nuffnang

Thursday, June 1, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 5th stop Nha Trang

Assalamualaikum......

Coretan bersambung di Bandar Nha Thrang. Sedikit info pasal bandar Nha Thrang. Nha Thrang merupakan bandar persisiran pantai yang terkenal selain dari Da Nang. Nha Thrang terkenal dengan pantai yang cantik dan aktiviti snorkeling dan scuba diving juga merupakan aktiviti yang utama dilakukan disini. 

Bas dari Hoi An tiba di bandar Nha Thrang pada jam 6.00 pagi waktu tempatan. Amik beg dan mula mengorak langkah menuju ke hostel yang telah dibooking mlm td melalui agoda.com mcm biasa. The Backpack Hostel menjadi pilihan kerana rating yg cukup bagus dan harga agak berpatutan. Dari tempat turun bas perlu jalan kaki sejauh 1.2 km menuju ke hostel. Ternampak kelibat pantai ketika berjalan menuju ke hostel. Sampai je hostel ingat boleh early check in sbb awal sgt sampai x leh nak cek in, letak beg dan terus keluar round2 sementara cuaca x hujan lg. Dari hostel nak ke pantai x jauh pun dalam 400 meter je. Lepak la di pantai sambil melihat aktiviti masyarakat tempatan dan pelancong lain. Ada yang menyertai aerobic, berjoging dan ada yang berenang di pantai. Niat dihati nak je terjun tapi memandangkan musim hujan, keadaan air laut juga tidak mengujarkan untuk terjun. Airnya x menarik malah seakan-akan berada di Port Dickson je. Memang keadaan sini macam Port Dickson dengan pembinaan hotel2, dan aktiviti pantai yang ada di situ. Kebanyakan pengendali pakej snorkeling dan diving juga tidak beroperasi pada musim ini. Mmg ada ahli group FB mencadangkan untuk skip je bandar ni dan banyak traveler lain juga pesan benda yang sama. So spend semalam je kat sini dan esok bercadang untuk ke Da Lat seperti yang disyorkan oleh rakan treveler yang lain. Hujan dah mula turun renyai2 apa lagi mulakan langkah ke hostel untuk cek in.
aktiviti aerobic penduduk tempatan
taman yang dipenuhi penduduk tempatan
keadaan pantai nha thrang...dah macam waktu petang..ramai mandi manda.
air x cantik seperti disangka..macam kat PD je..maybe sbb tgh musim hujan
signboard dilarang mandi.....tapi ramai orang mandi
Tiba je di hostel kelihatan ramai penghuni sedang breakfast. Terus ke reception dan terus booking tiket bas ke Da Lat esok pagi. Selain itu sempat juga hantar dobi baju2 (dobi hostel je) yang kotor sebab stok baju dah berkurang. Dapat je kunci naik atas mandi dan rehat saje. Kerana cuaca diluar hujan duk la didalam bilik mengharapkan hujan berhenti. Sementara berehat-rehat sempat google cari restoran halal sbb mmg tengah teringin nak cari daging. Orang kata dah jemu la makan lauk sama je sepanjang seminggu yang lalu. Ada satu restoran halal x jauh dari hostel...nnt hujan dah berhenti baru gerak.

Dalam kui 3 camtu baru la hujan dah berhenti. Langit cerah dan x panas, solat dulu pastu on maps.me cari restoran tersebut. dalam 10-15 minit berjalan sampai la di kedai tersebut. X pikir banyak order yang set berharga 150000 dong yang ade nasi samosa roti naan dan mcm2 lg. Dengan perut berkeroncong menanti dengan sabar hidangan yang akan tiba. Sekali dtg..tu dia.....mmg byk...time ni la baru terfikir kalo jalan ade geng makan boleh tontong....nampak ayam masala tu mmg lain mcm...so makan la dengan tenang dan rilek2.... mmg nikmat sbb dah lama x makan daging.
set makan tengah hari......sorang makan.....
Selesai je makan, jalan lg mane yang boleh jalan tgk aktiviti petang plak. Banyak hotel kat sini dari bajet  hingga yang 5 star. Banyak juga kedai makan tapi yg halal tadi je la. Sampai kat pantai lepak dan bersantai sementara menunggu hari gelap untuk ke night market. Night market dia pun x jauh gak dari pantai. sumenye walking distance.

Sampai je night market suasana x berapa meriah memandangkan bukan hujung minggu. pengunjung pun x ramai dan barangan yang dijual sume mmg sama dan korang leh dapat di mana2 night market atau pasar di seluruh Vietnam. Cari la sehelai baju yg tulis Nha Thrang sbg kenang-kenangan. Ramai group traveler yang cakap bandar Nha Thrang ni dipenuhi dengan orang Russia. Memang banyak juga kedai2 yang dimiliki oleh orang Russia dah macam bandar Russia di Vietnam. Selesai jalan2 gerak balik hostel.
Opera house tepi pantai
pemandangan malam di tepi pantai
night market Nha Thrang
x ramai pengunjung senang nak belek2 untuk shopping.
Di hostel sempat la beramah mesra dengan penghuni lain. Yang sempat bersembang pun gadis dari Jerman yang dah mengembara selama 2 tahun. Banyak pengalaman dan cerita yang di kongsi.

Selesai hari di Nha Thrang. Esok gerak ke Da Lat pulak. Bandar yang x de dalam list pada awalnya untuk trip kali ini.