nuffnang

Wednesday, March 30, 2016

Backpacker trip Overland 2.0 (Vietnam - Cambodhia - Thailand)-baru dapat tiket je

Salam rakan2....

Persediaan bagi menghadapi trip backpacking yang seterusnya telah bermula. Cadangan kasar pengembaraan tersebut dimulakan dari KLIA dan mendarat di Hanoi. Dari Hanoi menggunakan sepenuhnya pengangkutan darat untuk kembali ke KL. So far ramai yang nak ikut tetapi kata putus xde lagi. Kalo ade sape nak folo boleh je cari tiket KL-HANOI pada date 23 Nov 2016. Kalo xde...solo trip je lah..... Target pengembaraan kali ini adalah selama sebulan (kalo xde masalah dan sume mengikut jadual). Costing masih dalam kira2.....anggaran kasar dalam RM3k.


Lambatnya nak tunggu bulan NOV ni....huarghhhh!!!

tiket saya dapat hanya RM 147 jer.......

jom pakat p ramai2.....

Thursday, March 17, 2016

jjcm kl-kt-kb-pen-prk-kl

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Posting kali ini lebih kepada review makanan yang telah dicuba sepanjang perjalanan sejauh 1600 km selama 3 hari 2 malam sebanyak 4 negeri.

Idea ini tercetus memandangkan ada kenduri kawin anak ex boss di JKR dulu. So kami bertiga merancang perjalanan dengan teliti bagi memenuhi misi road trip kali ini. 

Hari ahad dari tbs bergerak ke KT menaiki bas express. Pit stop pertama di KT sebab majlis kawin tersebut diadakan di kampung Batu Rakit. Macam biasa la makan nasi orang kawin la... Lauk sedap dan masing2 makan dengan lahap akibat tidak bersarapan pada waktu pagi tadi.

Selesai kenduri, terus bergerak ke KB pula. Kami dah booking homestay di Pantai Cahaya Baru. Cek in rumah dan terus ke kedai makan bernama D'syaz cafe Maggi Ketam. Disarankan kalo singgah sini orderlah makanan yang berasaskan maggi kompom x menyesal. Pit stop di PCB ialah maggi ketam. 
maggi ketam
maggi dia mmg sedap,kuah pekat, portion pun boleh tahan...mee dia x kembang dan x keras mmg nice!!!! harga RM 25.00 semangkuk. Anda boleh juga cuba maggi belut dan maggi tiram. Maybe next time kalo singgah lg makan meggi tiram pulak.

Keesokkan paginye cek out dan cari port sarapan yang femes di KB. Teringat rancangan JJCM di tv3, terlintas di kepala Kopitiam Kita. Sampai je walau dah pukul 10 pagi, pengunjung masih ramai, meja pun penuh mmg tempat utama la kat sini. Dapat je meja terus order makanan yang femes disini iaitu Roti Titab. 
roti titab yang femes
Roti disapu planta / butter dimasak diatas kuali diletakkan kaya dan dihidang bersama telur separuh masak. Kombinasi roti dan kaya tu mmg sedap. Ditambah dengan telur separuh masak. Memang umpphh. Habis je masing2 tambah lagi sekeping. Sebab pikir nak dtg balik mcm jauh je tu yang alang2 tambah lg satu. Dah setel makan dan nak membayar semua terkejut. Harga roti ini RM 5 satu. X pe lah janji sedap. Lagi 1 yang buat kedai ni ramai pengunjung ialah anda boleh mendapat semua jenis makanan femes di kelantan ada di sini.

Dari KB terus menuju ke Penang. Di Penang pastinya mencari nasi kandar sebab masing2 x lunch so mmg target nak makan nasi. Kedai yang kami pilih Kayu Nasi Kandar di Bukit Jambul. Orang mmg ramai beratur dan sume maklum nasi kandar ni subjektif. Komen saya boleh tahan. 
dah mai penang memang cari nasi kandar

Esok pagi pun kami repeat ke kedai Kayu jugak sebab terlihat rancangan Best Of The World tgh review nasi lemak di kota damansara yg femes...Terus nak makan nasi pagi tu.

Dari Kayu Nasi Kandar bergerak ke Jalan Transfer nak beli roti Banggali di Bakery Marliya dan mencuba roti bakar jalan transfer. Konsep nye sama seperti roti titab tetapi xde kaya. Rasa dia boleh tahan tapi tak boleh lawan roti titab kopitiam kita. Harga RM 3.50 satu set.
roti bakar jalan transfer

Dari Penang bergerak balik ke KL melalui PLUS dan menuju ke ipoh terlebih dahulu, sebab ada member suggest cendol durian di Chemor. On waze terus cari lokasi kedai tersebut. Keadaan cuaca sgt panas dan memang sesuai untuk membelasah cendol pada waktu ini. X susah pun nak cari kedai ni. Terima kasih waze!!!! Juat search Singgah Yop Pulut Durian.
cendol durian dan pulut mangga duian
Macam cendol ade,pulut mangga durian nangka. Pulut mangga pun ada. Cendol durian dia mmg marveles, sebab durian betul diletakkan didalam cendol. Pulut dia pun menarik, lemak di combine dengan mangga dan durian. Yang kureng pasal cendol sini sebab ais dia x kisar. Kalo ais tu dimesin...mau tambah lagi semangkuk.. Harga cendol durian RM 4.00 kot x silap. (lupe dah).

