nuffnang

Friday, January 22, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 4-Chiang Rai

Assalamualaikum dan salam sejahtera para travelers...

Pengembaraan bersambung ke Chiang Rai, Thailand. Perjalanan ke Chiang Rai dari Chiang Mai mengambil masa 3 jam lebih. Di Chiang Rai terdapat dua terminal bas. Jika anda ingin terus ke pusat bandar, anda tidak perlu turun di terminal 2 (bas singgah sini dulu) sebaliknya anda turun di terminal 1 (sedang dalam pembinaan) tetapi lokasi di tengah pusat bandar.
terminal 1, Chiang Rai (sementara) tgh dalam pembinaan yang baru
 Setelah tiba di terminal 1, langkah pertama ialah cari lokasi guest house. Berpandukan maps.me kedudukan Chiang Rai Muzi (guest house yang di tempah) terletak hampir 1.2 km dari terminal 1. Setelah tiba di guesthouse mcm biasa letak beg dan terus ke pekan untuk mencari kedai motor dan hostel yang lebih dekat dengan terminal 1 kerana pada lusa hendak bertolak ke Chiang Khong untuk menuju ke Laos. Hendak ambil bas pagi2 untuk mendapatkan bas ke Luang Prabang secepat mungkin. Sebelum pergi meronda2 cari tuk2 untuk ke masjid , lokasi x ingat tapi search di internet lokasi masjid dan ckp kpd pemandu tuk2 nama jalan tersebut. Tak jauh pun dari tempat menunggu tuk2 dalam 6-7 minit dah sampai tambang 50 thb, kalo tau jalan je tadi huhuhu tapi dalam 2-3 km jugak la.
Masjid Chiang Rai
Setiba di masjid selesaikan urusan dan pergi cari makan. Seperti di Chiang Mai, berhampiran masjid mmg banyak kedai makanan muslim. Setelah makan cari balik route menuju ke terminal 1 sambil mencari kedai motor dan hostel untuk bermalam pada keesokan harinya. Plan asal nak tido semalam je di sini, tetapi tiba di Chiang Rai sudah hampir 3 petang memang tak sempat nak round hot spot di sini. 

Setelah agak lama berjalan, terjumpa hostel berhampiran dengan terminal 1, jaraknya cuma 150-200 meter sahaja dengan harga cuma 99 thb semalam terus tanya untuk booking (x ingat nama apa tp mmg dekat dgn terminal, kedai motor dan tour agensi). Tetapi receptionist cakap xpe dtg je esok pagi boleh cek in terus. Lepas tu singgah kedai moto yg juga selang beberapa pintu dari guest house tersebut untuk sewa motor. Amik yamaha Nouvo sbb nampak macam baru huhuhuhu. Macam biasa tinggalkan passport sbg deposit amik helmet dan jalan. Perkara yang bermain di minda ketika ini adalah mencari bas dari sini ke luang prabang. Ada macam2 cara untuk ke sana. Kalau pakai agent tour harga 1100-1200 thb seorang. Kalo beli di terminal 2 harga dalam 950 thb tetapi dari Chiang Rai ke Huay Xai @ Bokeo (sempadan Laos) kene sendiri. Bas dari Bokeo ke Luang Prabang.
Terminal 2, Chiang Rai

Rujukan dibuat di Trip Advisor anda boleh kesana tanpa mengambil agent dan tiket boleh dibeli di terminal bas Bokeo apabila tiba di sana. Bagaimana caranya nnt akan diterangkan kemudian.

Keputusan telah dibuat untuk pergi sendiri, kembali ke pusat bandar dan masjid semula. Jarak dari terminal 1 dan terminal 2 hampir 10 km. Terminal 2 terletak di pinggir bandar Chiang Rai.

Kebetulan pada waktu itu hari Sabtu malam minggu jalan2 ke night marketnya...memang meriah deretan warung sepanjang melebihi 1km, pelabagai barangan yang dijual, makanan dan lain-lain. Seperti di Chiang Mai, di sini juga ada karnival diadakan sempena tahun baru yang akan diadakan 3 hari lagi. Begitu meriah, padat. Agak memenatkan juga la berjalan2 di kawasan night market ini.
Petang di Chiang Rai
tower clock
night market Chiang Rai
Festival New Year
Pesta Makan
Sotong Goreng tepung...
tower clock di waktu malam
Hampir 2 jam juga la berjalan2 di kawasan Night Market, pulang ke guest house untuk tido kerana esok pagi2 akan singgah ke Golden Triangle (sempadan Thai-Laos-Myanmar, Mae Sai, Long Neck Karen Village. Ingatkan Chiang Rai hotspring (yg femes) terletak berhampiran dengan bandar Chiang Rai rupanya terletak di tengah2 antara Chiang Mai dan Chiang Rai lebih kurang 117 km dari Chiang Rai. Memang terpaksa skip la sbb laluan lain.

