nuffnang

Saturday, April 29, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 4th stop Hoi An-day 2

Assalamualaikum.....

Hari ke-2 di Hoi An...bangun pagi selesai je sume urusan pagi...terus buka tingkap untuk melihat keadaan cuaca...tidak seperti di harapkan kerana hujan renyai2 keadaan jalan didepan hostel juga sunyi berkemungkinan ramai yang tidak keluar lagi. So sambung golek atas katil sambil mengemas beg untuk cek out tgh hari nanti. Baju diampaian masih mempunyai harapan untuk kering.Roomate pun masih lg membungkang kesemuanya. Duk la godek internet untuk cari hostel di Nha Thrang. Mmg buntu la duk kat hostel je pergerakan agak terbatas. Hostel ni x include breakfast so makan la bekalan yang di bawa dari kampung halaman. Sementara menunggu hujan, packing2 la barang siap2 untuk check out tengah hari nanti.

Menjelang tengah hari, beg pun dah siap kemas, cuaca di luar nampaknya telah cerah, mentari kembali menerangi banda Hoi An. Sedang angkut beg ke bawah staff hostel tersebut cakap bilik masih boleh digunakan sbb tiada org akan cek in untuk hari ni. naik atas balik letak beg dan mula berjalan2 di pekan. Suasana nye same dgn malam tapi tiada tanglung la siang2. Seperti mlm tadi cuba cari jalan yang xde kaunter jual tiket. Sebenarnya banyak kedai cenderahati di buka pada waktu ini. Baru nampak apa yang berlaku di pekan ni.

Terus berjalan menuju ke tepi sungai.Tiba je ditepi sungai, rupanya air tengah pasang besar, air sungai melimpah ke jalan raya tetapi keadaan itu tidak menghalang orang ramai untuk bersiar-siar, dan berniaga. Ada info dari group FB bandar Hue banjir kerana hujan masih tidak berhenti, nasib baik dah sampai Hoi An. Tetapi kalo ikutkan ramalan cuaca, kemungkinan besar Hoi An juga akan banjir. Kalo ade fulus lebih boleh la tempah suit ke blazer ke sbb sini mmg terkenal dengan tailoring business.
air sungai dah melimpah ke jalan...

X banyak sangat aktiviti yang boleh buat sebab cuaca pun gelap je, naik naik bot nnt kat tgh laut hujan lebat x ke basah lagi baju. So kite round2 bandar je la sambil menunggu bas ke Nha Thrang lewat petang nanti. Memang duk jalan je, nak singgah makan x jumpe kedai halal kecuali kedai indian. Harga mcm biase la....so tahan perut sat g balik hostel beli nasi je.
bot2 tersusun menungg customer
the femes japanese bridge pada waktu siang
salah satu temple di Hoi An
keadaan lorong kedai pada waktu siang
kaunter pembelian tiket.....elakkan kalo x nak kene beli tiket
anjing pun dipakaikan baju
kalaulah halal.....memang nak beli je...lapar weii
Habis semua jalan dekat pekan diteroka...sampai la ke pasar tapi pasar borong..xde ape pun yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. rata-rata pekan hoi an ni mmg terdiri dari pelancong. Mmg ramai pelancong ketika ini walaupun cuaca kadang2 hujan. Setelah puas berjalan, kaki mula melangkah balik ke hostel kerana perut dah berbunyi. Sampai hostel macam biasa pegi kedai semalam order nasi putih je dan makan bersama sambal warisan.

Setel je makan, duk melanguk di hostel tunggu pickup sbb tiket bas ke Nha Trang pada jam 6:30 petang. Sepanjang di Vietnam ni x nampak lagi stesen bas yang besar. Mostly bas akan pick up di pejabat travel agent. Kalo booking dengan hostel, pickup disediakan dari hostel ke tempat bas menunggu tapi yang pasti bukan bus station mcm melaka sentral ke, stesen bas muar ke xde. Jam dah kui 7, masih tidak kelihatan lg pick up, dah mula gelabah dan tanya pada recepitionist, tetapi jawapan dia relax you will have your bas. setengah jam lepas tu baru sampai pick up bukan ape ade roomate pun ke nha thrang juga tapi pick up dia sampai dulu...mane la x cuak..takut kene tinggal je.

Dari hostel naik motor ke tempat bas. X jauh pun sebenarnya dalam 10 minit naik motor sampai la tapi lalu belakang kedai la lorong kecik la dan sebagai nya. Tiba-tiba motor tu masuk satu kawasan lapang yang gelap dan xde lampu langsung. Tapi ada ramai orang yang menunggu. So kompom la bas tu tunggu kat sini. Terjumpa couple yang sama di Sa Pa. Mereka pun menghala ke arah yang sama. X lama kemudian bas pun sampai. Sleeper bas la menjadi pilihan. Kami pun naik bas masing2. Sambil pemandu dan kelindan loading bag dan motorsikal. Haaa kau motor kot dia sumbat kat tempat letak beg ada la dalam 3 biji. Setel loading je bas pun bergerak. Dalam setengah jam jalan bas berhenti di depan kedai hardware. Loading barang ape ntah lagi. So bas ni dah jadi mcm lori driver cari duit lebih kot buat delivery. Mate pun dah ngantuk apa lagi tido sebab perjalanan ke Nha Thrang memakan masa hampir 10 jam jugak.
meriah....sleeper bus ke Nha Thrang
beg letak kat atas...motor sumbat kat bawah
berhenti rehat...tapi x tau kui brape.....
Esok bangun pagi dah sampai Nha Thrang. Ape yang ade di Nha Thrang tunggu next entry!!!

p/s : nak travel secara percuma??? klik sini untuk mengetahuinya.

Tuesday, April 11, 2017

acah2 backpackers trip Indochina 2016- 4th stop Hoi An-Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Pengembaraan bersambung dari Da Nang menuju ke Hoi An. Sedikit sebanyak info berkenaan dengan bandar Hoi An. Hoi An merupakan salah satu bandar bersejarah di Vietnam dan telah digazetkan sebagai salah satu UNESCO world Heritage Site. Selain itu juga Hoi An juga digelar Bandar Tanglung atau City Of Lantern. Nak tau mane dapat gelaran city of Lantern ni meh kite round bandar Hoi An.

Dari Da Nang anda boleh naik teksi, motor dan bas awam. Lokasi pun x jauh dalam 30-40 km je dari Da Nang. So nak jimat punya pasal naik bas awam la menjadi pilihan. Dari hostel menapak ke stesen bas yang telah ditunjukan oleh staff hostel. X jauh pun dalam 1.2 km lebih je. Cuace pun hujan renyai2 jalan kaki la pelan2 sambil menolak perlawaan teksi motor. Mereka menawarkan 2 usd untuk membawa aku ke perhentian bas tersebut.. Dalam 15 minit sampai la ke perhentian bas tersebut. Perhentian bas tersebut ada signboard menunjukkan destinasi bas yang melalui perhentian ini.
naik bas no 1 untuk ke Hoi An
Duk lepak sambil menunggu bas, selepas 30 minit bas yang ditunggu pun sampai. Tambangnya cuma 40000 dong sbb bawa begpack besar. Kalo xde backpack cume 35000 dong je. Duk la dalam bas sambil feel acah2 orang local. Sempat la sembang dengan local tapi x sempat tanya nama. Sembang2 kosong dan cari info skit pasal Hoi An apa patut buat dan sebagai nya. Hostel juga dah booking semasa di Da Nang melalui agoda.com. selepas sejam perjalanan bas pun tiba di Hoi An. Selepas berpisah dgn wanita tersebut aku berjalan menuju ke hostel yang telah di tempah. Di Hoi An ni cuace juga masih renyai dan lebih lebat sedikit dari Da Nang. Berjalan sejauh 1.4 km baru tiba di hostel yang telah di booking. sampai dalam kui 10:30 pagi tapi dah boleh cek in. Letak beg kat atas dan turun balik untuk cari tiket ke Nha Thrang.
keadaan bas awam menuju ke Hoi An.
Niat di hati nak cube naik sleeper train ke Nha Thrang malangnya penuh, so xde pilihan lain aku pun book sleeper bas je jam 8:30 malam. Tiket berharga 250000 dong siap pick up dari hostel. Setel pas beli tiket niat di hati nak keluar berjalan, tapi keadan di luar masih hujan. So lepak je la bilik sementara mengharapkan hujan berhenti. Menjelang tengah hari dalam kui 2 gitu perut pun lapar.. g kedai depan cari nasi. Sekali lagi google translate menyelesaikan masalah komunikasi. Dapat nasi balik hostel makan dgn lauk sambal bilis yang dipek dari rumah.

