nuffnang

Monday, August 6, 2012

South Korea.........Charged!!!! Day 0

Salam sume rakan2...........

Topic trip pada kali ini adalah ke negara K-pop....iaitu Korea Selatan....Trip yang pertama yang memerlukan kite duduk didalam flight selama lebih kurang 6 jam........satu tempoh yang agak lama dan jauh berbanding trip-trip sebelum ini.........

Sedikit introduction......

Tiket dibeli pada Disember 2011 dan kapal terbang berlepas pada 18 Mei 2012.....dalam tempoh itu segala keperluan untuk trip ini dirancang dan dibincangkan bersama rakan2 yang turut serta dalam ekspedisi kali ini ...dari segi penempahan tempat penginapan di Pulau Jeju, kereta sewa di pulau jeju, permit memandu antarabangsa dan lain-lain. Segala aktiviti di Pulau Jeju selama 3 hari adalah atas inisiatif sendiri dan tidak melibat sebarang agen pelancongan. So, sedikit study dibuat bagi melancarkan perjalan ketika di sana. Manakala ketika di Seoul kami menggunakan khidmat agen yang juga orang Malaysia yang menetap di sana bagi memudahkan ekspedisi kali ini. Pihak agen hanya menyediakan pakej yang melibatkan pengangkutan (dari airport ke hotel, subway, bas dan lain-lain kenderaan awam, tempat penginapan dan juga seorang tourist guide yang terdiri daripada org Malaysia juga). Masalah komunikasi ketika disana juga telah dapat diselesaikan. Tak perlulah nak belajar ckp korea pun....stakat yang basic seperti ucapan selamat dan terima kasih sudah memadai. Tempoh ekspedisi kali ini adalah selama 8 hari ( 3 hari di Jeju dan 5 hari di seoul) dan berakhir pada 26 Mei 2012. Segala details berkenaan dengan ekspedisi kali ini akan diceritakan dari semasa ke semasa.

Apa yang berlaku pada hari ini adalah dari kl sentral bertolak ke LCCT dan sehingga menaiki kapal terbang........sebab kerana kapal terbang mendarat pada keesokan harinya di lapangan terbang antarabangsa Incheon.

Perjalanan dimulakan dari KL sentral dan menuju ke LCCT....tiba di LCCT dan menunggu ahli rombongan yang lain.....

berikut adalah sesi caption picture sebelum menaiki pesawat yang akan berlepas ke Incheon.....

segala keperluan termasuk makanan segera stok utk ketika disana......

baru nampak mcm traveler kan...hahahahahah



pemandangan ketika diatas pesawat....captain cakap " fasten your seat belt, we about to landing soon"
Selepas mendarat.......tunggu next entry.. Caloo......





No comments: