Siri penaklukan kembali meneruskan pengembaraan di bandar Da
Lat, Vietnam. Dalam episode yang lepas, sedikit intro pasal bandar Da Lat telah
diceritakan. Dalam episod kali ini mari kita cari ape lagi yang menarik di bandar
Da Lat ini.
Semalam aku amik 1-day tour yang bermula pada jam 8:30 pagi
waktu tempatan. Seperti biasa lepas bangun pagi bersiap bagai, terus turun
bawah untuk bersarapan. Sarapan kat hostel mcm biase la roti dan scramble egg
dan kopi@tea tapi di pizza tet hostel ni dia siap bagi buah lagi sebagai
pelengkap breakfast. Mmg complete la siap ade jus lagi sebagai pilihan minuman.
Setelah selesai mengisi perut tunggu la van datang untuk memulakan tour.
breakfast yang lengkap untuk memulakan hari |
Van yang ditunggu pun tiba di depan hostel, masih tiada org
lagi dalam van dan akan mula mengambil penumpang lain di hostel masing2. Dalam
setgh jam semua penumpang yang patut naik dah ada Cuma 2 org lagi x dpt dikesan
dan van pun bergerak untuk memulakan tour. Tetiba hotel yang call kate 2 orang
tu dah dapat dikesan dan pemandu van terus menurunkan kami dekat stesen tren Da
Lat. Stesen ini merupaka stesen yang lama dan tidak beroperasi lagi. Reka
bentuk colonial klasik sekaligus menyerlahkan pengaruh colonial di Vietnam ini.
Xde ape pun yang di buat di sini just amik gambo sementara menunggu van sampai.
stesen keretapi Da Lat |
gerabak restoran |
locals lagi teruja untuk amik gambar dengan kepala keretapi |
kepala keretapi |
Van yang ditunggu pun tiba dan bergerak ke robin hill. Robin
hill merupakan puncak tertinggi di Da Lat dan mempunyai kabel car untuk
dinaiki. Tambahan 50000 dong untuk menaiki dan menyeberang lereng bukit. X lama
pun perjalanan menaiki kabel car dan sempat la bersembang dengan pelancong lain
yang turu sama menaiki kereta tersebut. View mcm biase la kalo tanah tinggi x
brapa wow sangat. Nak naik moto sendiri x tau mane nak tuju…..so kalo ikut
tour….layankan aje…
dataran Robin Hill |
sekitar pemandangan dari Robin Hills |
selepas turun dari cable car..... |
Tempat kedua yang dituju ialah Heaven Clay atau nama local
nye Duong Ham Dieu Khac. Di sini Nampak menarik dimana terdapat ukiran2 dan
binaan yang terdiri daripada tanah liat. Memang unik dan menarik. Walaupun
tempat Nampak kecil dan cuaca hujan rintik2, namun ia tidak menghalang orang
ramai untuk menikmati ukiran2 tersebut. Nak bangunan, binatang, kenderaan dan
macam2 lagi ade. Dah rasa mcm Indiana Jones pun ade tapi binaan dia x besar pun
tapi still unik dan menarik untuk dikunjungi.
jom tengok ape ade kat dalam ni.....bukan tgk orang depan ni.... |
ukiran dan seni bina batu..... |
loceng...gitar...alat2 music lain |
ini x pasti binaan ape..tp agak unik... |
replika gereja pun ade.... |
rumah tradisional Vietnam versi tanah liat... |
kapal terbagn terhempas.... |
Lepas dah explore heaven clay….kami dibawa menuju ke tempat
seterusnya..iaitu air terjun Datanla. Air terjun ini merupakan salah satu air
terjun yang femes di Da Lat. Selain itu terdapat lagi 2 air terjun yang boleh
disinggahi tapi kene amik waterfall tor la…dalam tour ni dia singgah Datanla
je….Dalam setengah jam sampai la di air terjun tersebut. Disini terdapat
tarikan yang menarik dan korang patut cuba. Tapi aku x cuba sebab x berani
bai…korang patut cuba single rider roller coaster untuk turun kebawah. Roller
coster korang kawal sendiri Cuma tambah 50000 dong sahaja. Kalo x berani
menapak la ke bawah…dalam 10 minit la juga menapak..dan sampai ke kawasan air
terjun. Nak terjun x berani sbb cuaca sejuk dan hujan…so ape pun layan la…kalo
nak buat abseiling pun ade..tapi kene amik tour lain….kelemahan ikut tour ni
mcm biase le ada tempoh masa. Lepak kejap pastu mula naik balik takut kene
tinggal dengan van.
teman awek depan yang x berani naik roller coaster |
kalo berani silakan...tapi nampak memang enjoy..macam rugi plak x naik |
kawasan air terjun...x leh nak mandi..air deras dan sejuk |
sebahagian track roller coaster |
sign board Datanla waterfall......pelbagai xtvt boleh buat kat sini... |
Pas gerak dari air terjun menuju balik ke bandar Da Lat
untuk makan tengah hari. Sekali van berhenti dekat Hotel untuk makan tengah
hari. Ingat lunch dah include sekali sekali bukan..makan kene bayar
sendiri..nak keluar balik macam malu…so cari la meja kosong untuk duk
sorang2…..sekali xde meja kosong lepak la dengan couple dari Thailand. Sampai
menu takut2 je nak order sbb harga boleh tahan….cari yang paling murah
vegetarian fried rice…order tu..dengan coke je….sekali couple tu pun folo order
nasi goring jugak..hahaha kiteorang gelak2 je…sama2 sengkek dan bajet x
banyak….
Lepas lunch terus naik balik van pergi tempat yang terakhir iaitu Linh Phuoc Pagoda atau lebih dikenali sebagai Dragon Pagoda. Cuaca pada ketika ini telah hujan dan menambah lagi kesejukan tapi masih boleh bertahan. Antara tarikan disini ialah patung buddha yang dibina menggunakan botol dan disalut emas dan juga 18 floor of hell. 18 floor of hell ni lebih kurang mcm keadaan di neraka la menurut agama diaorang.. ok la untuk menikmati apa yang ada.....disini juga terdapat kedai perabot marmar...sape ada duit lebih boleh la order untuk bawa balik tapi harga boleh tahan la mahal selepas diconvert.
Lepas lunch terus naik balik van pergi tempat yang terakhir iaitu Linh Phuoc Pagoda atau lebih dikenali sebagai Dragon Pagoda. Cuaca pada ketika ini telah hujan dan menambah lagi kesejukan tapi masih boleh bertahan. Antara tarikan disini ialah patung buddha yang dibina menggunakan botol dan disalut emas dan juga 18 floor of hell. 18 floor of hell ni lebih kurang mcm keadaan di neraka la menurut agama diaorang.. ok la untuk menikmati apa yang ada.....disini juga terdapat kedai perabot marmar...sape ada duit lebih boleh la order untuk bawa balik tapi harga boleh tahan la mahal selepas diconvert.
x tau level berapa ni... |
gambaran manusia diseksa |
gambaran syurga diaorang kot.... |
patung buddha besar punye |
dragon pagoda...nak naik silakan..free |
set meja makan...kalo guna time kenduri pun boleh juga...harga kalo nak nego boleh tanye owner... |
Setelah selesai melawat pagoda tersebut, habislah one day tour di Dalat. Semua penumpang dihantar ke tempat penginapan masing2..menjelang malam kemas2 beg untuk bertolak ke mui ne awal pagi esok. Kalo ikutkan hati mmg nak round lagi bandar Da Lat ni maybe next time datang sewa motor boleh jalan sendiri...lagi puas hati dan stay lagi lama disini.
esok pagi gerak ke Mui Ne plak.....
No comments:
Post a Comment