Bangun je pagi lepas subuh terus cek out Chiang Rai muzi dan terus ke guest house semalam. Pintu x berkunci terus duduk menunggu sehingga staff bangun. Dalam kui 8 pagi baru staff sampai dan terus cek in. Setelah selesai cek in, tinggalkan begpack dekat kaunter dan terus bergerak ke destinasi pertama iaitu Golden Triangle terletak di Chiang Seng. Jarak dari Chiang Rai ke sana adalah lebih kurang 75 km. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam setengah. Route x susah mana just ikut je maps.me mudah.
welcome to Chiang Saen
Land Of Golden Triangle
lokasi negara jiran
member ride naik CBR...
Disini ada menyediakan perkhidmatan bot untuk ke Laos dan Myanmar tapi memerlukan passport dan melalui imigresen. Passport x de sbb buat deposit jalan2 je sini... Lepak setengah jam pastu terus ke Mae Sai.

Mae Sai dari Chiang Sen dlm 15 km. Mae Sai ni terletak di sempadan Myanmar merupakan point paling utara di Thailand. Sini macam tempat shopping lebih kurang macam Padang Besar dan Rantau Panjang. Memang banyak kedai dan bermacam2 lagi barang di jual.
terus boleh kanan pun boleh
sempadan Myanmar
arked shopping
kedai halal di Mae Sai

Setelah habis round di arked shopping di Mae Sai.. sambar la sehelai t-shirt utk kenang2an..maybe x sampai sini lg kot pas ni huhuhu start moto untuk pulang ke bandar. Sbb jam dah kui 12, moto kene pulangkan jam 4:30 ptg. Time nak balik bawa laju skit sbb nak singgah Long Neck Karen Village.

Sebenarnya kampung long neck banyak tempat. Odw pagi td je dah nampak 2-3 signboard penempatan kaum karen longneck ni. Bawak motor sambil perhati signboard ke kampung tersebut. Lg 15 km nak sampai bandar ternampak signboard apa lagi folo the signboard la... jarak kedalam dari jalan utama dalam 5 km je..kalo amik tour nak singgah kampung ni biasa charge extra 500thb. tu pun baca dekat brochure dia la. Tapi kite g sendiri tgk brapa yang kene.
pintu gerbang ke long neck karen village
Jumpe pintu gerbang pastu masuk..kebetulan kampung ni x berapa ramai lg tourist yg datang.. terus ke kaunter beli tiket. Tiket masuk berharga 300 thb. Berfikir sejenak la saya nk masuk sbb memikirkan bajet. Setelah berfikir alang2 dah sampai...bayar je 300 thb amik peta dan round...siap ada ladang nenas la, ladang ternakan dan jualan kraftangan.
peta kawasan kampung
signboard ke kampung2 di dalam kampung..(betul ke ni)
wefie dulu sekeping
skaf ada...key chain ade....tembaga ada....
orang kampung tengah bersembang
5 kilo lebih woo yang ni
Setelah habis round kampung jam menunjukan 1:30 petang. Masih ada masa lagi untuk menggunakan motor terus search lokasi white temple atau tokong putih. Sebab apa ke sini, tgk dalam brochure tour tempat ni yg pertama di tunjuk. Banyak lagi temple2 yang di senaraikan seperti black hous temple (maybe warna hitam) , tiger kingdom (tokong harimau.. ni dah balik baru tau kat sini boleh peluk2 harimau kalo berani la sbb difahamkan harimau ini telah dimandrum oleh sami utk berlaku jinak...ok yg ni mmg rugi x singgah x cukup lg research yg dibuat sebelum gerak) Buka maps.me search white temple dari kampung cuma 25 km sahaja. X jauh pun sbb akan lalu bandar dulu. 

Tiba sahaja di kawasan temple tersebut, mmg ramai la tourist kat sini, mmg hotspot juga la sbb temple mmg kaler putih di kelilingi landskap rumput hijau dan kolam keliling temple.. no wonder la mmg ramai...nampak kaunter macam kene bayar.. tapi free je...kalo free round la kejap kan hahahaha.
white temple aka tokong putih
lanskap yang menarik
ngeri jugak la ni
tokong emas pun ada sini
kawasan sekitar white temple
Lepak sini dalam setengah jam je kot..kecik je tempatnya. Pastu naik moto untuk kemasjid dan makan....makan port biasa la tepi masjid...setelah selesai urusan sume..makan pun dah round2 bandar sekali lagi untuk menghabiskan masa sementara nak pulangkan motor. Tepat jam 4:30 pulang motor amik balik pasport bagai dan terus balik guest house pg td. Masuk bilik ade 4 katil tapi saya sorang je...so malam tu mmg xde ape nak buat..night market pun dah round..so packing2 barang dan habiskan masa di hotel dan tido awal sbb nak kejar bas kui 6:30 pagi ke Chiang Kong untuk menuju ke Luang Prabang Laos!!!!!
224 km sepanjang hari


next entry --> perjalanan merentasi sempadan!!

belanja hangus
hostel 99thb
Chiang Rai muzi RM 33 (tapi free!!!!) ada kisah dia
motor+minyak 500 thb
lunch+mkn kat pasar 200 thb
tshirt 120 thb

p/s : nak mobile internet percuma??? klik sini

No comments: