nuffnang

Wednesday, March 22, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 -3rd stop Ninh Binh-Day 2

Assalamualaikum kengkawan...

Pengembaraan kembali bersambung di wilayah Ninh Binh. Sebelum sambung meh aku share skit kenapa Ninh Binh ni terpilih menjadi perhentian aku selepas Hanoi. Kalo di Hanoi ade Halong Bay di laut. Di Ninh Binh juga terkenal sebagai Halong Bay di darat. X caye jom sambung bace kat bawah ape yang menarik lagi di Ninh Binh ni.

Selepas bangun pagi, tp xde la awal sgt sbb pas subuh tido balik sbb shiok gak tido. Maklumlah semalam lama sgt naik moto. Nak sarapan pun xde breakfast. Menu paling murah pun 40000 dong. Makan biskut je la wat alas perut pepagi sebelum gerak. Dalam kui 10 lebih tu g mandi ape bagai....siap mandi packing beg siap2 sbb kui 12 nak kene cek out. Tinggalkan beg dekat hostel start moto gerak ke Trang An. Salah satu site UNeSCO di Ninh Binh. x jauh pun dalam setengah jam terus sampai.

Parking motor di kawasan parkir kene bayar 15000 dong. Nampak banyak bas2 persiaran berhenti untuk menurunkan penumpang. Masuk ke kompleks Trang An dan lihat ape yang ade. Bayar tiket 150000 dong untuk masuk dan dah include sekali naik perahu buluh yang menjadi simbolik di wilayah Ninh Binh. Sebab bot tu kecik aku pun lepak la di kawasan pelabuhan untuk melihat kerenah pelancong dan jurumudik bot. Dilihat ramai jurumudik wanita berbanding lelaki. Bile dah kurang je pelancong beratur, aku pun beratur untuk naik bot. Aku naik dengan satu old couple vietnam juga. So dalam bot aku sorang je orang luar. Jurumudik aku perempuan, aku pun x tau berapa jauh dia nak kayuh bot ni.
bot parking selepas pelayaran
bot parking di tempat jeti
Bot pun mula bergerak menjauhi pelabuhan..nampak penumpang bot lain seronok je amik tour ni. Kelihatan ade pendayung juga disediakan, tapi lek dulu biar jurumudi kayuh dulu. Kalo nak keistimewaan jurumudik ni dia kayuh bot pakai kaki tu...pas tangan kaki...trang An ni tasik yang besar dan banyak bukit batu kapur sebijik macam Halong Bay. Sbb tu sini dipanggil Halong Bay daratan.  Jurumudi tu duk sembang dalam bahasa Vietnam je so aku mmg x paham la. Layan view sambil amik gambo. Couple tu syiok la ade penerangan tentang kawasan yang di lalui.
air yang tenang berlatarbelakangkan bukit2
air xde arus, so tugas mengayuh x susah sgt
Tetiba kelajuan bot pun makin slow...aku amik la pendayung dan dayung la bersama-sama. Couple vietnam tu pun amik lg satu dan kayuh bersama. Air jernih, dikelilingi bukit bukau dan angin yang sepoi2 bahasa menambahkan lagi keasyikan untuk menikmati permandangan yang indah ini. Sampai di stop pertama ada temple. Aku mmg malas la nak turun. couple vietnam tu pun malas nak turun, so kami teruskan perjalanan meneroka Trang An.
stop yang pertama...ade temple. tapi x turun pun
jurumudik wanita yang kental mengayuh selama 2 jam setengah
Sepanjang perjalanan penerokaan Trang An, bot yang dinaiki akan melalui gua2 kecil yang terdapat di sini. Masa lalu dalam gua kene bongkok sbb gua tu betul2 rendah. Ada yang sepanjang 200 meter, ada yang 100 meter. Dalam gua tersebut dapat la tgk stalaktit dan stalagmit yang hampir sama dengan gua yang dimasuki di Halong Bay tempoh hari. Ada 5 gua yang ditempuhi sepanjang perjalanan ini. Masing2 ada tarikan sendiri. Ada satu gua tu siap ada tempayan arak lagi. Tapi x tau la arak tu ade lg ke dlm tempayan tu.
dari jauh dah nampak pintu gua
keadaan dalam gua...kene tunduk nanti terhantuk
masuk gua lagi....
lain pula keadaan gua ini....
rasanya simpanan tong-tong arak di dalam salah satu gua
nama gua dan panjang gua yang akan dilalui
stalaktik di salah satu gua yang dilalui
kalo berhenti sini ade kedai kopi..tapi sume x nak turun..so perjalanan di teruskan
masuk gua lagi.....gua yang terakhir rasenye ni...
outdoor photoshoot pengantin....gigih cameraman shoot di atas tebing
Selama 2 jam setengah juga la kami meneroka Trang An dengan bot ni. Pada masa itu baru paham mengapa tambang yg agak mahal dikenakan. Landing je bot dekat pelabuhan.. relax dulu amik angin sblum balik ke hostel sbb perut dah lapar. Sampai hostel cari kedai makan beli nasi putih je. Mcm biasa nak komunikasi pakai google translate. Mmg banyak membantu apps ni. Satu pek cuma 10000 dong je. Jadila janji perut kenyang.
makan ni je...beli nasi putih je....janji kenyang...
Selesai makan lepak kat hostel sambil bercampur dengan traveler lain. Sembang2 kosong sambil membuang masa sbb bas ke Hue pada jam 8:00 mlm nanti. Sempat la mandi ape sume kat hostel. Jam 6:30 gerak ke pejabat agen untuk pulang motor dan tunggu bas. Bas dari Ninh Binh ke Hue aku amik sleeper bas sbb nak try naik bas mcm ni. Nasib baik sampai awal dekat opis tour agen tu sbb bas sampai dalam jam 7:30 malam. Awal setengah jam. 1st time naik bas sleeper. Letak beg pack besar kat kargo, masuk bas, buka kasut masuk dlm plastik dan cari seat yang telah ditetapkan. Setting badan kasi selese skit, setting aircond dan lelap terus dan bas menuju ke bandar Hue. Bas dijangka  tiba di Hue pada jam 5@6 pagi. 

sleeper bas pertama yang dinaiki di Vietnam...sleeper bus CHECKED!!!
p/s: nak dapatkan tiket flight secara percuma???? klik sini untuk info selanjutnya.

No comments: