nuffnang

Thursday, June 16, 2016

Grab n Go trip Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru je selepas trip dari HCM minggu lepas. Tapi trip kali ni grab n go je. Maksud grab n go ialah trip pegi beli barang dan balik. Trip ini memakan masa 2 hari 2 malam je. Destinasi ni mmg popular di kalangan para traveler dan juga peniaga2 kain tudung dan macam2 lagi.

Xde ape sgt yang hendak diceritakan malah ramai juga yang dah tahu apa yang ada di HCM ni. X lupa kepada kopi vietnam. Ternyata memang sedap seperti yang digembar-gembur di dalam blog2 yang telah saya baca. Memang salah satu item yang patut di cuba ketika disana. X lupa juga sandwich Vietnam yang boleh tahan la sedap dan kenyang.
nama kopi ni kopi sedap....memang sedap pun

roti sandwich Vietnam...sedap....4 ringgit

Seperti yang rakan2 tahu mengenai HCM atau Vietnam, mmg x leh lari dari scammers dlm erti kata lain kene tipu. Kami terkena pada pemandu teksi motor.

Modus operandi yang digunakan ialah seperti berikut
-menunjukkan review2 pelanggan yang telah menggunakan khidmat beliau (memang semuanya positif)
-memberitahu caj adalah sebanyak 150,000.00 dong untuk 3 jam (lebih kurang RM30)
-mempunyai peta lokasi hot spot di HCM
-ada contact dengan gudang untuk shopping kain dan tudung.
salah seorang customer yang telah meninggalkan review yang menarik..(terpengaruh juga)
naik motor round2 bandar HCM

Pada mulanya beliau memberikan pekhidmatan yang baik serta nasihat2 bg mengelakkan kejadian yang x diingini berlaku. Setelah selesai membawa kami ke tempat yang kami hendak pergi, kami dibawa ke kedai runcit untuk minum2. Dan beliau menyuruh kami menuliskan review tentang perkhidmatan beliau. Opkos la tulis yang baik sbb memang baik servis nya. Ketika hendak mengambil gambar bersama, beliau mengelak dan kami berasa ada yang x kene dengan situasi tersebut.
Ni la pemandu taxi motor tersebut (maaf pak cik...sbb x berbaloi bayaran tambang tu)

Setelah itu, proses membuat bayaran dibincangkan dan beliau menyatakan setiap seorang perlu membayar 1,500,000 dong (RM 300) 10 kali ganda dari jumlah yang dipersetujui. Kami terkejut dan menyatakan itu bukan jumlah yang telah diberitahu. Beliau terus mengeluarkan flyers dan menunjukkan harga yang sebenar yang dia x beritahu. Kami terkedu dan cuba berkeras untuk tidak membayar jumlah tersebut. Tapi memikirkan baru-baru ni byk tragedi yang  menimpa rakyat Malaysia disini, kami terpaksa membayar dan dapat la nego harga tersebut. Seorang perlu bayar 1,000,000 dong ( RM 200)

Dahla kene tipu, minum pun bayar sendiri...(demmm) pastu x nak hantar kami ke hotel sebaliknya dia hantar kami balik ke pasar ben tanh. Hilang mood terus nak shopping sbb bajet lari dan terus balik hotel.

Pengajaran disini, untuk mengelakkan ditipu, gunakan la bas atau jalan kaki sahaja di HCM ini. Sebab teksi pun ada juga yang pernah kene. Di sini segala urusan boleh disebabkan ditipu, baik beli makanan jalanan, kain dan lain2 lagi. Berhati2 lah ketika di HCM.

p/s: tiket flight percuma?? klik sini

Thursday, May 19, 2016

#review buku : Travelog ET Namastee India

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!


Kembali untuk review buku. Buku yang baru habis di baca kali ni ialah buku ke-2 dari ET iaitu Namastee India. Buku ini mengisahkan pengembaraan ET ke negara India. Seperti buku yg lepas, memang penuh dengan info, pengalaman, pemandangan dan cabaran. 

Antara cabaran yang dilalui penulis ialah, berebut2 untuk naik keretapi. India mmg terkenal dengan keretapi dimana itu merupakan mod pengangkutan yang utama. Keadaan bandar2 mmg jelas dinyatakan, suasana bandar dengan hiruk pikuk bandar, hon kereta, dan penduduk tempatan.

Makanan juga banyak di highlight. Memang menjadi feveret untuk mengetahui street food yang halal di India. Chai, lassi, kebab dan lain2....

Aktiviti yang menarik yg diceritakan ialah camel safari (menunggang unta 2 hari 1 malam) makan dekat gurun bersama guide. Yang tu mmg menarik. Banyak juga tempat yang perlu menaiki kereta dan hitch hike dan trekking yang lama. 

Betul dalam buku ni mmg menyatakan India merupakan negara yang patut di terokai bagi seorang backpacker. 

Jom ke backpackers ke India kengkawan!!!!.

Tuesday, May 17, 2016

Suka-suka dive di Perhentian island

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Masih belum move on lg dengan xtvt minggu lepas iaitu fundive buat pertama kali dilakukan selepas dapat lesen open water pada 2012 yang lalu. Dapat kesen 2012...fun dive yang pertama 2016...

Trip kali ni berempat sume kawan2 ex jkr dan ex bos di JKR yang awesome!!!! 

Dive center yang dipilih ialah Panorama Diver yang terletak di Long Beach, Pehentian Kecil. Dulu amik open water pun kat sini juga.. servis yang diberikan mmg best pada waktu tu. Tu yang repeat balik fundive dekat center ni... Sekali lagi layanan memang terbaik...untuk newbie mmg xde masalah...akan ditunjuk ajar dan dibantu sepanjang sesi penyelaman.
Dan lagi satu...banyak DM dia foreigner...almost semua la DM diaorg..

Dive site yang dilawati ketika sesi penyelaman ialah
Batu nisan
D lagoon
Temple Of The Sea
Batu Layar
Tanjung Bungah (x sure ape tapi ade tanjung la)

Dive site ni perlu dicatatkan sbb kalo repeat lagi (maybe 2017) xnk pegi site yg sama.

Berikut bajet yang telah dikeluarkan

bilik 40 (sampai jeti malam)
tol 60(return)
minyak 150 (return)
pakej (400+40surcaj) dorm dan 5x dive
bot 70
taman laut 5
makan (x ingat)

tips makan...
seelok amik buffet dekat panorama seorang RM 15 makan sampai kenyang. kalo kat kedai lain.. sekeping roti canai dah rm 7....

kalo nak dive ke..wat lesen ke..mmg recomemnded la dive center ni....

sekitar gambar
mase mula2 turun (1 st dive)

nemo pose depan kamera

setup kelengkapan

ikan2 di bawah lautan
bersama DM becca dan sorang lg x tau name
akibat x penah buat fun dive...DM tolong ejas2 kan mane yang patut
ni dive ke-5..dah berani berlegar2
kalo buat dive log..kene ingat ikan2 ni..
clown fish kot
ni nemo.....
kite shoot dari bawah
becca selfie
sun rise!!! amik mood pepagi
lawa pulak matahari tu...bulat je...
kedai di sepanjang pantai...x try pun takut harga x terbayar nnt..hahahaha
Apa lagi tunggu......jom pegi dive!!!!!