Setelah setel makan cuaca masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti, so lepak la dalam bilik sambil merenung ke luar jendela. Jam menunjukkan jam 6:00 petang, cuaca dah ok, hujan dah berhenti, apa lagi terus keluar hostel untuk menikmati bandar Hoi An. Jarak hostel dari point of interest x terlalu jauh dalam 500 meter je so x yah la nak sewa basikal. Tgh jalan2 tetiba ade orang tahan suruh beli tiket untuk masuk ke kawasan tumpuan pelancong. Aku pun pelik nak masuk sini pun kene bayar ke?  Cakap xpe dan patah balik, tapi bukan patah balik utk ke hostel, tapi cari jalan lain. Lalu lorong2 kecil belakang kedai dan tumah sampai la di tepi sungai. Disitu kelihatan banyak pelancong berkeliaran di kawasan tersebut. Ada yang naik perahu, ada yang bergambar atas jambatan ada juga melepaskan tanglung didalam sungai. Cuaca pun dah gelap memang meriah la keadaan di tepi sungai.

Aku melintas sungai dengan melalui jambatan tapi ada kaunter jual tiket puppet show. Di seberang sungai terdapat banyak restoran dan kedai2 menjual tanglung. Terlalu banyak kedai menjual tanglung, sebab tu bandar ni mendapat jolokan city of lantern. Kelihatan night market mula beroperasi dimana peniaga2 mula membuka kedai mereka. Kebnayakan barang yang dijual baik seperti biasa cenderahati Vietnam. Kalo nak yg special made in Hoi An, suit, blazers, dan tanglung. Terdapat banyak tailor yang menawarkan khidmat menjahit pakaian dan agak femes suit dari sini. Selain itu juga jambatan jepun yang femes di Hoi An ni. Rupanya-rupanya tiket yang dijual tu adalah tiket untuk masuk ke rumah tradisi jepun tu. Tapi x rase menyesal pun kalo x masuk. Amik masa round pasar dan kebetulan terjumpa roomate dari Da Nang. Kami pun jalan sekali sambil sembang2 dan meneroka setiap pelosok bandar ini. Banyak lorong2 di hiasi dengan tanglung dan kelihatan amat meriah. 
bandar berjalan kaki dan berbasikal
keadaan laluan di sekitar bandar Hoi An
penganting baru photoshoot di bawah tanglung...romantis gitew
banyak kedai yang menjual tanglung.....
keadaan di sepanjang tebing sungai...kedai2
di seberang sungai deretan kedai yang menghiasi bandar Hoi An
Laluan yang dihiasi dengan tanglung...inilah yang disebabkan Hoi An mendapat jolokan "City Of Lantern"
Penjual tanglung air untuk dilepaskan di sungai
the famous Japanese Bridge di Hoi An....nak masuk kene beli tiket dulu..
wedding photoshoot lagi......
salah satu laluan yang dihiasi dengan tanglung yang berwarna warni..identiti Hoi An

Sedang tiba2 tgh berjalan2 tetiba hujan turun dengan lebatnya. Mencurah2 menyebabkan kami mencari tempat berteduh di kedai2 berhampiran. Baju hujan x bawak payung pun x bawak mmg mati kutu la. Dengan sejuk campur hujan lebat mmg terbatas pergerakan kami. Lebih sejam menunggu tidak ada tanda2 hujan untuk berhenti. Member korea tu pun nak gerak balik ke Da Nang sbb van mereka akan bertolak jam 9:30 mlm. Aku pun masih menunggu di kedai tersebut sbb malas nak mengharungi hujan lebat bukan apa nnt baju dgn jaket basah akan amik masa yang lama untuk kering, beg pun akan jadi berat dan akan berbau jika disimpan dalam beg jika baju x kering lagi. Malangnya tahap kesabaran x terlalu timggi lalu aku amik keputusan untuk pulang ke hostel. Lencun kuyup habis la jaket dan baju aku sambil jalan sambil cari idea nak jemur baju bagi cepat kering.
bersama roomate dari Da Nang bertemu di Hoi An
Sampai je di hostel tukar baju dan pergi ke balkoni untuk sidai. Nampak outdoor unit aircond sekaligus memberikan idea untuk jemur baju berhampiran dengan outdoor unit itu. Selepas setel semua tarik selimut dan tido. Harap2 esok cuaca ok untuk melihat Hoi An di waktu siang.

Monday, April 3, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 : Transit Hue dan Da Nang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sambungan coretan pengembaraan di Vietnam. Aku cuma transit di Hue dan Da Nang atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan. Walaupun transit ada jugak la nak bercerita walaupun kekurangan gambar untuk dikongsi di sini. Kisahnya di Hue dan Da Nang bermula macam ni......

Bas dari Ninh Binh tiba di bandar Hue lebih kurang jam 6:30 pagi waktu tempatan. Kami diturunkan di sebuah hotel di bandar tersebut. Kalo naik bas di Vietnam ni mmg jarang sekali bas akan berhenti di perhentian bas yang betul, malas setakat hari ni x nampak lagi stesen bas di sini. Kebetulan ada dapat host CS di sini setelah bg lokasi kepada beliau aku tunggu di hotel tersebut sambil menghirup kopi vietnam yang panas lagi beraroma. Harga macam biasa 35000 dong. Lupa nak bagitahu cuaca pada ketika ini sedang hujan lebat. So kopi panas tadi lebih syiok untuk dinikmati.

Setelah hampir sejam menunggu, masih tidak kelihatan lagi hos yang dijanjikan.Nasib baik pakai no vietnam dan no contact host pun ada sering berkomunikasi untuk bertemu. Mencari-cari lokasi untuk bertemu, berjalan kaki didalam cuaca hujan dan dingin. Hujan pun boleh tahan lebat pakai baju hujan 2 ringgit pun dapat la mengurangkan basahan baju dan beg daypack. Selepas hampir 15 minit untuk mengesan lokasi yang telah diberitahu, dapat la bertemu dengan host. kali ni aku di hostkan oleh gadis Vietnam yang bernama Huyen. Huyen mengajak aku kerumahnya yang terletak di kawasan pinggir bandar. Dia naik scooter je ingat nak naik sekali tetapi sebab beg besar kene la naik teksi motor besar (standard jaguh la motor tu). Macam biase driver tu open harga 400000 dong. Aku macam biasa la x naka naik sbb perjalanan pun menurut Huyen cume 15 ke 30 minit je dari bandar. Setelah puas nego aku pun bersetuju dengan harga 200,000 dong. (padahal dalam hati mcm malas je nak ke numpang di rumah Huyen sebab ramalan cuaca meramalkan hujan sepanjang minggu di bandar Hue ini). Deal siap2 harga utk balik esok ke bandar.

Dalam hujan lebat naik la motor menuju ke rumah Huyen. Xde lah jauh mana pun dalam 20 minit je..sebab hujan bawak motor pun x brape laju so agak dekat tapi xde la teksi atau bas untuk ke rumahnya. Sampai kerumah Huyen, aku lihat ayahnya rumahnya sedang membuat kerja renovate rumah. Rumah Huyen juga ada bela anjing dan anjing dia berkeliaran di dalan rumah. Argh sudah..ade anjing kompom la aku x bermalam disini di tambah lagi dengan faktor cuaca mmg kuat alasan aku untuk tinggal di situ. setelah Huyen kenalkan aku kat bapanya dan Huyen bertanya " So ok want to stay here?" Aku jawab dengan ayat dengan berat hati menolak perlawaan beliau sbb yang telah dinyatakan di atas. Huyen agak kecewa nampak di muka dia tapi nak wat camane...kalo stay pun x leh jalan mane sbb hujan lebat. Aku pun amik keputusan untuk kembali ke bandar dan minta teksi motor untuk hantar ke stesen keretapi Hue untuk ke Da Nang. Nasib baik sempat aku dah standby jadual transport sepanjang trip ni. Tren ke Da Nang ada jam 10:30 pagi. Dengan segera aku mengarahkan untuk ke sana segera.
ni la teksi motor tu..nampak x beg siap di balut plastik
Tiba je di stesen aku bayar la tambang untuk trip pegi balik naik teksi motor sebanyak 400000 dong. (memang xkan la aku naik teksi motor di Vietnam lagi. Terus ke kaunter untuk beli tiket ke Da Nang. jam menunjukkan 10:20 pagi masih ada masa lg untuk menukar baju yang kuyup akibat hujan. Letak je beg untuk menukar baju, staf stesen maklum tren ke Da Nang dah sampai.Apa lagi naik tren la dengan Basah kuyup. Niat mmg nak naik tren dari Hue ke Da Nang sebab mengikut sumber dari blog, view sepanjang perjalanan mmg awesome sbb tren akan lalu di pinggu laut, tebing tinggi. Tu salah satu sebab la naik tren ni. Tapi cuaca yang hujan dan mendung tidak menampakan gambar seperti yang di baca di blog2. agak kecewa disitu. Dalam tren plak, ade plak jualan nasi berlauk, bau ayam goreng mmg sedap tapi apakan daya xleh makan mampu ambil bau dan makan biskut untuk mengalas perut di samping sejuk akaibat baju kuyup dan aircond.
keadaan dalam tren ke Da Nang

Perjalanan mengambil masa 3 jam dan tiba di Da Nang dalam jam 1:30 ptg. Hostel pun dah book untuk bermalam memandangkan ikut plan asal singgah Da Nang ni untuk ke Hoi An.Tapi dah skip tido di Hue kite tido la di Da Nang. Cuaca pun still hujan tapi dah renyai2..agak risau jugak takut sepanjang trip ni hujan sokmo. Hachi Hostel terletak kira2 1.2 km dari stesen keretapi. Sampai je hostel cek in, mandi ape sume dan sidai baju, untuk proses pengeringan. Satu bilik 4orang..roomate aku org korea sorang india sorang dan orang tua dari israel. Study pasal Da Nang pun x buat so kite makan maggi je la. Tapi pas aku makan megi masing2 duk belek je bekas megi cup tu..aku pun x paham mengapa. Malam pun nak kuar pun hujan duk kat hostel la sembang2 dengan tetamu lain. Yang india tu travel anik moto dari saigon menuju ke utara melaporkan cuaca pun hujan jugak dan dijangkan seminggu. aiyaaa harap2 ramalan tu x betul la hahahaha. xde apa yang dibuat di hostel kecuali menyembang dengan roomate, staff dan tetamu lain. Lupa nak share kalo x mo naik tren pun anda boleh booking tour naik motor dari Hue ke Hoi an atau vice versa sbb mostly tourist spot di kawasan itu boleh dilalui dengan motor. Tour mcm tu x sempagt study maybe next time singgah Hue akan amik trip ni.Ada juga perkhidmatan sewa motor dan bagasi anda akan di hantar oleh pihak agent ke alamat hostel yang telah dibooking oleh anda. So tido esok bergerak ke Hoi An dengan menaiki bas awam. maaf yer entry banyak perkataan je sbb x banyak gambo di ambil sepanjang perjalanan ini.