Selesai makan cendol, buka waze terus search Bandar Seri Botani cari Kafe Setinggan. Ada apa disini? ada satu kedai yang jual Laksa Telur Goreng Bersarang. Laksa ni femes di kawasan perak ini. Konsep hidangan ni ialah telur rebus diganti dengan telur dadar digoreng dan berbentuk sarang.
laksa telur goeng bersarang
Laksa memang sedap, kuah pekat yang trill nye ialah bila makan telur tu, isi isi ikan akan tersangkut di sarang telur tu. Tu yang menjadi unik dan berbeza dengan laksa2 yang lain. Harga RM 3.70 semangkuk.

So dah selesai makan laksa ini...habis sudah pit stop kami di Ipoh Perak. Kami pun menuju ke pit stop terakhir kami di Sungkai. Yang femes disini tentulah nasi Bamboo. Sebelum gerak call dulu tanye tutup pukul berapa. Kedai tutup pukul 6:00 petang. Tanpa membuang masa terus bergerak mengikut arahan waze.

Sampai je exit Sungkai, tak jauh pun dari Plaza Tol Sungkai. Nampak dah kedainye. Sampai kedai jam kui 5:30 petang...dapatlah nasik sorang satu, ayam kampung bunian 2 ketul dan seekor ikan tilapia bakar. 
nasi bamboo, ayam kampung bunian, ikan tilapia bakar

Ni je yang tinggal...tapi ayam kampung bunian tu memang sedap...rase menyesal pulak x amik sorang seketul...ikan tu biase la...nasi dia pun ok lembut beraroma. Memang femes kedai ni. Harga utk makanan kat sini RM 31je.

Setel je makan terus gerak balik KL. Tercapai la objektif nak mencuba makanan yang diviralkan di laman sosial ketika ini.

Perjalanan sejauh 1600 km telah sukses!!!

p/s : Nak jana pendapatan pasif melalui henfon?? klik sini

Saturday, March 12, 2016

#review buku - travelog mr traveler


Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!!

Review buku kali ini #travelogmrtraveler oleh Meor Farid Asyradi mengisahkan tentang seorang pelajar mengembara ke eropah dengan berbekalkan sekeping tiket keretapi selama 15 hari. Antara negara yang terlibat, Sepanyol, Turki dan lain2.

Bagi mereka yang bercadang untuk membuat euro trip memang patut anda baca buku ni, sebab setiap tempat persinggahan telah dicerita dengan teliti baik dari segi suasana, tempat hot spot setiap bandar dan cara menaiki pengangkutan awam. Cuma trip beliau agak rushing sebab perlu kembali ke Sweden mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Bagi yang bercuti secara singkat boleh la mengikut style ini.

Apa pun info yang dinyatakan sungguh lengkap dan menarik. Seorang student yang berumur 25 tahun telah mengembara ke 35 buah negara!!! So tunggu apa lagi!!! Pack your bag and go!!!

Friday, March 4, 2016

#review buku - travelog ET-Kembara Afghanistan (

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!!


Semenjak kembali keinginan untuk mengembara, mula berminat untuk membaca buku tentang pengembaraan dan tip2 untuk para backpackers. Terus terang cakap, et juga merupakan punca saya mengembara secara solo hari tu.

Nak tahu kenapa?

Baca buku ni. Anda akan dapat tahu jawapannya.

Buku ini mengisahkan seorang pengembara perempuan yang mengembara solo ke Afghanistan. Afghanistan pada ketika itu baru lepas perang. Segala details pengembaraan diterangkan dengan terperinci dan coretan ayat yang ditulis boleh membawa pembaca turut bersama dengan penulis di negara tersebut. Dengan cubaan untuk menyeberangi sempadan Afghanistan dan Iran melalui jalan darat tidak berjaya. Ditangkap oleh tentera akibat disangka sebagai pengintip dari Pakistan. 

Sepanjang perjalanan beliau, terbayang keramahan penduduk tempatan yang membantu, pemandangan yang menarik serta perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan menaiki bas dan kenderaan lain. Belum lagi cerita dengan keenakan makanan tempatan yang dicuba. Memang menghiburkan.

Sebab saya katakan et merupakan salah satu sebab saya untuk mencuba travel secara solo adalah sebab et seorang perempuan dan pergi ke negara yang bergolak, saya berkata dalam hati xkan la  aku lelaki nak travel ke thailand dan laos pun x berani? So disitu tercetus la keberanian untuk mengembara secara solo.

Bagi sesiapa yang mahu berjinak2 dan takut untuk mulakan travel secara solo, baca buku ni untuk menambahkan keberanian didalam diri anda!!!

GO TRAVEL!!!!

Wednesday, March 2, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 12- FInale

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tiba masa untuk berangkat pulang dari Bangkok ke Hatyai. Tiket tren pada jam 1:00 tgh hari. Hari ni mmg nak cek out dan balik je. Seperti biasa lepas subuh turun breakfast dulu, roti bakar dengan telur goreng dan secawan kopi. Beg pun dah siap packing sebelum turun. Menghitung masa je nak cek out. Lepas makan lepak bilik baring2 sebelum kene cek out pada jam 11:00 pagi. Menjelang jam 10:30 pagi dah habis boring duk bilik, cek out la...tebus balik 200 bhat sebagai deposit kunci dan tuala. Cek out je terus cari kedai makan yang sering digembar-gembur dalam group BBM berhampiran dengan stesen Hua Lamphong. Owner pun pandai cakap melayu, makanan pun murah dalam 40 bhat je nasi dan 2 lauk. Selesai makan terus menuju ke stesen untuk membuang masa di sana sebelum tren bertolak.

Rasa macam lama je masa berjalan hendak tunggu jam 1:00 tengah hari. Shima pun kebetulan mesej dan dia pun ke stesen lepak sekejap. Tiket dia jam 2:45 kot. Pastu dia ke MBK untuk mengisi masa lapang. Tepat jam 12:30 pergi ke terminal, cari gerabak dan seating pastu lepak je. Sebab masih siang, katil pun lambat la hendak diturunkan. Tepat jam 1:00 tgh hari tren pun bergerak. Tiada apa yang menarik sebab dah lalu kan, cuma kepala nak tido je. Tapi kali ni amik 2nd kelas tingkap, so layan la angin luar. Dalam pukul 4:00 tu tetiba perut lapar, ada makcik jual pad thai muslim yang buat, rembat 2 bungkus, dan buah sepotong (total 60 bhat). Kalo x tido memang lapar je lah.
student pancaragam nak kemana pun x tau...
gypsy village kot...malam meriah...baru jumpa..


Dah kenyang perut, konduktor mula pasang katil sebab luar dah gelap. So lepas tu aktiviti tido je la sementara tiba di Hatyai.Tren dijangka tiba di Hatyai pada jam 8:30 pagi. So tido dengan tingkap terbuka, angin masuk memang best, lagi best dari yang aircond. 
pemandangan pada waktu pagi dari tingkap


Menjelang pagi duk lepak mengelamun je dekat katil sambil enjoy pemandangan di pagi hari. Tepat jam 8:30 pagi tern pun tiba di Hatyai. Dengan tangkas dan pantas turun dan terus menuju ke tempat mula2 tiba ketika memulakan ekspedisi ini dengan tujuan untuk mencari tiket ke Kepong. Naik Alisan Golden Coach memang lalu Kepong senang. Sampai je office travel agent tersebut, ada tiket jam 9:00 pagi, tanpa pikir panjang terus booking. Transit paling sekejap adalah di Hatyai selama 30 minit je. Ikutkan hati dalam perancangan awal mmg ada bermalam di Hatyai tetapi duit tinggal 1200 bhat, dan Hatyai pula dekat dengan Malaysia, untuk next trip mmg akan lalu sini juga. So kita simpan je Hatyai untuk trip akan datang.
direct ke Kepong ada..tu yang rembat aje bas ni


 Dapat tiket je, tinggalkan beg di office tersebut dan cari makan dulu. Ade kedai makan muslim berhampiran dengan office travel agent tersebut, di Hatyai jangan risau, dah macam Malaysia dah, banyak kedai halal dan orang boleh sembang bahasa melayu. Amik nasik goreng Seafood dan teh o ais, harga 80 bhat. Lepas makan terus ke office tadi dan bersedia untuk menaiki bas.Bas sampai, dan terus bergerak ke Imigresen untuk memasuki sempadan. Nak balik senang, orang x ramai proses nye sekejap je. tepat jam 11:00 waktu malaysia selamat menyeberangi sempadan Mal;aysia dan secara rasminya berakhirlah trip solo saya yang pertama. Bila ada yang pertama akan ada yang kedua.

Tepat jam 7:30 petang selamat sampai di Kepong.

Perjalanan selama 2 minggu ke 2 buah negara telah berjaya!!! 
tempat persinggahan selama 2 minggu


Next trip dalam perancangan lagi...

Belanja Hangus

Lunch   : 40 bhat
makanan atas tren : 60 bhat
tiket bas : 550 bhat
sarapan : 80 bhat.

p/s : nak travel secara percuma ??? klik sini

perlukan full itenari dan perbelanjaan sepanjang pengembaraan ini boleh tinggalkan email anda di ruangan komen.