Sambungan coretan pengembaraan di Vietnam. Aku cuma transit di Hue dan Da Nang atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan. Walaupun transit ada jugak la nak bercerita walaupun kekurangan gambar untuk dikongsi di sini. Kisahnya di Hue dan Da Nang bermula macam ni......
Bas dari Ninh Binh tiba di bandar Hue lebih kurang jam 6:30 pagi waktu tempatan. Kami diturunkan di sebuah hotel di bandar tersebut. Kalo naik bas di Vietnam ni mmg jarang sekali bas akan berhenti di perhentian bas yang betul, malas setakat hari ni x nampak lagi stesen bas di sini. Kebetulan ada dapat host CS di sini setelah bg lokasi kepada beliau aku tunggu di hotel tersebut sambil menghirup kopi vietnam yang panas lagi beraroma. Harga macam biasa 35000 dong. Lupa nak bagitahu cuaca pada ketika ini sedang hujan lebat. So kopi panas tadi lebih syiok untuk dinikmati.
Setelah hampir sejam menunggu, masih tidak kelihatan lagi hos yang dijanjikan.Nasib baik pakai no vietnam dan no contact host pun ada sering berkomunikasi untuk bertemu. Mencari-cari lokasi untuk bertemu, berjalan kaki didalam cuaca hujan dan dingin. Hujan pun boleh tahan lebat pakai baju hujan 2 ringgit pun dapat la mengurangkan basahan baju dan beg daypack. Selepas hampir 15 minit untuk mengesan lokasi yang telah diberitahu, dapat la bertemu dengan host. kali ni aku di hostkan oleh gadis Vietnam yang bernama Huyen. Huyen mengajak aku kerumahnya yang terletak di kawasan pinggir bandar. Dia naik scooter je ingat nak naik sekali tetapi sebab beg besar kene la naik teksi motor besar (standard jaguh la motor tu). Macam biase driver tu open harga 400000 dong. Aku macam biasa la x naka naik sbb perjalanan pun menurut Huyen cume 15 ke 30 minit je dari bandar. Setelah puas nego aku pun bersetuju dengan harga 200,000 dong. (padahal dalam hati mcm malas je nak ke numpang di rumah Huyen sebab ramalan cuaca meramalkan hujan sepanjang minggu di bandar Hue ini). Deal siap2 harga utk balik esok ke bandar.
Dalam hujan lebat naik la motor menuju ke rumah Huyen. Xde lah jauh mana pun dalam 20 minit je..sebab hujan bawak motor pun x brape laju so agak dekat tapi xde la teksi atau bas untuk ke rumahnya. Sampai kerumah Huyen, aku lihat ayahnya rumahnya sedang membuat kerja renovate rumah. Rumah Huyen juga ada bela anjing dan anjing dia berkeliaran di dalan rumah. Argh sudah..ade anjing kompom la aku x bermalam disini di tambah lagi dengan faktor cuaca mmg kuat alasan aku untuk tinggal di situ. setelah Huyen kenalkan aku kat bapanya dan Huyen bertanya " So ok want to stay here?" Aku jawab dengan ayat dengan berat hati menolak perlawaan beliau sbb yang telah dinyatakan di atas. Huyen agak kecewa nampak di muka dia tapi nak wat camane...kalo stay pun x leh jalan mane sbb hujan lebat. Aku pun amik keputusan untuk kembali ke bandar dan minta teksi motor untuk hantar ke stesen keretapi Hue untuk ke Da Nang. Nasib baik sempat aku dah standby jadual transport sepanjang trip ni. Tren ke Da Nang ada jam 10:30 pagi. Dengan segera aku mengarahkan untuk ke sana segera.
ni la teksi motor tu..nampak x beg siap di balut plastik
keadaan dalam tren ke Da Nang |
Perjalanan mengambil masa 3 jam dan tiba di Da Nang dalam jam 1:30 ptg. Hostel pun dah book untuk bermalam memandangkan ikut plan asal singgah Da Nang ni untuk ke Hoi An.Tapi dah skip tido di Hue kite tido la di Da Nang. Cuaca pun still hujan tapi dah renyai2..agak risau jugak takut sepanjang trip ni hujan sokmo. Hachi Hostel terletak kira2 1.2 km dari stesen keretapi. Sampai je hostel cek in, mandi ape sume dan sidai baju, untuk proses pengeringan. Satu bilik 4orang..roomate aku org korea sorang india sorang dan orang tua dari israel. Study pasal Da Nang pun x buat so kite makan maggi je la. Tapi pas aku makan megi masing2 duk belek je bekas megi cup tu..aku pun x paham mengapa. Malam pun nak kuar pun hujan duk kat hostel la sembang2 dengan tetamu lain. Yang india tu travel anik moto dari saigon menuju ke utara melaporkan cuaca pun hujan jugak dan dijangkan seminggu. aiyaaa harap2 ramalan tu x betul la hahahaha. xde apa yang dibuat di hostel kecuali menyembang dengan roomate, staff dan tetamu lain. Lupa nak share kalo x mo naik tren pun anda boleh booking tour naik motor dari Hue ke Hoi an atau vice versa sbb mostly tourist spot di kawasan itu boleh dilalui dengan motor. Tour mcm tu x sempagt study maybe next time singgah Hue akan amik trip ni.Ada juga perkhidmatan sewa motor dan bagasi anda akan di hantar oleh pihak agent ke alamat hostel yang telah dibooking oleh anda. So tido esok bergerak ke Hoi An dengan menaiki bas awam. maaf yer entry banyak perkataan je sbb x banyak gambo di ambil sepanjang perjalanan ini.
No comments:
Post a Comment