nuffnang

Monday, February 27, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 : 2nd stop Sa Pa-Day 1

Salam sejahtera semua,

Penaklukan di teruskan ke Wilayah Utara Vietnam iaitu Sa Pa. Sa Pa merupakan kawasan tanah tinggi di utara Vietnam, Kawasan ini terkenal dengan aktivit hiking, trekking dan para pengunjung boleh memulakan pendakian ke gunung Fansipan melalui kawasan ini. Itu sedikit sebanyak pengenalan tentang kawasan tanah tinggi Sa Pa.

Bertolak dari Hanoi dengan menaiki tren malam. Ambil 2nd kelas seater..kalo nak jimat boleh amik 3rd kelas tapi kalo korang bertabah duk sitting kayu selama 10 jam dipersilakan. Aku sanggup lagi amik sitting kelas kedua. Tren tiba di stesen Lao Chai pada jam 7:30 pagi. Cuaca pada pagi tu memang sejuk la..tapi dengan jaket biase still boleh tahan la. cari tiket untuk balik esok malam jam 10:00 malam berharga 160000 dong. Tren dari Loa Chai ke Hanoi ade 3 Kali sehari, Pagi, dan malam 2 kali. pas setel beli tiket.....terus keluar stesen untuk mencari bas ke pekan Sa Pa. Sini ade bermacam mod transport sama ada nak naik mini van atau public bus. Minivan harga terletak pada kepandaian anda menawar harga kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan. Mentang2 aku baru 1st time sampai depa letak 80000 dong untuk minivan. Dengan tegas kate NO dan mencari tempat letaknya public bas. Nampak kelibat bas di sebelah kiri stesen, dan bertanya kepada mereka-mereka yang kononnya agen tiket bas. Salah seorang menyatakan tiket utk bas tersebut 200000 dong. WHAT!!! Naik mini van pun boleh nego sampai 40000 dong dan naik public bas sampai 200000 dong. Ini mengarut. Dengan muka ketat aku berjalan menuju ke bas tersebut dan mencari drive bas tersebut. Tunggu punya tunggu kelibat driver bas tu pun muncul dan tanya harga tiket bas berapa. Harga untuk public bas tu cuma 28000 dong saje. Nampak tak bagaimana mereka nak pow duit pelancong2 ini. Tepat jam 8:00 pg bas pun bergerak menuju ke pekan Sa Pa. Kalo nak view yang awesome sepanjang perjalanan amik seat di sebelah kiri bas. Anda akan dapat melihat landskap gunung ganang Sa Pa yang cantik dan memukau. Kebetulan cuaca pun cantik mmg layan la view sepanjang perjalanan. Kalo nak termuntah ketika dalam perjalanan bas ade sediakan plastic. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ok sokmo dan kadang2 terlelap akibat x lena tido didalam tren akibat sejuk.
keadaan tren 2nd class seater
tren tiba di stesen Lao Chai
cari mini bas ni.....murah
siap ade jadual lg...jgn risau bas banyak
bas bergerak meninggalkan pekan Lao Chai
view sepanjang perjalanan ke Sa Pa
mmg layan bai view dia......
Perjalanan ke pekan Sa Pa mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam. kalo x ramai yang stop tgh2 jalan lg cepat la sampai atas. Tepat jam 9:45 pagi, bas pun sampai di pekan Sa Pa. Diluar bas ramai local dari puak Hmong menyerbu bas untuk mencari customer yang ingin amik trip trekking ke kampung mereka. Aku juga x terlepas didatangi oleh puak Hmong untuk menawarkan perkhidmatan. Tapi aku tolak dan selfie sekeping untuk kenang-kenangan dan mula mencari hostel untuk cek ini. Di Sa Pa aku tidur di Sa Pa Sunflower hostel. Harga cuma Rm 18 semalam include breakfast dan booking melalui agoda. Memang mudah. X jauh pun dari dataran Sa Pa. dalam 5 minit jalan kaki sampai dah. Sampai je hostel ingat nak cek in tapi x leh cek in awal so tinggal kan beg dan bergerak keluar untuk ke  Cat-Cat village.
wefie skit dgn auntie puak Hmong...sejuk bai...

Dari Hostel gerak ke Cat-Cat village. Nak pegi x susah pun sbb di mana-mana ade je signboard menunjukkan arah ke perkampungan tersebut. Cuaca pada ketika ini mmg cantik panas dan dingin. Mmg elok untuk berjalan-jalan di kawasan Sa Pa. Keadaan pekan Sa Pa ketika ini sedang banyak construction untuk pembangunan hotel-hotel untuk pembangunan. Harap ia still x mengganggu keadaan Sa Pa secara keseluruhan. Keadaan jalan menuju ke perkampungan tersebut melalui jalan tar yang curam sampai ke bawah lebih kurang 2 km sehingga tiba di pintu masuk perkampungan tersebut. bayaran masuk cuma 50000 dong. Bayar je entry fee dapat map dan jalan. Kene turun melalui anak tangga dan banyak terdapat kedai2 menjual cenderamata di sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan di sajikan pandangan bukit bukau yang sungguh cantik. X lupa juga binatang leher pendek bersepah-sepah di sini. Tapi jgn risau depa x kejar orang. Nampak kedai cenderahati rembat topi satu dengan harga 60000 dong setelah ditawar sbb cuaca terik.
laluan menuju ke cat-cat village...sampai ke bawah curam
gadis2 puak Hmong dgn hasil kraf untuk dijual
x silap hotel ni ade makanan halal..sbab tu shot hotel ni
jauh lagi perjalanan menuju ke bawah
landskap yang memukau dan cantik
pas melepasi pintu masuk..trek tangga
shot panorama sekali.....
anak2 puak Hmong suka di beri jajan
Perjalanan diteruskan sehingga sampai ke kawasan air terjun yang menjadi tarikan pelancong. DIsitu terdapat air terjun, kincir angin dan jambatan buluh untuk menyeberang. Mmg teringat cerita robin hood dulu-dulu sebab keadaan di situ mmg cantik. Menghilangkan penat sebentar di kawasan air terjun kerana selepas ini laluan sumenya mendaki sebab masa datang sume turun. Sempat la sembang2 dgn tour guide yang membawa pelancong dia kate almost 5 km jalan mendaki sehingga ke dataran Sa Pa. Mampuih. Tapi dia kate kalo x larat boleh amik kereta atau moto. tapi bayaran lebih kurang 100000 dong. Dah selesai hilang penat layan cultural show yang dipersembahkan di dalam dewan kawasan tersebut tapi lupa nak shot gambo sbb penat.
air terjun di cat-cat village....
kincir air yang mengintakan tentang cerita robin hood
kanak2 sewa baju puak Hmog untuk mengambil gambar rasenye..
biskut ni banyak membantu.....
ramai pelancong amik gambo berbackgroundkan air terjun
Kekuatan mental dah dikumpul, kaki pun diangkat untuk pulang ke pekan Sa Pa dengan melalui anak-anak tangga sepanjang tepi tebing sungai. Tapi jgn risau kalo penat ade tempat untuk amik nafas dan juga terdapat kedai yang menjual minuman, harga kompom la agak mahal tapi nampak air tebu tu mcm menarik je..... rembat secawan berharga 20000 dong. lupa nak pesan sepanjang perjalanan korang akan diapproach oleh peniaga2 jalan untuk menjual produk kraftangan mereka. Depa punya style depa akan mengekori korang sampai la korang beli kalo x nak beli buat hati keras je dan pandai2 la reka alasan untuk menolak. X tau berapa lama berjalan, sampai ke jambatan gantung. merupakan end point cat-cat village ini. Ramai pemandu motor approach menawarkan servis. Apa lagi try la nego berapa yang depa mampu. Selepas nego dapatlah 50000 dong untuk servis naik motor sehingga ke dataran Sa Pa. Tapi aku x yakin depa nak bawa aku, sebaliknya aku yang bawak motor tu ke dataran. X sanggup woo nak menapak balik dengan laluan curam sepanjang perjalanan. sampai je dataran dan masa pun lebih kurang jam 1:30 ptg. balik hostel dan cek in dan lepak dan rehatkan badan. Kalo korang ade duit lebih boleh la amik trip kabel car untuk ke puncak Fansipan harga lebih kurang 600000 dong. Aku bajet x banyak berhuhuhu je lah.
mula mendaki tangga untuk kembali ke pekan
ada tempat untuk berehat sekiranya pancit
ending point untuk cat-cat village
hostel yang diin ap ketika di Sa Pa
Pas habis rehat keluar la hostel untuk menikmati cuaca petang di pekan. Cuaca masih dingin, puak hmong masih lagi mencari pelanggan untuk menjual hasil kraf mereka. Cari kedai nak beli roti untuk bekalan malam dan esok hari. Beli 2 buku roti sbagai santapan ketika di sini. Di dataran Sa Pa kelihatan masyarakat tempat beriadah yang budak kecil bermain bola, yang belia bermain bola tampar yang perempuan bermain hoover board memang tenang lepak sini sambil menikmati sunset. Sunset disini mmg memukau. Malam menjelang kelihatan kanak2 masih lagi bermain. aku pun mulakan langkah untuk melihat apa xtvt malam di pekan ini. Seperti biasa pasar tepi jalan yang menjual perlbagai juadah tapi x boleh makan hahahaha. Ade tempat karaoke urut dan macam2 lagi. Kemudian terjumpa tasik di tengah2 pekan. Dah malam x nampak apa sangat melainkan bot berlampu dan masyarakat tempatan melepak di tepi tasik. Lepas dah buang masa di tasik,bergerak ke hostel untuk makan dan berehat. Cukup aktivit hari ini. On the way balik ternampak sign board menuju ke bukit Ham Rong. So esok pagi dah ade xtvt nak buat.
masyarakat tempatan berekreasi di dataran pada waktu petang
keadaan dataran Sa Pa pada waktu senja....mmg lawa
menjual rempah dan buah-buahan
tasik di tengah-tengah pekan Sa Pa
remaja melepak sambil main sepak raga bulu tangkis
gereja Sa Pa mercu tanda pekan Sa Pa


Sampai hostel, makan roti yang dibeli dengan bekal yang dibawa dari rumah. Dapat la mengalasa perut sepanjang perjalanan setakat ini. Roomate pun masih x balik lg sbb mereka cari makan. Depa ade la ajak join depa tapi apa pilihan yang aku boleh makan, so aku pas dan gerak sorang2... So selesai makan on tv kebetulan ade star wars episode 4 tp subtitle Vietnam, layan sampai ngantuk. Tido pakai jaket, selimut tebal still sejuk tapi aku tgk roomate aku tido pakai tshirt dgn selimut je...rilek je.... hahahaha ok..sambung esok plak...
makan ni je...asal kenyang...
p/s : nak travel secara percuma? klik sini cepatttttt