nuffnang

Friday, March 3, 2017

acah2 backpackers trip Indochina 2016 : 2nd stop Sa Pa -Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bersambung lagi pengembaraan aku di Wilayah Sa Pa. Ni kira hari ke-6 aku telah menduduki negara Vietnam. Baru 2 tempat sempat menjadi persinggahan. Jauh lagi pengembaraan kali ini.Nak x nak kene teruskan jugak sebab tiket flight balik memang x beli....kalo x nak balik boleh la stay sini hahahahaha.

Cukup la merapu serba sedikit. Seterusnya hari ke-2 di Sa Pa. Macam biasa lepas bangun ape sume, turun bawah untuk sarapan, before turun beg sume dah packing siap2 sebab hari ni cek out sbb tren ke Hanoi jam 10 malam. so aku ade sehari penuh untuk buat sebarang aktiviti di Sa Pa ini. Sarapan macam biasa roti vietnam dan telur dan juga fresh oren. Sini breakfast dia ok..air free flow xde masalah. Lepak makan bersama roomate. Xsempat kenal nama pun just sembang u... i...u.. i tapi sorang dari Vietnam juga, sorang dari France dan sorang lg dari China.Depa pun nak cek out jugak hari ni tapi mereka ke Hanoi dengan naik bas....bas byk trip ke Hanoi. Selesai je makan, jam pun menunjukkan pukul 9:00 pagi letak beg dekat kaunter dan keluar untuk ke bukit yang aku cakap dalam entry lepas.

Kenekan jaket dan topi terus keluar dari hostel. Buka je pintu hostel, cuaca memang sejuk dalam 9 celcius aku pulak pakai jaket biase dan seluar pendek, syukur masih boleh menahan sejuk. Keadaan juga berkabus serta lembap. Keadaan jalan raya di sini pada waktu pagi agak sibuk dengan lori dan motor yang bergerak. Aku terus melangkah menuju ke dataran Sa Pa sambil buat live di FB. Kalo korang nak tgk live video tu boleh pegi ke page FB : Mohd Rashdan Roszalli. Sampai je di dataran tersebut memang x leh nampak apa. Visibility atau jarak penglihatan lebih kurang 3-5 meter sahaja. Argghhh sudah, macam mana aku nak panjat bukit kalo cuaca macam gini. Naik bukit nak tengok view gunung Fansipan tetapi dah berkabus apa yang boleh dilihat. Sempat juga ade mak cik puak Hmong cuba menjual cenderahati tapi mcm biaselah cube mengelak untuk membeli sbb aku dah pun beli topi ketika di cat-cat villlage semalam.
kabus agak tebal lepas sarapan pagi dalam pukul 8:30 pagi
selepas round2 di dataran, adelah dalam 10 minit gitu aku pun melangkah kembali ke hostel. Dan sambil berfikir ape aku nak buat sehingga petang nnt aku berharap cuaca mula cerah menjelang tengah hari nanti. Setibanya di hostel tetamu lain pelik aku dah balik dan salah sorang dari mereka bertanya "What happen man? Change of Plan?" Aku pun jawab "Yeah man, i can't see anything outside. It's really thick haze out there. So my plan is to wait until the whether is clear". Yang lain sume gelak dan x jadi keluar. sume kembali ke bilik termasuk aku, seb baik cek out kui 12, boleh bantai golek sementara tunggu sang mentari muncul menerangi pekan Sa Pa.

Hampir sejam lebih aku berseorangan di bilik, aku pun pergi ke balkoni untuk meninjau keadaan di luar, jangkaan aku bila matahari dah naik cuaca dah mula terang, tetapi keadaan tetap sama masih lagi berkabus tebal. Dalam hati cakap nasib baik semalam dah round2 kalo x mmg xde buat ape la kat Sa Pa ni. Tepat jam 12 aku pun cek out bilik dan lepak dekat lobby je sambil memerhati cuaca diluar dengan harapan kembali terang. Masuk jam 1:00 tgh hari keadaan still sama, berkabus matahari pun xde dari pagi. nampaknya punah la harapan nak naik bukit tersebut. Sementara x leh keluar lg minta kebenaran staff hostel untuk guna bilik jap untuk solat. selesaikan terus sebelum bergerak menuju ke stesen tren Lao Chai. Akibat dah terlalu boring duduk di hostel, aku pun angkat beg dan bergerak ke dataran untuk amik bas ke Lao Chai. Aku amik bas jam 3:00 petang tambang cuma 30000 dong. yang ni aku x brape paham. Dari Lao Chai ke Sa Pa 28000 dong. Dari Sa pa pulak 30000 dong. Sampai kesudah pikir kenapa berbeza. Tepat jam 3 bas pun bergerak menuju ke pekan Lao Chai.
view jam 1 tgh hari....still x jauh visibility dia
Dalam bas layan la view tepi jalan, makin ke bawah makin clear cuaca baru leh nampak landskap Sa Pa yang memukau. Sedar x sedar jam 4:30 aku dah pun sampai di stesen Lao Chai. Lebih kurang 5 jam lagi sebelum tren aku sampai. Buka fon search apa yg ada di Lao Chai, malangnya pekan ni pekan biase saje. Sume tumpuan pelancong ke Sa Pa. duk la dalam stesen tu sorang2 dan xde penumpang lain. Jumpa org Vietnam yg sama naik tren malam tu. Dia pun mcm aku juga hari ni x de wat ape pun. Duk lepang sembang je la. Sempat la dia cuba naik kabel car ke Fansipan. aku bajet x banyak, berhuhuhu je lah. Dekat stesen keretapi ni ade gym, tapi yang aku nampak sume golongan makcik2 je yang dtg,,,awek2 x nampak pun. Menjelang malam stesen mula dipenuhi oleh penumpang.
view on the way balik melalui empangan
kelas zumba dan keadaan stesen yang kosong
stesen Lao Chai dari luar pada waktu malam
Tepat jam 9:30 dah boleh boarding  ke dalam tren, sitting mcm biase 2nd class seat lucky duk sorang je, selesa lah skit hahahaha x tau la mmg xde orang atau tuan punya seat tu duk kat tempat lain. Jam 10 tren pun berlepas ke Hanoi.... ada lg 10 jam dalam tren. Selesai hari ke 2 di Sa Pa. Kalo ade rezeki mmg nak repeat lagi sa pa ni.
mencari gerabak untuk depart menuju ke Hanoi.


p/s : Nak travel secara percuma? klik sini untuk maklumat lanjut!!


No comments: