nuffnang

Wednesday, February 10, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 8- Bangkok Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Pengembaraan kembali bersambung di bumi Bangkok, ibu negara bagi Thailand. Keretapi dari Nong Khai tiba di stesen Hua Lampong tepat jam 6.30 pagi. Memandangkan saya tiba di Bangkok pada hari sabtu, banyak tempat boleh dikunjungi antara yang berikut menjadi pilihan ketika hujung minggu di kota ini:-
1) Chatucak Market
2) Maeklong dan Floating Market (Maeklong tutup sebab upgrade so xde tren akan lalu kat pasar)
3) Kanchanaburi (tren khas weekend je)
4) Lop Buri
5) Ayutthaya

Oleh sebab tgh blur2 buka google cari cara macam mana nak pergi ke Kanchanaburi dengan menggunakan bas (sbb time ni special tren kui 6:20 pagi dah terlepas). Caranya mudah mula2 pergi ke Terminal bas Sai Tai Mai  untuk naik bas atau Stesen Keretapi Thonburi untuk menaiki keretapi. Tetapi nak ke terminal Sai Tai Mai dengan menggunakan bas x jumpa2 bas nya. Setiap kali bas yang berhenti saya akan tanya tetapi semua mengatakan tidak. Jam telah menunjukkan pukul 8:00 pagi, saya pun lupakanlah trip nak ke kanchanaburi sbb makan masa juga hendak kesana. Nak naik teksi@tuktuk mahal kalo naik sorang. Melangkahkan kaki untuk mencari penginapan selama 3 malam disini. Saya cari yang berhampiran dengan stesen Hua Lampong je sbb kebanyakan tempat boleh disinggah dengan keretapi dan dekat juga dengan MRT so mmg mudah untuk bergerak. Jumpa Ba An Hua Lamphong GH nak cek in receptionist kata penuh  rekemen oleh geng BBM) pergi Your Place GH (depan Ba An Hua Lamphong) xde dorm saya amik single room dengan kadar 350 thb semalam termasuk breakfast. Selesai cek in tido jap sbb kejap lagi nak ke Chatucak Weekend Market.

Tepat jam 10 pagi, saya keluar dari gh menuju ke MRT station, x jauh pun dari gh saya, pergi kaunter beli token ke chatuchak. Nak pegi mudah je naik MRT je x perlu tukar sky bus ke ape ke. Tambang dalam 42 bhat sehala. Dalam 20 minit sampai la di stesen Chatuchak. Keluar je dari stesen anda harus melalui Chatuchak Park macam taman untuk orang bersantai, piknik dan sebagainya. Taman bersih tapi cuaca ketika itu panas namun ade je yang bersantai bawah pokok bersama rakan dan keluarga. Dalam 300 meter berjalan akhirnya saya tiba di pintu masuk Chatuchak Market. Orang x yah cakap memang ramai!!! mmg hotspot ketika berada di Bangkok ni. Kat Bangkok ni anda x perlu risau sekiranya anda travel secara solo sbb ramai orang Malaysia di pasar dan bandar ni. Terlalu banyak kedai didalamnya dan menjual macam2 barang. Sesapa peminat bundle dan sini umpama syurga bagi korang. Dari baju, seluar, kasut, beg, topi macam2 lagi sume ade kat sini. Gerai makanan halal pun banyak kat sini cume kene tunggu turn la sebab ramai. Saya mmg dah aim nak lunch di MBK sbb ramai cakap MBK makan sedap. Kalo setakat 2 jam kat pasar ni mmg x cukup nak masuk semua kedai. Harganya x pasti sbb saya datang untuk cuci mata je, rasa lebih murah kot dari harga uptown atau downtown kite. Sempat la rembat topi BKK sebagai cenderahati dengan harga 100thb saje.
Chatuchak Park
Chatucak Park
Chatucak Market ramai kelibat manusia
banyak kedai makan halal disini
selfie sebagai bukti

setelah lebih 2 jam mengharungi pasar ini , terus ke stesen sky bus untuk menuju ke MBK center. Orang kata MBK juga salah satu hotspot perlu di singgah ketika melawat Bangkok. Naik skybus turun di stesen Siam atau National Stadium. Pastu jalan kaki skit sampai dah di MBK. Kali pertama masuk ke kompleks ni rasa macam pertama kompleks sbb banyak kedai handphone. MBK ni umpama pertama kompleks campur dengan sogo hahahaha lebih kurang la. Terus cari tempat makan yang halal di tingkat 5. Di MBK juga anda boleh beli tshirt dan cenderahati lain disini sbb murah berbanding di khao san road. Sampai je tingkat 5 terus beli kupon nak cari makan. Sini kene beli kupon untuk beli makan. Cari2 dan lihat harga agak mahal disini setiap menu berharga minimum 100 thb. Apalagi tukar balik kupon dan keluar dari food court dan nampak restoran YANA. Restoran ni famous sebab makanan halal dan tomyum sedap. Ramai blogger rekemen restoran ni, tapi tgk kedai pun dah tau harga mmg boleh tahan, so tanpa membuang masa bukak maps.me cari restoran Fatona berhampiran dengan Masjid darul Aman (tempat makan ketika transit di Bangkok) Terletak lebih 1 km dari MBK ni, nak naik sky bus kene bayar tambang, so ringankan kaki untuk berjalan. Memang nak save punye pasal sanggup jalan kaki sejauh 1 km lebih. Tiba di kedai tersebut, rasa kecewa sbb kedai x bukak!!! tgh kebulur perut ni tetiba kedai x buka. Teruskan perjalanan sehingga berada di kawasan masjid dan banyak kedai rupanya di kawasan tersebut. Jumpe je kedai tanpa berfikir panjang terus order tomyum seafood dengan nasi putih. Harga x tanya pun sbb rasa mmg murah sbb kedai tepi jalan kan.
60 bhat saje
Siap je masak sampai je makanan atas meja, apa lagi terus menikmati makanan yg femes di Thailand iaitu tomyum perghh memang layan seafood x kedekut, sotong udang siap ada ikan merah lagi, memang kenyang la perut ni. Setelah setel makan dan perut dah lega bayar dan terus ke masjid la. Harga lunch tadi cuma 60 bhat je!!!! murah!!!! Selepas selesai urusan terus menuju ke Siam Paragon. Kire tempat shopping esklusif macam pavilion. Siam Paragon, Siam Center dan apa lagi satu mall mmg dekat je antara mereka. Saje jalan2 masuk mall sebelum petang sbb nak ke Khao San Road lepas ni. Seluruh pelosok mall telah diterokai ambil masa 2 jam jugak lepak kat sini.
MBK center dari jejantas
Siam Center dan Siam Paragon (kanan)
Dalam Siam Paragon ada mcm aquaria kot
Salah satu pelabuhan Chao Phraya tour

Jam dah pukul 5 lebih boleh la nak ke Khao San Road. Khao San Road xde mrt atau sky bus. Nak kesana kalo dari Siam ni naik bas, teksi atau tuktuk. Nak jalan kaki boleh tapi jauh la bai dalam 6 km. Buka trip advisor ada cara nak ke sana naik bas. Tunggu bas di stesen National Stadium dan naik bas no 57 kot kalo x silap. Naik bas lebih murah banding dengan teksi dan tuktuk harga dalam 13 thb je. Naik je bas dan nampak je demokrasi monument maknanya dah dekat dengan khao san road. Dalam 15 minit je naik bas bergantung kepada traffik la. Turun je bas lintas jalan utama sampai dah di Khao San Road.
Democracy Monument

Khao San Road ni x la besar mana sepanjang 1km je kawasan dia. Ye lah nak tau jugak sebab apa sini digelar syurga backpackers dunia. Sepanjang pengamatan saya di sini banyak pub2 yang pasang lagu kuat2, banyak makanan tepi jalan atau street food yang boleh anda cuba, massage pun boleh cenderahati pun ade jual tapi mahal dari MBK punya harga. Ade pad thai (mcm kuey teow) ais krim kelapa (50thb) jus buah, lipan@kala jengking, cengkerik goreng pun ada (nak amik gambo kene bayar 10 bhat). Kalo time new year mesti meriah ni. Setelah habis kan masa dalam sejam mula langkah untuk balik ke gh. Pergi ke tempat turun bas dan tunggu bas di situ. Nak tau bas tu kemana route nye anda boleh tgk di dinding bas tersebut ye. Tapi jgn risau kalo anda tersalah naik bas, driver bas akan bantu anda utk ke stesen yang betul untuk menunggu bas ke laluan anda. Hihihihi merasa la jugak salah naik bas dan tunggu bas untuk ke Hua Lamphong. Malam tu semua selamat tiba di GH dan tidur kerana esok kene bangun pagi untuk naik tren ke Lop buri!!!!
7 benda kene buat dekat Khao San
meriah!!! ramai orang
pub dan bar saje kat sini
Naik bas untuk pulang
Hua Lamphong dari luar pada waktu malam


belanja hangus
350 thb x 3 = 1050 thb
topi 100 thb
tanbang mrt 42 thb
tambang bas xigt kurang 40 bhat je
lunch 60 thb

p/s : nak kumpul big points untuk tebus tiket flight percuma?? klik sini

No comments: