nuffnang

Monday, January 25, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 5 - merentasisempadan Thai-Laos

Assalamualaikum dan salam sejahtera para traveler

Kita sambung coretan pengembaraan menuju ke Laos dari Chiang Rai. Ada satu cara je nak menyeberangi sempadan thai-laos melalui Chiang Kong iaitu dengan bas. Dulu lepas je imigresen thailand naik bot untuk ke imigresen laos. Setelah friendship bridge siap dibina, tiada lagi servis bot.

Sesudah subuh, cek out guest house menuju ke terminal 1 untuk mengambil bas ke Chiang Kong. Bas paling awal adalah pada jam 5 pagi dan kekerapan bas setiap 30 minit. Perjalanan ke Chiang Kong mengambil masa hampir 3 jam. Seelok2 nya ambil bas seawal mungkin sbb bas ke Luang Prabang bertolak jam 10 pg dan 11:30 pagi. Jika terlepas bas tersebut, bas seterusnya ke Luang Prabang pada jam 4:00 petang. Bagi yang naik slow boat, bot hanya berlepas pada 10 pagi sahaja. Tiada lagi bot ke Luang Prabang selepas itu.

Untuk ke Luang Prabang dari Chiang Rai terdapat juga pakej yg disediakan antara harga 1000 ke 1200 thb. Cuma beza dengan bergerak sendiri tiket bas/bot agen dah belikan kite just bergerak mengikut flow sahaja. kalau bergerak sendiri kita boleh kejar bas terawal ke Luang Prabang, x perlu menunggu lama di pekan Huay Xai @ Bokeo.

Sekarang cara-cara nak merentasi sempadan thai-laos melalui Chiang Kong. Mula2 amik bas ke Chiang Kong dari Chiang Rai tambang 65thb. Bas akan menurunkan penumpang yang ingin ke Laos di sebuah perhentian bas yg terletak 5 km dari Imigresen. Dari situ kene amik tuk2 untuk ke imigresen. Bayaran cume 50thb sahaja. Di bus stop tersebut ade money changer utk menukar ke USD bgi pelancong yg dikenakan visa oleh kerajaan Laos.Kita rakyat Malaysia x kene (jimat 30 USD). Setibanya di kompleks imigresen thai, mcm biasa la lalu kastam,cop pasport dan lain2. Setelah selesai semua urusan, terus ke kaunter untuk naik bas menyeberangi friendship bridge ke imigresen laos pula. Disini juga sesapa yang membeli pakej diberi sticker la bagi mengenalpasti pelanggan mereka sbb naik tambang bas sume dah termasuk. Kalo yang bergerak sendiri tambang bas cume 20thb saje. Naik bas dalam 5 minit je pastu sampai dah di Imigresen Laos. Sejurus tiba, terus ke kaunter Visa On Arrival. Kita rakyat Malaysia amik borang VOA isi dan terus ke kaunter pasport untuk memasuki Laos. Bagi yang kene bayaran visa tu kene beratur la. Selesai semua proses cari bas @ tuk2 untuk ke bus station Bokeo, pelabuhan untuk menaiki slow boat. Tuk2 ni cukup 5 orang baru jalan. Tambang dikenakan setiap orang ialah 100 thb. Nak cari bas tp tgk bas mcm utk yang amik pakej je. Cukup je 5 orang tuk2 bergerak menuju ke pelabuhan dulu sebab 4 orang nak naik slow boat. Sesapa yang x kejar masa dan nk menikmati sungai mekong boleh la naik slow boat. Tiket x sure berapa tapi perjalanan memakan masa 2 hari dan bermalam di pekan kecil Pak Beng sblm meneruskan perjalanan ke Luang Prabang. Terpulang kepada anda untuk menikmati yang mana satu. Kalau diizinkan ke sini sekali lagi, mmemang slowboat menjadi pilihan sebab bas dah cuba kan. Setelah menurunkan penumpang di pelabuhan, saya terus di hantar ke bus station Bokeo. Ternyata saya terlewat dan terlepas bas pukul 10 pagi. Tanya kaunter bas ke Luang Prabang pukul brapa? Kui 11:30 naik bas ke Vientiene dan turun di Luang Prabang. Tambang 140000 kip mahal skit dari bas kui 10 dan 4 ptg dalam 20000 kip je. Dari  nak tunggu lagi 5 jam, amik je la tiket bas tu sbb pekan Bokeo x besar pun.
keadaan terminal 1 pada jam 6:20 pagi
walau bas macam bas patt hup dulu2 tapi ade tv ok...
Chiang Kong Imigresen
bas 20thb nak melalui friendship bridge dan ke imigresen laos
friendship bridge merentasi sungai mekong
isi VOA borang putih blakang tu x yah isi
seb baik kita sesame asean..x yah beratur lama2
meninggalkan imigresen Laos
pelabuhan slow boat
ada kenduri kahwin di pekan 
terminal Bokeo @ Huay Xai harga tiket dan time
bas ke Vientiene nnt singgah di Luang Prabang
keadaan dalam bas
keratan tiket bas 140,000 kip

Tepat jam 11:30 pagi bas pun bergerak meninggalkan stesen menuju ke Luang Prabang. Sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 jam ini anda akan dapat lihat pemandangan kampung orang asli, bukit bukau dan hutan. Jalan disini bukan mcm kita di Malaysia atau Thailand. Jalan bengkang bengkok, berbukit dan adakalanya lalu tanah merah. Nak dapat tido yang nyenyak di dalam bas amat sukar. Dan perlu diingatkan kepada semua untuk ke tandas, apabila bas berhenti di stesen Luang Namartha dan Oudomxay, buanglah apa yang patut sbb kalo tidak selesaikan mungkin anda akan membuang di tepi jalan saje. Ini mmg perkara betul, sbb selain bas station tersebut bas mmg akan berhenti di tepi jalan untuk urusan tersebut oleh penumpang2. Bayaran masuk tandas di Laos ni sebanyak 2000 kip (RM1) mahal!! Syukur Malaysia masih aman. Memang pengalaman baru naik bas di Laos ni hahahaha.
view sepanjang perjalanan
nampak macam sawah tapi dah kering
rumah orang asli Laos
penempatan orang asli di sepanjang jalan
stesen bas Oudomxay
Tempat persinggahan malam untuk dinner (tengok je la)
Setelah lebih 12 jam perjalanan, bas pun tiba di pekan Luang Prabang pada jam 12 tgh malam. Sampai je di bus station, mmg sunyi je pekan ni, kedai2 sume tutup, jalan raya lengang. Open maps.me cari kawasan hot spot di sini, ternyata jaraknya dari bus stesen ni adalah sejauh 2.5 km. Nak jalan kaki dah tgh malam, sejuk,1st time sampai dan sorang2. Guest house pun x booking sbb x tau estimate time lgpun tenet xde... huhuhu x leh nak book online. Tuk2 offer 50000 kip, tolak mahal sangat sampai dia offer 30000 kip (RM 15) naik je la. Memang sejuk giler sunyi, rupanya sini kui 11 je sume dah tutup. Sampai je di pusat bandar turun dan mula mencari guest house untuk bermalam. X tau time ni mmg peak season hampir semua guest house penuh, tau mcm mane penuh dia gantung signboard kat luar. Memang cuak la mase tu...hampir sejam jugak round mencari...last2 jumpe jugak LPQ backpacker kebetulan staf dia tido kat luar, tanye ade x katil kosong..ada harga 45000 kip siap breakfast tanpa pikir panjang, terus setuju masuk bilik letak beg dlm loker terus tido, x kenal sape roomate sbb dah gelap. Tamat perjalanan merentasi sempadan dan tiba di Luang Prabang. Esok baru pikir xtvt ape nak buat. Dan nak cari sahabat yang baru kenal di sempadan tadi di tempat seperti yang dijanjikan. mane la tau kot2 leh save bajet untuk baki pengembaraan ini. Tapi jangan risau, guesthouse ni ada wifi..tu yang penting.

belanja hangus
bas ke Chiang Kong 65thb
tuk2 ke imigresen thai 50thb
bas seberang friendship bridge 20thb
tuk2 ke stesen bas Bokeo 100thb
tiket bas ke Luang Prabang 140000 kip
tuk2 ke pekan 30000 kip
hostel 45000 kip (malam pertama)

p/s : naik tiket flight PERCUMA??? klik sini


2 comments:

Goh said...

Wei. Kip kip mana tau berapa RM? Boh la damage dalam RM. Hehe

Si Penakluk said...

2000 kip sama dengan RM 1 bos...kira2 mudah je tu (rate pada masa itu)