nuffnang

Tuesday, November 21, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Da Lat-day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Siri penaklukan kembali meneruskan pengembaraan di bandar Da Lat, Vietnam. Dalam episode yang lepas, sedikit intro pasal bandar Da Lat telah diceritakan. Dalam episod kali ini mari kita cari ape lagi yang menarik di bandar Da Lat ini.

Semalam aku amik 1-day tour yang bermula pada jam 8:30 pagi waktu tempatan. Seperti biasa lepas bangun pagi bersiap bagai, terus turun bawah untuk bersarapan. Sarapan kat hostel mcm biase la roti dan scramble egg dan kopi@tea tapi di pizza tet hostel ni dia siap bagi buah lagi sebagai pelengkap breakfast. Mmg complete la siap ade jus lagi sebagai pilihan minuman. Setelah selesai mengisi perut tunggu la van datang untuk memulakan tour.
breakfast yang lengkap untuk memulakan hari

Van yang ditunggu pun tiba di depan hostel, masih tiada org lagi dalam van dan akan mula mengambil penumpang lain di hostel masing2. Dalam setgh jam semua penumpang yang patut naik dah ada Cuma 2 org lagi x dpt dikesan dan van pun bergerak untuk memulakan tour. Tetiba hotel yang call kate 2 orang tu dah dapat dikesan dan pemandu van terus menurunkan kami dekat stesen tren Da Lat. Stesen ini merupaka stesen yang lama dan tidak beroperasi lagi. Reka bentuk colonial klasik sekaligus menyerlahkan pengaruh colonial di Vietnam ini. Xde ape pun yang di buat di sini just amik gambo sementara menunggu van sampai.
stesen keretapi Da Lat
gerabak restoran
locals lagi teruja untuk amik gambar dengan kepala keretapi
kepala keretapi

Van yang ditunggu pun tiba dan bergerak ke robin hill. Robin hill merupakan puncak tertinggi di Da Lat dan mempunyai kabel car untuk dinaiki. Tambahan 50000 dong untuk menaiki dan menyeberang lereng bukit. X lama pun perjalanan menaiki kabel car dan sempat la bersembang dengan pelancong lain yang turu sama menaiki kereta tersebut. View mcm biase la kalo tanah tinggi x brapa wow sangat. Nak naik moto sendiri x tau mane nak tuju…..so kalo ikut tour….layankan aje…
dataran Robin Hill
sekitar pemandangan dari Robin Hills
selepas turun dari cable car.....

Tempat kedua yang dituju ialah Heaven Clay atau nama local nye Duong Ham Dieu Khac. Di sini Nampak menarik dimana terdapat ukiran2 dan binaan yang terdiri daripada tanah liat. Memang unik dan menarik. Walaupun tempat Nampak kecil dan cuaca hujan rintik2, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk menikmati ukiran2 tersebut. Nak bangunan, binatang, kenderaan dan macam2 lagi ade. Dah rasa mcm Indiana Jones pun ade tapi binaan dia x besar pun tapi still unik dan menarik untuk dikunjungi.
jom tengok ape ade kat dalam ni.....bukan tgk orang depan ni....
ukiran dan seni bina batu.....
loceng...gitar...alat2 music lain
ini x pasti binaan ape..tp agak unik...
replika gereja pun ade....
rumah tradisional Vietnam versi tanah liat...
kapal terbagn terhempas....

Lepas dah explore heaven clay….kami dibawa menuju ke tempat seterusnya..iaitu air terjun Datanla. Air terjun ini merupakan salah satu air terjun yang femes di Da Lat. Selain itu terdapat lagi 2 air terjun yang boleh disinggahi tapi kene amik waterfall tor la…dalam tour ni dia singgah Datanla je….Dalam setengah jam sampai la di air terjun tersebut. Disini terdapat tarikan yang menarik dan korang patut cuba. Tapi aku x cuba sebab x berani bai…korang patut cuba single rider roller coaster untuk turun kebawah. Roller coster korang kawal sendiri Cuma tambah 50000 dong sahaja. Kalo x berani menapak la ke bawah…dalam 10 minit la juga menapak..dan sampai ke kawasan air terjun. Nak terjun x berani sbb cuaca sejuk dan hujan…so ape pun layan la…kalo nak buat abseiling pun ade..tapi kene amik tour lain….kelemahan ikut tour ni mcm biase le ada tempoh masa. Lepak kejap pastu mula naik balik takut kene tinggal dengan van.
teman awek depan yang x berani naik roller coaster
kalo berani silakan...tapi nampak memang enjoy..macam rugi plak x naik
kawasan air terjun...x leh nak mandi..air deras dan sejuk
sebahagian track roller coaster
sign board Datanla waterfall......pelbagai xtvt boleh buat kat sini...

Pas gerak dari air terjun menuju balik ke bandar Da Lat untuk makan tengah hari. Sekali van berhenti dekat Hotel untuk makan tengah hari. Ingat lunch dah include sekali sekali bukan..makan kene bayar sendiri..nak keluar balik macam malu…so cari la meja kosong untuk duk sorang2…..sekali xde meja kosong lepak la dengan couple dari Thailand. Sampai menu takut2 je nak order sbb harga boleh tahan….cari yang paling murah vegetarian fried rice…order tu..dengan coke je….sekali couple tu pun folo order nasi goring jugak..hahaha kiteorang gelak2 je…sama2 sengkek dan bajet x banyak….

Lepas lunch terus naik balik van pergi tempat yang terakhir iaitu Linh Phuoc Pagoda atau lebih dikenali sebagai Dragon Pagoda. Cuaca pada ketika ini telah hujan dan menambah lagi kesejukan tapi masih boleh bertahan. Antara tarikan disini ialah patung buddha yang dibina menggunakan botol dan disalut emas dan juga 18 floor of hell. 18 floor of hell ni lebih kurang mcm keadaan di neraka la menurut agama diaorang.. ok la untuk menikmati apa yang ada.....disini juga terdapat kedai perabot marmar...sape ada duit lebih boleh la order untuk bawa balik tapi harga boleh tahan la mahal selepas diconvert.
x tau level berapa ni...
gambaran manusia diseksa
gambaran syurga diaorang kot....
patung buddha besar punye
dragon pagoda...nak naik silakan..free
set meja makan...kalo guna time kenduri pun boleh juga...harga kalo nak nego boleh tanye owner...


Setelah selesai melawat pagoda tersebut, habislah one day tour di Dalat. Semua penumpang dihantar ke tempat penginapan masing2..menjelang malam kemas2 beg untuk bertolak ke mui ne awal pagi esok. Kalo ikutkan hati mmg nak round lagi bandar Da Lat ni maybe next time datang sewa motor boleh jalan sendiri...lagi puas hati dan stay lagi lama disini.

esok pagi gerak ke Mui Ne plak.....






Thursday, July 27, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 6th stop Da Lat-day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.....

Pengambaraan #siripenaklukan diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ke Da Lat dan masih lagi di dalam negara Vietnam. Untuk pengetahuan semua, bandar Da Lat merupakan hentian yang tidak tersenarai dalam itineri awal. Mari kita lihat apa yang terdapat di bandar Da Lat.

Sedikit info bandar Da Lat. Da Lat merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di selatan Vietnam antara Nha Thrang dan Ho Chi Minh. Kawasan ni lebih kurang tarikannya macam Cameron Highland tapi apa xtvt yg boleh dilakukan akan diceritakan di bawah ini.

Selepas cek out hostel, pick up dijangka tiba pada jam 8:00 pagi. Lepas cek out sempat sarapan bersama-sama dengan tetamu yg lain sambil bersembang tentang destinasi masing. Pick up sampai jam 8:30 pagi dan aku dibawa ke tempat bas bertolak. Semestinya bukan stesesn bas yang proper tetapi di tepi jalan bas tersebut sudah menunggu penumpang. Bas x penuh pun dan telah memulakan perjalanan pada jam 9:00 pagi. Bas bergerak meninggalkan bandar tepi laut Nha Thrang menuju ke bandar tanah tinggi Da Lat. Seperti dijangka laluan yang dilalui oleh bas yang aku naik mmg laluan bengkakng bengkok dan mendaki bukit. Pemandangan sepanjang perjalanan juga adalah hutan dan dapat juga terlelap sbb ngantuk sgt. selepas 2 jam perjalanan, bas berhenti rehat di sebuah restoran. yang peliknya mmg ada satu je restoran kat sini dan semua bas menuju ke Da Lat berhenti di sini. Nak makan mmg x boleh la..buang apa yang patut dan selepas stgh jam bas kembali menyambung perjalaanan.

Tepat jam 12:00 tgh hari bas mula memasuki sempadan bandar Da Lat..cuaca panas terik dan cantik untuk meneroka. Kemudian bas tersebut berhenti di sebuah pejabat travel agen dan semua penumpang dikehendaki turun. Kami disambut dgn gembira oleh staff pejabat tersebut dan menanyakan hostel yang telah dibooking. Aku terus ckp Pizzatet hostel. Pelikan nama hostel tu. dan transport ke hostel akan diuruskan oleh mereka sbb kalo nak jalan mau 2 km hahahaha. Sempat la usha2 tour yang ada dan kebanyakan nye bermula jam 8:30 pg. Nak sewa moto pun x tau mana hala tuju sbb x dan nk study. Nampak gaya kene extend la lg semalam utk amik tour yang telah disediakan. Ada 3 pakej yang disediakan dan terpulang kepada anda untuk pilih yang mane.

Selepas setengah jam melepak sambil tunggu transport, transport yg ditunggu telah sampai dan aku dihantar ke Pizzatet Hostel. Dalam 10 minit sampai la aku di hostel tersebut. Hostel tersebut merupakan kedai pizza di bawahmya dan di atas nye hostel. Sampai je di situ terus cek in dan tgk pakej tour yang telah disediakan. Aku amik pakej city tour yang berharga 170000 dong dan extra semalam dgn harga 5 usd. Harga book melalui agoda rm 18 semalam include bfast. Ternyata book melalui agoda lag murah compare to walk in. Dan terus beli tiket untuk ke Mui Ne pada hari lusa dgn harga 100000 dong.setelah setel sume booking, naik atas landing kat katil dulu sambil berehat dan lain2 urusan sebelum kelur untuk explore bandar Da Lat. Sebab saya pilih hostel ini ialah dekat dengan lokasi Crazy House yang merupakan salah satu tarikan di Da Lat.  

Selepas recharged hidupkan maps.me dan terus menuju ke crazy house. Tapi sebelum tu singgah atm jap sbb duit dong dah makin berkurang, duit usd simpan untuk kegunaan di Cambodia nanti. Withdraw 2 juta dong untuk kegunaan di Mui Ne dan Ho Chi Minh nanti. Lepas je withdraw terus menuju ke crazy house. Crazy House ni merupakan hotel yang direka bentuk bertemakan horror dan fantasi. Korang boleh je nak stay sini tapi byk review x rekemen sbb akan byk diganggu okeh pelawat yang melawat crazy house ni. Dalam 800 m je dari hostel x jauh pun. Sampai kat pintu masuk, bayar tiket 40000 dong dan taklimat ringkas diberi oleh staf di situ pastu anda boleh la meneroka crazy house ni. Memang unik la rekaan architecture rumah ni seolah2 berada di istana lama zaman king arthur atau robin hood. hahahaha tu masing2 punya pandangan la...rase ketinggian mencapai 5 tingkat, tangga yang kecil turun naik dan dengan cuaca yang sejuk di Da Lat membuat kan korang x penat pun nak explore rumah ni. 
welcome to Da Lat
entrance crazy house
lain macam dia punye design....
kalo x gayat boleh jalan ikut tangga ni...
dari satu sudut lain
macam rumah hantu pun ade gak
keadaan tangga ye..bukan roller coaster


Sejam juga la duk explore crazy house ni walaubagaimanapun terdapat renovasi sedang dilakukan maybe next time korang pegi dah complete pembinaan nya. Keluar dari crazy house jalan kaki round2 ke pusat bandar dan lihat ape yang ada...sambil2 cari nasi untuk alas perut yang sudah berkeroncong dari tadi. jumpa kedai beli nasi putih je macam biasa dan lepak tepi jalan untuk makan sebelum menuju ke pasar Da Lat.

Pas makan terus menuju ke pasar dan nak temgok apa yang ada malangnya pasar malam pun x buka sbb bukan weekend tapi orang menjual sayur dan buahan mmg banyak di tepi jalan dan juga bunga. Memang antara kegiatan ekonomi yang utama disini selain pelancongan.
makan ni je selagi x muak......jimatttt
roundabout utama Da Lat
antara landskap di bandar..banyak depa tanam bunga
pasar utama DaLat
jualan buah-buahan dan sayuran segar di tepi jalan utama
time weekend jalan ditutup....x dpt la nk tau ape ade kat walking road ni
sampai ke malam depa berniaga....

Cuaca pun dah semakin gelap...dan suhu pun semakin sejuk kaki mula melangkah menuju ke hostel. Time nak balik baru terasa jauh berjalan hahahaha... tp x jauh mana pun dalam 1.4 km dari pasar menuju ke hostel. Sampai hostel bau pizza je memandangkan poket x brape tebal tahan je la sbb dah usha dah harga pizza yang dijual hahahahaha...pastu mandi ape sume...kui 9 mlm dah baring sambil online sebelum melelapkan mata. Pengembaraan Da Lat bersambung esok hari...

nak dapatkan air asia BIG Points secara mudah? klik sini

Thursday, June 1, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 5th stop Nha Trang

Assalamualaikum......

Coretan bersambung di Bandar Nha Thrang. Sedikit info pasal bandar Nha Thrang. Nha Thrang merupakan bandar persisiran pantai yang terkenal selain dari Da Nang. Nha Thrang terkenal dengan pantai yang cantik dan aktiviti snorkeling dan scuba diving juga merupakan aktiviti yang utama dilakukan disini. 

Bas dari Hoi An tiba di bandar Nha Thrang pada jam 6.00 pagi waktu tempatan. Amik beg dan mula mengorak langkah menuju ke hostel yang telah dibooking mlm td melalui agoda.com mcm biasa. The Backpack Hostel menjadi pilihan kerana rating yg cukup bagus dan harga agak berpatutan. Dari tempat turun bas perlu jalan kaki sejauh 1.2 km menuju ke hostel. Ternampak kelibat pantai ketika berjalan menuju ke hostel. Sampai je hostel ingat boleh early check in sbb awal sgt sampai x leh nak cek in, letak beg dan terus keluar round2 sementara cuaca x hujan lg. Dari hostel nak ke pantai x jauh pun dalam 400 meter je. Lepak la di pantai sambil melihat aktiviti masyarakat tempatan dan pelancong lain. Ada yang menyertai aerobic, berjoging dan ada yang berenang di pantai. Niat dihati nak je terjun tapi memandangkan musim hujan, keadaan air laut juga tidak mengujarkan untuk terjun. Airnya x menarik malah seakan-akan berada di Port Dickson je. Memang keadaan sini macam Port Dickson dengan pembinaan hotel2, dan aktiviti pantai yang ada di situ. Kebanyakan pengendali pakej snorkeling dan diving juga tidak beroperasi pada musim ini. Mmg ada ahli group FB mencadangkan untuk skip je bandar ni dan banyak traveler lain juga pesan benda yang sama. So spend semalam je kat sini dan esok bercadang untuk ke Da Lat seperti yang disyorkan oleh rakan treveler yang lain. Hujan dah mula turun renyai2 apa lagi mulakan langkah ke hostel untuk cek in.
aktiviti aerobic penduduk tempatan
taman yang dipenuhi penduduk tempatan
keadaan pantai nha thrang...dah macam waktu petang..ramai mandi manda.
air x cantik seperti disangka..macam kat PD je..maybe sbb tgh musim hujan
signboard dilarang mandi.....tapi ramai orang mandi
Tiba je di hostel kelihatan ramai penghuni sedang breakfast. Terus ke reception dan terus booking tiket bas ke Da Lat esok pagi. Selain itu sempat juga hantar dobi baju2 (dobi hostel je) yang kotor sebab stok baju dah berkurang. Dapat je kunci naik atas mandi dan rehat saje. Kerana cuaca diluar hujan duk la didalam bilik mengharapkan hujan berhenti. Sementara berehat-rehat sempat google cari restoran halal sbb mmg tengah teringin nak cari daging. Orang kata dah jemu la makan lauk sama je sepanjang seminggu yang lalu. Ada satu restoran halal x jauh dari hostel...nnt hujan dah berhenti baru gerak.

Dalam kui 3 camtu baru la hujan dah berhenti. Langit cerah dan x panas, solat dulu pastu on maps.me cari restoran tersebut. dalam 10-15 minit berjalan sampai la di kedai tersebut. X pikir banyak order yang set berharga 150000 dong yang ade nasi samosa roti naan dan mcm2 lg. Dengan perut berkeroncong menanti dengan sabar hidangan yang akan tiba. Sekali dtg..tu dia.....mmg byk...time ni la baru terfikir kalo jalan ade geng makan boleh tontong....nampak ayam masala tu mmg lain mcm...so makan la dengan tenang dan rilek2.... mmg nikmat sbb dah lama x makan daging.
set makan tengah hari......sorang makan.....
Selesai je makan, jalan lg mane yang boleh jalan tgk aktiviti petang plak. Banyak hotel kat sini dari bajet  hingga yang 5 star. Banyak juga kedai makan tapi yg halal tadi je la. Sampai kat pantai lepak dan bersantai sementara menunggu hari gelap untuk ke night market. Night market dia pun x jauh gak dari pantai. sumenye walking distance.

Sampai je night market suasana x berapa meriah memandangkan bukan hujung minggu. pengunjung pun x ramai dan barangan yang dijual sume mmg sama dan korang leh dapat di mana2 night market atau pasar di seluruh Vietnam. Cari la sehelai baju yg tulis Nha Thrang sbg kenang-kenangan. Ramai group traveler yang cakap bandar Nha Thrang ni dipenuhi dengan orang Russia. Memang banyak juga kedai2 yang dimiliki oleh orang Russia dah macam bandar Russia di Vietnam. Selesai jalan2 gerak balik hostel.
Opera house tepi pantai
pemandangan malam di tepi pantai
night market Nha Thrang
x ramai pengunjung senang nak belek2 untuk shopping.
Di hostel sempat la beramah mesra dengan penghuni lain. Yang sempat bersembang pun gadis dari Jerman yang dah mengembara selama 2 tahun. Banyak pengalaman dan cerita yang di kongsi.

Selesai hari di Nha Thrang. Esok gerak ke Da Lat pulak. Bandar yang x de dalam list pada awalnya untuk trip kali ini.