nuffnang

Tuesday, October 4, 2016

#review buku- travelog mr backpacker (merentasi amerika)

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Begitu lama saya mencari buku yang menceritakan pengalaman saudara Badrul Hisyam menjelajah di negara Amerika. Amerika sebuah negara yang besar dan mempunyai lebih 50 negeri (kalo x silap kira bintang dekat bendera negara itu). Jumpa di dalam facebook orang menjual buku tersebut setelah di congak agak mahal. Last2 jumpa dekat kedai buku popular di Jusco Kepong.

Buku ini menceritakan perjalanan bad dan 2 org rakannya merentasi Amerika bermula dengan permohonan visa sampai mendarat di Manchester. Banyak tempat yang mereka singgah dan tentunya kawasan yang terkenal di negara tersebut. Info yang cukup di samping cabaran dan halangan yang dialami seperti hampir lemas di pantai Florida, kene tahan polis kerana disyaki membawa dadah dan macam2 lagi.

Keadaan dan informasi di kawasan persinggahan juga telah diceritakan dengan teliti dan mendalam di mana akan memberi maklumat kepada pembaca dan kadang2 secara tidak langsung dapat membayangkan apa yang di hadapi oleh Bad dan rakan2. Inginkan semangat untuk merantau secara backpacker? Disarankan baca buku ni.

p/s : nak cari buku Goji Bundy plak....


No comments: