nuffnang

Tuesday, January 10, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 :1st stop Hanoi Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tepat jam 6:05 pagi, 23 November 2016 pesawat Airasia berlepas dari KLIA 2 menuju ke bandar Hanoi. Hanoi merupakan ibu negara Vietnam yang terletak di utara. Hanoi juga merupakan bandar ke2 terbesar selepas Ho Chi Minh atau Saigon. Penerbangan ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Tepat jam 9:00 pagi kaki telah menjejaki airport Hanoi untuk pertama kalinya. Dengan ini pengembaraan acah2 backpackers ini bermula.

Sebaik sahaja mendarat...perkara yang pertama dibuat adalah set jam. Waktu di Vietnam lewat sejam dari Malaysia. Pergi menuju ke kaunter imigresen untuk mengecop passport. Selesai sahaja pengecopan passport, collect luggage dan keluar dari airport untuk mencari transport menuju ke Ga Hanoi (Stesen keretapi Hanoi). Sebabnya adalah telah berjanji dengan rakan dari Hanoi yang dikenali dari website Couch Surfing. Keluar airport cari bas awam yang menuju ke stesen keretapi tersebut. Jgn risau, tak jauh pun untuk berjalan. Perhentian bas tersebut masih lagi dalam kawasan airport.
Airport Hanoi

stesen keretapi Hanoi
Jumpa bas dan terus naik dan cakap pada konduktor bas nak berhenti di Ga Hanoi berhampiran dengan Old Quarter. Tambang 30,000 dong. Dalam bas siap wifi lg dapat la berhubung dengan Marco. Lebih kurang 45 minit bas pun sampai di stesen keretapi Hanoi, dan tunggu Marco di kawasan menunggu didalam stesen. Selepas 15 minit Marco pun sampai dan alang-alang di stesen terus book tiket tren malam ke Lao Cai untuk menuju ke Sa Pa. Stay 4 hari di Hanoi, so kene mula rancang perjalanan di Hanoi. Tambang tren ke Lao Cai 185000 dong sahaja (seat).

ruang menunggu dan kaunter beli tiket
Plan asal hendak bermalam di rumah Marco, tetapi saya terus meminta Marco hantar ke hostel yang happening di area Old Quarter. Setelah menjelaskan alasan mengapa tidak dapat bermalam di rumahnya, dia pun setuju dan menghantar ke Vietnam Backpackers Hostel Downtown. Nampak dari luar mcm hostel bar, tapi nampak kelibat traveler lain mcm meriah je. Marco pun beredar dan akan hang out pada lusa malam.

Terus cek in hostel untuk 3 malam (550000 dong). Tapi kalo cek dekat agoda dalam RM 20 je semalam. Kedua-dua harga ni include breakfast. Dorm pun x leh masuk lg sebab cek in jam 12 tgh. Just letak beg dekat store dan niat nak meround sekitar hostel dan mencari pakej ke Ha Long Bay esok. X sampai 10 minit keluar dari hostel, kepala pening sebab x cukup tido (tido di airport malam tadi) cuaca agak panas dan keadaan trafik agak haru dan serabut. Lepak dekat louge hostel ade sofa dan tv...meja pool dan komputer pun ada. Apa lagi taking power nap sehingga segar.

lounge area di hostel
Tersedar jam 2 ptg terus ke kaunter untuk amik kunci dan masuk dorm. Dorm mempunyai 12 katil (6 katil double decker) dan ada air cond dan kipas. Keadaan agak selesa. Lepak jap dalam dorm sambil berkenalan dengan traveler lain yang menginap di bilik yang sama. Setelah cuaca redup, niat nak cari masjid Hanoi sebab ada kedai makanan halal di tepi masjid tersebut. Ikut maps.me ada lokasi masjid tersebut tetapi x jumpa pintu masuknya. Sambil jalan survey pakej ke Ha Long Bay. Baca dalam blog range harga 25 usd ke 35 usd utk 1 day trip. Lalu depan travel agency ni di tulis 22 usd je (497000 dong). So mmg murah dari harga yang dirujuk di blog terus booking untuk esok. Pastu round2 lg sekitar hostel, banyak kedai tepi jalan meriah dgn traveler duk minum2 sbb local beer mmg murah. Jatuh 5000 dong utk satu gelas. Seronok la depa. Ingat nak layan AFF Suzuki Cup Malaysia lawan Vietnam, tapi penuh je dengan orang depa tengok dari jauh je. Habis je bola dan pasukan negara kalah, gerak balik hostel mandi dan tido. Xde apa sgt di hari pertama ni. 

layan bola AFF suzuki 2016 Malaysia vs Vietnam

sekitar jalan di old quarter, Hanoi

Next--> Halong Bay tour.

p/s : Nak melancong secara percuma klik sini

No comments: