nuffnang

Friday, March 4, 2016

#review buku - travelog ET-Kembara Afghanistan (

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!!


Semenjak kembali keinginan untuk mengembara, mula berminat untuk membaca buku tentang pengembaraan dan tip2 untuk para backpackers. Terus terang cakap, et juga merupakan punca saya mengembara secara solo hari tu.

Nak tahu kenapa?

Baca buku ni. Anda akan dapat tahu jawapannya.

Buku ini mengisahkan seorang pengembara perempuan yang mengembara solo ke Afghanistan. Afghanistan pada ketika itu baru lepas perang. Segala details pengembaraan diterangkan dengan terperinci dan coretan ayat yang ditulis boleh membawa pembaca turut bersama dengan penulis di negara tersebut. Dengan cubaan untuk menyeberangi sempadan Afghanistan dan Iran melalui jalan darat tidak berjaya. Ditangkap oleh tentera akibat disangka sebagai pengintip dari Pakistan. 

Sepanjang perjalanan beliau, terbayang keramahan penduduk tempatan yang membantu, pemandangan yang menarik serta perjalanan dari satu tempat ke tempat lain dengan menaiki bas dan kenderaan lain. Belum lagi cerita dengan keenakan makanan tempatan yang dicuba. Memang menghiburkan.

Sebab saya katakan et merupakan salah satu sebab saya untuk mencuba travel secara solo adalah sebab et seorang perempuan dan pergi ke negara yang bergolak, saya berkata dalam hati xkan la  aku lelaki nak travel ke thailand dan laos pun x berani? So disitu tercetus la keberanian untuk mengembara secara solo.

Bagi sesiapa yang mahu berjinak2 dan takut untuk mulakan travel secara solo, baca buku ni untuk menambahkan keberanian didalam diri anda!!!

GO TRAVEL!!!!

5 comments:

ayukhairy said...

Salam tuan..bagaimana untuk membeli buku itu ye..adakah perlu membeli direct dengan penulis @ sudah ada di mana2 kedai buku..tq tuan

ayukhairy said...
This comment has been removed by the author.
Si Penakluk said...

Salam...kedai buku banyak yang dah habis stok...so cik boleh pm direct ke penulis terus di fb.. search travelog et di fb..dia boleh pos kan (dan ada autograph lagi)

ayukhairy said...

Tq tuan .

ayukhairy said...
This comment has been removed by the author.