nuffnang

Thursday, February 23, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 : 1st stop Hanoi-Day 4 (Old Quater last day)

Assalamualaikum semua...

sambung lg coretan di kota Hanoi dan masih lg di kawasan Old Quarter. Sementara menunggu time malam untuk naik tren menuju ke Lao Chai...round lg bandar Old Quarter dgn Marco. Seperti biasa packing bag siap2...dan letakkan di stor hostel sbb kui 12 kene cek out. Hostel ni mmg xde masalah utk tinggal luggage. Setel packing turun bawah untuk breakfast sbb janji dengan Marco jam 8:30 pg dekat muzium berhampiran dengan Hanoi opera house.

Setel je breakfast terus gerak ke muzium yg telah dijanjikan. Sepanjang perjalanan menuju ke muzium tersebut, masih kelihatan orang Hanoi beriadah bersama keluarga di sekitar tasik. Rasanya bersambung dari malam tadi kot. Sbb aktiviti yang sama juga dilakukan iaitu bermain permainan tradisional mereka. Sampai di muzium Marco pun x sampai lagi..masuk la Vietnam revolution museum. Bayaran masuk 40000 dong sahaja. Muzium yang memaparkan revolusi negara vietnam dari sebelum perang dengan Amerika dan sehingga kini.X menghayatai sgt pun sbb nak tunggu Marco je. Tengah2 duk meneliti kandungan muzium, Marco bg tau dia dah sampai. Cari punya cari x jumpa. Last2 dia bg tau kat muzium lain. Haaa nak bgtau kat Hanoi ni mmg byk muzium.
aktiviti riadah oleh penduduk tempatan di tepi tasik
tali skipping panjang...
Keluar muzium revolusi, masuk ke muzium historical (sejarah). Bayaran masuk cuma 40000 dong. Kebanyakan muzium mmg gini bayarannya. Setelah jumpa Marco, dia terus memperkenalkan aku dgn 2 org kawannya. Katanya mereka akan jadi guide aku hari ni. 2 org itu adalah Shasha (nama english) dan Voung Bao Ngan. Mereka merupakan pelajar Universiti dalam jurusan Bahasa Inggeris. dua2 ni awek la... Lepas sesi pengenalan round2 la dlm muzium tersebut, oleh kerana banyak sejarah dan berkaitan dengan kepercayaan mereka.. so depa sembang aku x amik port sgt.. just dgr dan borak2 je dengan mereka. Tepat kui 12:30, waktu rehat, muzium pun tutup dan kami diarahkan keluar. Dah keluar mulala pikir nak round mane lagi. Round la tepi tasik sambil pikir bak g mane lagi. Actually hari ni just nak lepak2 je sbb almost tourist spot sume dah round smalam.
Hanoi Opera House
Guide aku pada hari ini....
Jualan cenderahati di tepi tasik
Perut pun dah lapar plan nak makan kat mana. Shasha ajak try street food je...yelah street food murah tp aku plak kene pikir boleh ke x makan makanan depa. Tgh2 plan ajak ke masjid dulu n zohor jap sbb dah x leh nak jamak. On the way masjid ade la sembang2 pasal islam mostly depa tanya pasal pakai hijab dan kawen lebih drpd satu aka poligami. Banyak2 tajuk..tajuk tu la yg depa up utk tahu. Cerita la secara umum dan lain2. Sampai masjid, dan solat masih bincang nak makan ape. So keputusannya aku beli makanan kat kedai makanan halal dan folo depa mkn kat mana. Menu aku hari ni nasik dgn mushroom chicken berharga 140000 dong. Last2 kedai fast food juga depa masuk sbb harga makanan fastfood pun murah. Seb baik x kene halau sbb bawak makanan luar.
nasi dengan ayam mushroom..sambal tu bawak sendiri
Sebelah kiri Shasha dan lg sorang tu kawan dia...name tgk di atas..
Lepas makan ajak g masjid lg...solat asar plak...sbb g hujung tahun ni sebelah utara hemisfera siang nye pendek...depa pun ikut je folo je mane aku pegi. Selesai je solat, depa ajak minum kopi. Kalo kat Vietnam ni ajak mengopi mmg on je la.. Shasha lead jalan ke kedai kopi yg femes di old quarter. Jumpe kedai tepi Notre Dame Hanoi, tapi penuh xde seating. Tanya kawan Shasha (name english dia x tau, nak panggil nama kat berbelit lidah) ade x lg kedai kopi yang lain. Dia bawak jalan lalu lagi tepi tasik, still ade lg local beriadah di situ. Rupanya aktiviti di tepi tasik ni berlangsung setiap hujung minggu, dari jumaat malam sampai ahad.
hanoi notre dame...tengah cari kedai kopi yg femes tapi penuh
warga emas sedang berekreasi di tepi tasik
Jumpe kedai kopi tu naik atas dan terus cari seating. Order minuman masing2 dan sembang2 dan bertukar info tentang budaya dan negara masing2. Rupanya girl Vietnam ni nak belajar ke ape ke kene ikut aturan parents mereka. Shasha sbg contoh x minat untuk blajar English tapi minat ke akaun. Begitu juga kawannya lebih meminati seni berbanding english. So kedua2 mereka menyertai kelas tarian sbg aktiviti nak release stress dan berharap utk ke Jepun untuk menyertai pertamdingan di situ. Banyak lagi yang disembang kan dan mereka juga nak dtg kePenang sbb ada makanan yang best2. Femes gak Penang ni. Tgk cuaca pun nak gelap kami keluar dan aku mengucapkan terima kasih kepada mereka sbb sudi luangkan masa. Marco pergi hantar mereka pulang, aku ke masjid untuk maghrib dan isyak.
kedai kopi yang kedua femes di cadangkan oleh kawan shasha
secawan 35000 dong kopi vietnam
pintu masuk kedai kopi
masjid Al-Noor di Old Quarter
ubermoto..tambang 12000 dong dari hostel ke stesen keretapi Hanoi
Selesai solat di masjid gerak ke hostel untuk habiskan masa sbb tiket ke tren ke Lao Chai jam 10:30 mlm. jam kui 8:30 order ubermotor... ubermotor plak lambat  sbb pekan old quarter jem teruk. dah tekad kalo kui 9 xde jugak kene la jalan kaki sbb jarak pun dalam 2 km je dari hostel. Akhirnya sampai jugak ubermotor, sekali lg mengucap banyak kalo naik moti kat hanoi ni lebih2 lg driver moto tu badan kecik...cuak woooo. Sampai stesen kui 9 lebih dan tunggu la sehingga dipanggil utk naik tren. Tepat kui 10 dah boleh boarding dalam tren. Aku amik seating 2nd kelas je dalam gerabak tu xde lgsg warga asing..aku rase aku sirang je bukan org Vietnam. Lantak pi la tren jalan, aku pun cuba tido sementara nak tunggu sampai Lao Chai. dalam 10 jam jugak la dlm tren hahahaha.

p/s : nak travel secara percuma klik sini

No comments: