatan. Seperti biasa lepas bangun pagi bersiap bagai, terus turun bawah untuk bersarapan. Sarapan kat hostel mcm biase la roti dan scramble egg dan kopi@tea tapi di pizza tet hostel ni dia siap bagi buah lagi sebagai pelengkap breakfast. Mmg complete la siap ade jus lagi sebagai pilihan minuman. Setelah selesai mengisi perut tunggu la van datang untuk memulakan tour.
breakfast yang lengkap untuk memulakan hari

Van yang ditunggu pun tiba di depan hostel, masih tiada org lagi dalam van dan akan mula mengambil penumpang lain di hostel masing2. Dalam setgh jam semua penumpang yang patut naik dah ada Cuma 2 org lagi x dpt dikesan dan van pun bergerak untuk memulakan tour. Tetiba hotel yang call kate 2 orang tu dah dapat dikesan dan pemandu van terus menurunkan kami dekat stesen tren Da Lat. Stesen ini merupaka stesen yang lama dan tidak beroperasi lagi. Reka bentuk colonial klasik sekaligus menyerlahkan pengaruh colonial di Vietnam ini. Xde ape pun yang di buat di sini just amik gambo sementara menunggu van sampai.
stesen keretapi Da Lat
gerabak restoran
locals lagi teruja untuk amik gambar dengan kepala keretapi
kepala keretapi

Van yang ditunggu pun tiba dan bergerak ke robin hill. Robin hill merupakan puncak tertinggi di Da Lat dan mempunyai kabel car untuk dinaiki. Tambahan 50000 dong untuk menaiki dan menyeberang lereng bukit. X lama pun perjalanan menaiki kabel car dan sempat la bersembang dengan pelancong lain yang turu sama menaiki kereta tersebut. View mcm biase la kalo tanah tinggi x brapa wow sangat. Nak naik moto sendiri x tau mane nak tuju…..so kalo ikut tour….layankan aje…
dataran Robin Hill
sekitar pemandangan dari Robin Hills
selepas turun dari cable car.....

Tempat kedua yang dituju ialah Heaven Clay atau nama local nye Duong Ham Dieu Khac. Di sini Nampak menarik dimana terdapat ukiran2 dan binaan yang terdiri daripada tanah liat. Memang unik dan menarik. Walaupun tempat Nampak kecil dan cuaca hujan rintik2, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk menikmati ukiran2 tersebut. Nak bangunan, binatang, kenderaan dan macam2 lagi ade. Dah rasa mcm Indiana Jones pun ade tapi binaan dia x besar pun tapi still unik dan menarik untuk dikunjungi.
jom tengok ape ade kat dalam ni.....bukan tgk orang depan ni....
ukiran dan seni bina batu.....
loceng...gitar...alat2 music lain
ini x pasti binaan ape..tp agak unik...
replika gereja pun ade....
rumah tradisional Vietnam versi tanah liat...
kapal terbagn terhempas....

Lepas dah explore heaven clay….kami dibawa menuju ke tempat seterusnya..iaitu air terjun Datanla. Air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang femes di Da Lat. Selain itu terdapat lagi 2 air terjun yang boleh disinggahi tapi kene amik waterfall tor la…dalam tour ni dia singgah Datanla je….Dalam setengah jam sampai la di air terjun tersebut. Disini terdapat tarikan yang menarik dan korang patut cuba. Tapi aku x cuba sebab x berani bai…korang patut cuba single rider roller coaster untuk turun kebawah. Roller coster korang kawal sendiri Cuma tambah 50000 dong sahaja. Kalo x berani menapak la ke bawah…dalam 10 minit la juga menapak..dan sampai ke kawasan air terjun. Nak terjun x berani sbb cuaca sejuk dan hujan…so ape pun layan la…kalo nak buat abseiling pun ade..tapi kene amik tour lain….kelemahan ikut tour ni mcm biase le ada tempoh masa. Lepak kejap pastu mula naik balik takut kene tinggal dengan van.
teman awek depan yang x berani naik roller coaster
kalo berani silakan...tapi nampak memang enjoy..macam rugi plak x naik
kawasan air terjun...x leh nak mandi..air deras dan sejuk
sebahagian track roller coaster
sign board Datanla waterfall......pelbagai xtvt boleh buat kat sini...

Pas gerak dari air terjun menuju balik ke bandar Da Lat untuk makan tengah hari. Sekali van berhenti dekat Hotel untuk makan tengah hari. Ingat lunch dah include sekali sekali bukan..makan kene bayar sendiri..nak keluar balik macam malu…so cari la meja kosong untuk duk sorang2…..sekali xde meja kosong lepak la dengan couple dari Thailand. Sampai menu takut2 je nak order sbb harga boleh tahan….cari yang paling murah vegetarian fried rice…order tu..dengan coke je….sekali couple tu pun folo order nasi goring jugak..hahaha kiteorang gelak2 je…sama2 sengkek dan bajet x banyak….

Lepas lunch terus naik balik van pergi tempat yang terakhir iaitu Linh Phuoc Pagoda atau lebih dikenali sebagai Dragon Pagoda. Cuaca pada ketika ini telah hujan dan menambah lagi kesejukan tapi masih boleh bertahan. Antara tarikan disini ialah patung buddha yang dibina menggunakan botol dan disalut emas dan juga 18 floor of hell. 18 floor of hell ni lebih kurang mcm keadaan di neraka la menurut agama diaorang.. ok la untuk menikmati apa yang ada.....disini juga terdapat kedai perabot marmar...sape ada duit lebih boleh la order untuk bawa balik tapi harga boleh tahan la mahal selepas diconvert.
x tau level berapa ni...
gambaran manusia diseksa
gambaran syurga diaorang kot....
patung buddha besar punye
dragon pagoda...nak naik silakan..free
set meja makan...kalo guna time kenduri pun boleh juga...harga kalo nak nego boleh tanye owner...


Setelah selesai melawat pagoda tersebut, habislah one day tour di Dalat. Semua penumpang dihantar ke tempat penginapan masing2..menjelang malam kemas2 beg untuk bertolak ke mui ne awal pagi esok. Kalo ikutkan hati mmg nak round lagi bandar Da Lat ni maybe next time datang sewa motor boleh jalan sendiri...lagi puas hati dan stay lagi lama disini.

esok pagi gerak ke Mui Ne plak.....