nuffnang

Tuesday, January 24, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 : 1st stop Hanoi-Day 2 (HalongBay Tour)

Hari ini buat aktiviti tour di Halong Bay. Halong Bay merupakan salah satu tempat yg wajib dikunjungi ketika melawat di Hanoi. Orang kata kalo x pegi Halong Bay ni kire x lengkap la lawatan ke Hanoi. Pada mulanya agak berkira2 juga hendak ambil tour ni ketika merancang pengembaraan ini. Sebab kos agak mahal 25-35 usd. Tapi akibat terpengaruh dgn kata orang, Halong Bay dimasukkan didalam itineri saya. Harga tour dapat 22 usd all in termasuk transport dari hostel lunch.

Selesai siap, turun bawah untuk bersarapan. Hostel ni free breakfast. Ada mcm2 pilihan breakfast sperti pancake dgn madu, roti dan berbagai resepi telur dan juga buah-buahan. x lupa juga kopi atau teh secara free flow. Breakfast pilihan hari ni roti dan scramble egg. Setelah selesai bersarapan, keluar hostel dan menuju ke office travel agent semalam untuk menanti pickup ke Halong sebab sebut nama hostel, staf travel agent tersebut x tahu. So langkah mudah just pergi ke office tersebut dan tunggu. Sementara menunggu, sempat la bersembang dgn staff tersebut sambil riki2 pakej yang lain, tetapi tidak perlu rasanya sebab tourist spot di Old Quarter ini semuanya walking distance. Anda cume memerlukan maps.me untuk bergerak.
Sarapan standard hostel
Hampir setengah jam la menunggu, minibus pun sampai dan seperti biasa perlu mengambil lg penimpang lain di hostel masing2. Setengah jam juga la proses pickup guest berlaku. Minibus pun penuh juga dan terus menuju ke pelabuhan Halong. Anda perlu melihat teknik pemanduan mereka kerana anda mungkin tidak dapat tidur lena didalam bas tersebut. Mmg agak merbahaya sekali traffic di Hanoi. Jalan yang mempunyai 2 lane boleh menjadi 3 lane, lori besar memotong dengan slumber dan siap ada pelancong lain juga berpendapat seperti saya dan merakam video pemanduan driver tersebut. Mmg x boleh nak lena la dlm bas sepanjang perjalanan. Keadaan jalan jugak x berapa elok dan itu juga jadi faktor x dapat melelapkan mata ketika didalam perjalanan. Lupa nak maklum disini perjalanan dari Old Quarter ke pelabuhan mengambil masa selama 4 jam lebih kurang. So mmg agak pishang didalam bas sepanjang perjalanan. Walaubagaimanapun terdapat pemandangan yang menarik serta dapat melihat masyarakat Vietnam menjalankan urusan seharian. Dapat melihat kanank2 Vietnam pulang dari sekolah dan x ramai yang berjalan kaki kebanyakan mereka menunggang basikal, motor dan cyclone. Cyclone banyak terdapat di sini memandangkan ia bergerak menggunakan kuasa bateri.
mini bus ke Halong Bay

Motor yg banyak digunapakai oleh orang muda vietnam
Bas akan berhenti rehat sekali sahaja ketika itu buatla urusan peribadi anda. Tempat rehat ini merupakan kilang marmar dan terdapat kedai yang menjual cenderahati. Tapi mcm biasa bila kedai macam ni harga memang mahal tapi anda boleh melihat pembuatan perabot dari batu marmar dan lukisan dengan menggunakan sistem penenunan (lukisan tenun). Mmg agak menarik tapi nak beli pun agak mahal tetapi jika anda ade duit lebih mmg patut beli sebab mmg cantik dan kemas. Bas berhenti lebih kurang setengah jam. Perabot marmar juga boleh tempah dan mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke Malaysia dan negara2 lain di seluruh dunia. Selepas setengah jam, semua menaiki bas dan bergerak. Ada lg separuh perjalanan untuk sampai dipelabuhan.
laluan masuk ke kawasan RNR

lukisan tenun sedang dihasilkan dan untuk dijual

hasil kraftangan yang dijual

tas2 tangan yang dijual

minibus yang dinaiki
Tepat jam 1:30 ptg waktu Vietnam sampai juga di pelabuhan Halong. Cuaca mendung, berangin dan sejuk. Semua penumpang keluar dan diperkenalkan dengan tour guide yang telah disediakan. Masing2 mengekori je tour guide tu masuk ke terminal dan diberi sedikit taklimat. Kat sini juga dia tanye nak kalo nak naik kayak atau bamboo boat kene tambah 5 usd. Selesai pembelian tiket semua bergerak ke cruise. Masuk je cruise sume amik seat masing2. Free seating dan setiap meja ade 5-6 orang sahaja. Cruise pun berlepas dan lunch dihidangkan. Makanan yg disediakan siakap stim, kobis goreng, telur dadar, kepah masak singgang (nama sendiri beri) dan tahu bercili. Meja yg diduduki sume bukan jenis kaki makan, kite pulak mmg dah tahap kebulur. Naik segan plak nak melahap. So mkn la lebih kurang, lebih kurang pun banyak jugak la yang ditelan. Hahahaha. Selesai makan sume lepak dekat deck. Menikmati sekitar pemandangan di Halang Bay yang juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai 7 nature wonder in the world. Cuaca dingin dan berangin mmg layan la duk kat deck. Cuaca mendung sedikit sebanyak menutup keindahan pulau2 batu kapur yang terdapat di Halong Bay. Kalo cuaca berkabus dan angin kencang tour ni kene cancel. 

Terminal feri ke Halong Bay

pelabuhan cruise2 berlabuh

rase nasi tu separuh saya makan..lapar bai


chicken kissing stone

pulau batu kapur di Halong Bay

Selapas belayar beberapa ketika, cruise berlabuh di fishing village. Kat sini bolleh berkayak atau menaiki bamboo boat. Kalo x naik pun just lepak2 di cruise dan kwasan pelantar tersebut. Cruise berehenti lebih kurang sejam di fishing village. Kite x amik ape2 xtvt just lepak je dekat deck layan angin sepoi bahasa dan sejuk. Mmg xde org lain yg duk di deck kecuali saya sorang. (nampak sgt bajet) hahahaha.

Fishing village


panorama view fishing village


ni lah dia bamboo boat
Selepas fishing village, cruise bergerak menuju ke gua Thien Chung. X jauh pun dari fishing village. Sampai di kawasan gua tersebut, mana penumpang yang turun perlu menjelajah gua tersebut sbb jalan keluar di tempat lain. X mencabar pun laluan dia. Meniti anak tangga untuk memasuki kawasan gua dan anda akan dapat menikmati stalaktit dan stalagmit yang terhasil di dalam gua tersebut. Pihak pelancongan Vietnam turut memasang lampu berwarna warni untuk menambahkn tarikan kepada keadaan di dalam gua tersebut. 

pintu masuk gua


jadi bertambah menarik bile diletakkan lampu2 kaler2


kadang2 rasa stalaktit dan stalakmit ni mcm buatan je...


air tu bukan original...buatan orang tu

Dalam setengah jam sudah cukup untuk meneroka gua tersebut. Banyak lagi gua yang boleh diterokai di Halong Bay tetapi anda mungkin perlu mengambil pakej bermalam untuk tour di gua2 tersebut. Pada sesiapa yang gemar berparti boleh mengambil Castway island tour yang dikendalikan oleh Vietnam Backpackers Hostel. Perjalanan balik ke pelabuhan mengambil masa hampir sejam dan tiba pada jam 5:00 petang. Lebih kurang 3 jam je berada atas cruise. Sampai pelabuhan terus naik minibus menuju ke Old Quarter semula. Keadaan mula gelap dan tiada apa yang menarik untuk dilihat sepanjang perjalanan. Sampai di hostel jam 9:00 malam dan tanpa berfikir lahi terus bersihkan diri dan tidur. Esok kita explore tempat menarik di Old Quarter.

p/s : klik sini untuk dapat tiket flight free.

No comments: