nuffnang

Monday, March 13, 2017

acah2 backpackers trip Indochina 2016-3rd stop Ninh Binh-Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Tepat jam 5:30 pagi tren tiba di stesen Hanoi. Rase macam sekejap je sampai maybe tido selesa sgt kot. Nak tgk luar keadaan gelap gelita. Nak naik tren siang kang tido bgn tido bgn x sampai2. Lepas je kuar dari tren, masih blur2 cuba cari platform sbb nak beli tiket untuk ke Ninh Binh. Hanoi ke Ninh Binh x jauh pun dalam lebih kurang 90 km je. Sampai je dekat paltform, kaunter tiket pun dah buka, terus tanye tiket ke Ninh Binh.Tren paling awal ke bertolak jam 6:30 pagi, tanpafikir banyak terus grab dengan harga 78000 dong. So x yah la nak tunggu lame dekat stesen keretapi Hanoi. Cari port untuk solat jap sbb kebetulan org pun x ramai lg. Setel je sume terus dah didapnggil untuk boarding. Naik je tengok keadaan tren lain plak dari tren ke Lao Chai. Tren ke Lao Chai tren lama...yang ke selatan ni tren baru. Ade tv, seating baru kemas la nampak. Cari seat dan duduk sementara menunggu tren gerak.

Tepat jam 6:30 tren pun mula berjalan. Xleh nak tido sgt kang terlepas stesen mampui.... sementara dalam perjalanan, buka agoda untuk hari hostel utk malam ni. Plan untuk stay di Ninh Binh semalam je sbb bas untuk ke Hue pada malam esoknya berpandu pada research yang telah dibuat. So aku ade 2 hari penuh untuk buat atau pergi tourist attraction disini. Jumpa Go Ninh Binh Hostel semalam cuma RM 20 x termasuk bfast. Kebanyakan hostel disini x include breakfast. Tengok review sume ok...terus book. Dan layan view disepanjang perjalanan menuju ke Ninh Binh.
tren ke selatan...nampak baru skit....

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30minit. Lebih kurang jam 8 tren pun sampai di Ninh Binh. X ramai orang yang turun sini memandangkan sbb tren paling awal. Keluar je dari stesen aku terus disapa oleh salah seorang tour guide. Namanya dah lupa. Memandangkan x ramai toruist yang turun aku menjadi sasaran beliau. Dia tanya dah book hostel ke, dan terus ajak lepak di opis dia betul2 berhadapan dengan stesen keretapi. Aku pun tanya la sleeper bus ke Hue brape harga, sewa motor berapa harga dan banyak lagi. Dia tawarkan 300000 dong untuk bus ke Hue dan 200000 dong untuk sewa motor sehingga esok malam.maksudnya lebih kurang dua hari la. Aku kate xpe dulu..dan dia terus offer nak hantar aku ke hostel secara percuma. Aku dapatkan lagi kepastian sama ada free atau x? dia pun cakap free kompom free. So aku pun setuju untuk dia hantar. X jauh pun dlm 2 km lebih je dari stesen keretapi. Sampai je hostel terus cek ini dan cube survey harga bas dan motor untuk buat perbandingan. Nyata offer yang ditawarkan oleh tour guide tadi tu mmg murah. Rate hostel bagi untuk bas 280000 dong dan motorsikal 150000 dong sehari. selesai je cek in tinggalkan beg kat bilik dan terus ke pak cik tersebut untuk sewa motor dan seterusnya beli tiket bas dari beliau. Beliau bawa aku kembali ke opis dia untuk urusan tersebut.

Setel je urusan, dia bg map untuk ke kawasan toruist spot. Dia kate mmg cukup 2 hari utk eksplore Ninh Binh. So aku ke tempat yang pertama iaitu Tam Coc. Untuk naik perahu buluh dan menikmati landskap yang menarik. x jauh pun dalam 6 km je, on the way ke sana jumpe stesen minyak, isi penuh dulu. modal minyak 60000 dong. Motor yang disewa yamaha Nouvo. Ikut maps.me je senang. X lama lepas tu sampai la di tam coc punye kaunter. Parking motor kene x ingat brape. Pegi la survey harga untuk buat xtvt tu. Entry fee 150000 dong dan naik bot kene tambah lagi 180000 dong. so total semua untuk ke tam coc ni 330000 dong. Aku rase cam mahal giler. duk situ pikir pas dah habsi pikir aku start moto aku gerak ke tempat lain. Hajat di hati nak gi tgk pagoda yang femes di ninh binh.

Amik motor on maps.me cari la pagida tersebut. Mmg Ninh Binh ni kawasan yang aman damai, x byk kenderaan dan sejuk cume cuace sedikit berkabus menutup sedikit keindahan wilayah Ninh Binh. Agak lama juga mencari x jumpa2. Lalu di kawasan trang an. Trang an ni merupakan kawasan UNESCO Heritage site jugak. Lalu masuk ikut pintu belakang. parking motor dekat kawasan kaunter untuk masuk ke kawasan kuil lama. Bayaran 20000 dong saje. Xde ape yang menarik pun. Tapi xtvt utama dekat trang an ni ialah naik bot buluh jugak. Sini review cakap lagi lawa dari Tam Coc. Survey tiket pun cuma 150000 dong saje. Xpe xtvt ni kite buat esok je memandangkan esok ade satu hari lg.
temple lama dekat trang an
sesi penerangan tentang sejarah
landskap yang menghijau

Perjalanan diteruskan untuk mencari pagoda tersebut, dari jauh dah nampak tp x jumpa jalan masuk. Jumpa satu famili berbasikal pun mengalami masalah yg sama. Lebih kurang setengah jam duk pusing dan dah bertanya pada local pun x byk membantu, terus gerak ke taman negara Cuc Phuong. Terletak agak jauh dari bandar lebih kurang 40 km. On maps.me dan folo je arahan. Tapi masalahnye maps.me ni guide ikut jalan sawah. Pas sawah...lalu sawah lagi...kadang risau salah jalan tapi tgk map masih dilandasan yang betul. Tapi pemandangan yang dinikmati mmg mendamaikan. Dilihat anak2 kampung baru pulang dari sekolah, bendang yang luas tapi jalan yang dilalui sumenye crusher run. Risau jugak takut motor buat hal ke tayar pancit ke ape ke. 
menuju ke taman negara......
sepanjang jalan dibentangkan dengan pemandangan macam ni...
meregangkan otot setelah hampir sejam naik moto....

Selepas hampir sejam berjalan masih lg pemandangan yang sama, x nmpk signboard tunjuk menuju ke taman negara. Tgk map masih lg di landasan yg betul. Hati rase x sedap je ni...naik bukit..turun bukit still x nmpak tanda2 nak sampai. Tapi landskap pemandangan dah berubah dah mula masuk menyusuri kampung. Jumpa stesen minyak kasi penuh kan tank dulu takut2 perjalanan x tau jauh mana. 50000 dong jugak isi Dah isi penuh teruskan lagi jalan.orang kg pelik je tengok aku. At last sampai juga dekat pintu masuk taman negara. Time jam dah pukui 2:30 ptg. Dua jam lebih gak la baru sampai.
view dari atas bukit...sumanya sawah padi
isi minyak dlu sebab perjalanan x tau jauh mana lagi
sampai dah dekat taman negara Cuc Phoung

Rupanya dari pintu masuk tu ke drive lg 20 km lg untuk sampai ke kawasan utama. So one way dlm 60 km jugak. Start motor dan jalan. dah masuk dlm hutan ni x leh bawak laju sbb sejuk woo... mmg sejuk.. bibir abis kering sume..setengah jam jugak la nk sampai sana. Entry fee 40000 dong dan park motor pun 15000 dong. Bayar aje sume. Tgk national park tu x brape ramai orang. Nampak mane nak masuk trail tgk signboard kene trekking 3 km. So slumber je mulakan 

Hampir je dengan kilometer 1.5, dah dgr guruh...cuace pun dah mendung...pastu aku trekking sorang2 lg la cuak...aku kalo bab2 hutan ni mmg x brani sgt nak wat brani, baca trip advisor pun park ni mmg ramai yg suggest suruh pegi. So duk sekejap pikir ape nak buat, x lama pun pikir dalam 30 saat amik keputusan untuk patah balik je sebelum hujan ke ape ke. Sampai tempat parking motor layan biskut sepeket untuk alas perut sebelum bergerak pulang.langkah.
cuaca yang dingin....dan susasana damai
lagi 2 km kene trekkking...

Set maps.me mula bergerak sblm cuaca menjadi gelap. Mulalah jalan hampir 2 jam perjalanan tapi perjalanan balik ikut jalan lain x ikut jalan sawah, ikut pekan so x perlu risau la cume kalo local nampak aku naik motor je dia gelak2. Dari Hanoi lagi org Vietnam nampak aku je dia gelak2. Perjalanan lancar sehingga sampai hostel. Kenal2 roomate tapi x sempat sembang sbb depa nak hangout kat bar di luar hostel. Depa ajak tp aku pas sebab penat nak mampuih naik motir seharian. Setel mandi ape sume terus tarik selimut. Pengembaraan seterusnya sambung esok.
ruuang santai di hostel...
p/s : klik sini ntuk dapatkan big points secara percuma!!!

2 comments:

wanDON said...

Mantap ekspedisi hang yot, mai sana pekena keindahan alam semsta lain dari hiruk pikuk malassia.. Thumbs up utk info dn aktiviti travel koboi anda...

Si Penakluk said...

jom folo aku...