nuffnang

Monday, February 6, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 : 1st stop Hanoi-Day 3 (OldQuater)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Coretan hari ke-3 bersambung...

Hari ke-3 masih lagi di Hanoi atau lebih tepat lagi di Old Quarter. Malam td sebelum tido sudah siap marking place of interest di kawasan Old Quarter ini. Antaranya Hanoi Citadel, Ho chi minh museum, Temple of literature dan banyak lagi yang mana larat untuk di jalankan. Sebab hari ini akan menggunakan tenaga untuk berjalan kaki sahaja. Macam biasa sarapan dulu...kalo x rugi sbb dah include dlm harga. Menu macam biasa roti dan telur scramble serta secawan kopi.

Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Hanoi Citadel. Hanoi Citadel ini merupakan rumah monarki Vietnam " Thai Long" pada tahun 1010 (Dinasti Ly). Dan seterusnya digunakan sebagai pusat tentera pada kurun ke-20 dibawah General Giap. (nak lebih details boleh rujuk wikipedia). Citadel ini terletak 1.7 km dari hostel...kalo jalan kaki secara santai adalah dalam 30 minit dengan berpandukan maps.me. On the way ke Citadel niat ingin mencari simkad tempatan sebab senang nak bergerak memandangkan akan berada di Vietnam selama 2 minggu. Jumpa kedai tepi jalan yang ada jual simkad.. dapat la 150000 dong untuk sim dan kouta internet sebanyak 9GB. Rase macam murah kot. Internet di Vietnam mmg laju dan amat berpuas hati. Berkomunikasi ketika hendak membeli tu cuma pakai google translate. Kebanyakan org Vietnam di Hanoi x boleh berbahasa Inggeris tetapi dgn google translate urusan dimudahkan. Sampai di citadel kene gi kaunter untuk beli tiket, sebanyak 40000 dong bayaran dikenakan untuk memasuki citadel tersebut. Keadaan disitu amat meriah kerana terdapat sekolah yang membuat field trip. Kebanyakan murid2 darjah 1 rasenya. Mereka amat peramah termasuk cikgu pengiring. Habis semua pelancong yang mereka jumpa...meraka akan say hello......
street food di old quarter....
nak beli simkad sembang pakai google translate
di Hanoi Citadel dengan pelajar2 sekolah
view gate dari belakang
bilik gerakan perang Vietnam
Citadel ini besar dan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti rumah kediaman, perpustakaan, kompleks pejabat, pusat ketenteraan dan lain lain lagi.Sejam jugak la round dlm citadel ni. Cuaca pun redup dan dingin mmg sesuai untuk berjalan kaki sahaja.

Selepas habis meneroka citadel, kaki terus melangkah menuju ke Ho Chi Minh Museum...terletak lebih kurang 1.3 km dari citadel...selepas hampir setgh jam berjalan secara santai sampai la di dataran muzium Presiden Ho Chi Minh. Lepak shot gambo sekeping dua pastu bergerak ke rumah beliau. Bayaran tiket 40000 dong. Ronda2 la di dalam rumah itu (muzium je sebenarnya). Muzium ini menerangkan tentang sejarah Presiden Ho Chi Minh. Dari kecil sampai la jadi Presiden. Disini juga terdapat One Pillar Pagoda. Uniknya pagoda ini dibina dengan satu tiang je. Pelancong barat sibuk duk naik untuk ikut upacara yang dilakukan. Kite stakat amik gambo je dan bergerak ke tempat lain. Round2 lebih kurang stgh jam je pastu bergerak ke next station iaitu Temple of Literature.
dataran Ho Chi Minh
x ingat bangunan apa tapi salah satu bagunan kerajaan
Rumah lama Presiden Ho Chi Minh
Presiden tengah buat kerja
Pagoda satu tiang.
Temple of literature ini merupakan universiti lama di Hanoi. Universiti yang pertama diwujudkan di Vietnam. Tiada apa pun yg menarik dari segi sejarah dan senibina arkiteknye, tetapi pada masa kini tempat ini sering dikunjungi oleh student universiti yang baru saja graduasi. Mereka akan mengunjungi tempat ni untuk bergambar kenangan dan juga berdoa dan mensyukuri kerana telah tamat belajar. Bayaran masuk ke temple ni 40000 dong. Ketika singgah disini terdapat ramai kumpulan pelajar sedang mengambil gambar bersama yang lelaki segak bergaya pakai kot dan perempuan nye mmg anggun dengan mengenalan busana tradisional Vietnam. Sekali pandang boleh tahan juga cun student2 Vietnam ni. Tu yang gambo awek je yang di snap. Hahahaha.
graduan-graduan universiti nak photoshoot
gambar formal...
awek2 hanoi....pilih2....cun2 blaka...
maaf ye banyak gambo awek2 je...awek2 Vietnam dalam pakaian tradisional
Setel snap gambo2 awek...perut pun dah lapar...cari la masjid yg x jumpe hari tu...ikut maps.me la mcm biase...rupa-rupanya hari tu x masuk lorong belakang...kat situ letaknya masjid hanoi. Seperti baca dlm blog2 sebelum bertolak, lokasi kedai makan betul2 terletak didalam kawasan masjid. Setelkan dulu kewajipan pastu baru order makan. Nasi goreng daging dan kopi ais jadi santapan. Kopi mmg feveret kalo di Vietnam. Harga untuk lunner (lunch+dinner sbb time travel ni mkn sekali sehari je kat luar) 70000 dong utk nasi goreng daging dan 20000 dong utk kopi ais.
nasi gorang daging
kopi ais vietnam


Setel makan je gerak balik hostel utk rest2 sbb mlm nnt lepak dgn marco. Tunggu dia msg kat mane nk jumpe malam kang 6:30 nnt.

Dapat je msg je dari Marco terus gerak ke lokasi yang diberitahu. Janji jumpa di hadapan bangunan Pos Office Vietnam yang terletak di tepi Tasik Hoan Kiem. Selang beberapa minit jumpa Marco dan kawanya bernama Mike telah menunggu di tempat yang dijanjikan.Tasik Hoan Kiem juga merupakan tempat tumpuan masyarakat Hanoi berekreasi. Mmg terletak di kawasan Old Quarter. Kebetulan hari ini Jumaat, esok sabtu jalan sekitar tasik ni ditutup kepada semua kenderaan bermotor sehingga hari Ahad. Sbb tu terdapat ramai local berekreasi di situ. Mereka bermain permainan tradisi di jalanan seperti congkak, batu seremban versi Vietnam (lidi 5 batang dan bola tenis barang yg diperlukan), sepak raga bulu tangkis, tarik tali jalanan, Skipping panjang, kaki galah dan menari pun ada sekali. Memang meriah la dekat kawasan ni. 

Sementara tengah menikmati permainan2 yang diadakan, kami didatangi oleh seorang remaja yang bernama Koum. Rupanya2 mmg kebanyakan remaja di Hanoi ni menegur pelancong asing untuk belajar bahasa Inggeris. Mmg kebanyakan remaja Hanoi banyak dilihat bersembang dgn pelancong. Mmg salah satu cara yang bagus untuk improve kan Bahasa Inggeris. Last2 Koum pun join kami hangout malam tu. Sempat la join main sepak raga bulu tangkis je..sbb tu je yang boleh main. Nak join main senang je, masuk je dlm bulatan dan korang akan jd sebahagian dari mereka.
jambatan ke tonong di tengah tasik Hoan Kiem
close view jambatan
Marco mencuba bamboo feet
main congkak atas jalan
batu seremban versi vietnam
main takraw bulatan dengan locals.
menari pun ade tau...pelbagai lapisan umur boleh join
Lepas je jadi sebahagian daripada masyarakat Hanoi, ajak Marco untuk menikmati kopi telur. Mmg salah satu hidangan yang patut dicuba ketika ke Hanoi. Sbb Hanoi mmg femes dengan kopi telur ni dan merupakan trademark Hanoi. Marco pun bawak ke kedai kopi yang menghidangkan kopi tersebut. Laluan ke kedai tu x brape igt sbb ramai orang dan x dpt nak cam laluan yang dilalui oleh kami. Sampai je kedai tersebut cari meja kosong dan terus order kopi telur, yang lain order minuman masing2. Sampai je kopi, terus kacau untuk bagi sebati campuran kopi tersebut. Menghirup kopi yang femes di Hanoi ni, rase kopi yang pahit dicampur dgn lemak yang datang dari telur. Patut ramai yg rekemen kalo dtg hanoi ni kene pekene kopi telur. Harga? Secawan cuma 35000 dong je. Minum secawan cukuplah asal dapat rase. Setel je minum kami pun keluar utk sambung lepak2. Mike pun nak gerak balik sbb rumah di jauh..so tinggal kami bertiga saja. 
kopi telur yang femes di Hanoi
wefie skit, Marco, Koum dan Mike
pintu masuk kedai kopi yg original since 1946
bergambar kenangan sebelum Mike balik
Marco cadang nak bawa kami ke jambatan Long Bien. Jambatan ini dibina pada tahun 1902 oleh Kolonial Perancis. Sebab malam x brapa nampak sbb jambatan ni xde lampu tapi layan udara di atas jambatan ni mmg awesome dan ditambah suhu yang dingin di waktu malam. Jambatan ni panjangnya 3 km kami jalan separuh je hahahaha. 
view bandar Hanoi dari jambatan
Pastu patah balik ke tasik untuk cari market yang jual cenderahati. Rembat tshirt sehelai 55000 dong. Masa pun dah lewat Marco pun nak balik dan esok kami nak lepak lg. Marco pesan jumpa kat Muzium dekat dengan Hanoi Opera jam 8:30 pg. Marco dan Koum beransur pergi dan aku  menuju balik ke hostel. Depan hostel pun meriah gak rupanya, duk menyanyi, bersorak bagai, minum2 dan berjoget2. Kalo mata x kuyu mmg nak duk tengok la depa berseronok ni. Kat hostel pun x kurang meriah juga dekat bar lounge ni.

belanja hangus
150000 dong simkad
30000 tiket citadel
40000 ho chi minh house
30000 temple of literature
70000 nasi goreng daging
20000 kopi ice
35000 kopi telur
55000 tshirt

p/s : nak kumpul duit utk travel? nak tau caranya klik sini

No comments: