Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Hari ke-3 di Bangkok menuju ke Korat (Nakhon Ratchasima). Korat terletak di timur laut Bangkok. Nak pegi kesana naik tren boleh (6 jam) dan naik bas (3 jam). Setelah berbincang dengan Shima pasal plan nak ke Korat malam tadi, kami sepakat untuk naik bas sahaja ke sana. Lepas breakfast di gh Shima pun dah turun so kami tanpa membuang masa terus bergerak ke MRT untuk ke stesen Mo Chit. Mo Chit merupakan terminal bas untuk ke utara Bangkok.
Setibanya di terminal MRT Mo Chit, lintas jalan dan kene ambil teksi, tuk2 atau taxi motor untuk ke terminal bas. Kalo nak jalan kaki dalam 2-3 km jugak lah. Tahan teksi x nak berhenti, tahan tuk2 harga 100 bhat, tanya taxi motor sorang 40 bhat saje. So amik la teksi motor nyata lebih jimat. Pastu sampai je kat terminal, menapak masuk dan terus mencari kaunter tiket bas ke Korat. Tanya dari kaunter ke kaunter la nak cari terminal macam BTS pulak ada 3 tingkat. Ada orang bg tau bas ke Korat ada di tingkat 2. Tanpa membuang masa, terus ke tingkat 2, tgh berjalan2 tetiba dipasangkan lagu kebangsaan Thailand. Berdiri tegak kejap sementara nak tunggu habis, nak terus jalan segan sebab semua orang berdiri tegak. Sampai di kaunter terus tanye bas turun dekan pekan Pak Chong (pekan sebelum sampai Korat). Kaunter kate boleh2 terus beli tiket (150 bhat) dan berjalan ke bas sebab bas dah nak gerak. Ingatkan bas dalam terminal je, rupanya kat luar, menapak lagi dalam keadaan jalan kaki laju2 memandangkan pakcik tu jalan laju (tua dah) kite yang muda juga x leh mengalah kene tunjukkan pace yang sama. Sampai kat bas tunjuk tiket dan terus naik dan amik seat depan supaya dia boleh panggil bila dah sampai dekat Pak Chong.
Perjalanan mengambil masa 3 jam dari terminal Mo Chit. Dalam bas ape lagi, tido la sbb malam tadi tido lambat. Tetiba konduktor tu panggil kata dah sampai Pak Chong, kami lihat kat luar masih di highway lagi, dia cakap pergi belakang tesco amik bas untuk ke pekan Pak Chong. Kami angguk2 tanda faham dan terus turun dan menapak ke tesco. Nampak je bas (bas yang saya maksud ni bas macam dalam pos Lopburi dari Mo Chit memang bas ekspress) tanya driver, driver kate yes, kami naik dan tambang sebanyak 10 bhat. Sampai je pekan Pak Chong terus cari kedai sewa motor nak ke Jim Thompson Farm. Kedai motor tutup jam 5 rasa x berbaloi nak sewa sbb kami nak balik bangkok jam 8:00 malam (bas last dari Pak Chong ke Bangkok). Cari teksi motor nak ke Jim Thompson Farm. Rupanya orang kat Pak Chong ni x tau mane JTF ni. Shima tunjuk gambo dia kate Khao Yai. Tempat tu di Khao Yai. Cari dua teksi motor deal harga, dan semestinya menggunakan khidmat orang tempatan sebagai translator dalam proses negotiation ini. Harga yang telah dipersetujui seorang 175 bhat dan terus bergerak ke Khao Yai.
Pekan Khao Yai terletak 25 km dari Pak Chong. So dalam 15-20 minit kami tiba di satu tempat di Paleo Khao Yai. Kami tengok xde pun ladang2 seperti didalam gambar. Tapi kami dah pun sampai, dan bayar kepada teksi motor tersebut dan mengambil no telefon mereka untuk mengambil kami nanti. Alang2 dah sampai sini terus la jalan2 lihat apa yang mnearik disini. Rupa-rupanya Paleo Khao Yai ini merupakan satu destinasi wajib ketika di Korat, sebab rasa macam di negara Itali rekabentuk kedai dan landskapnya. Ternampak kedai JTF disini dan terus bertanya lokasi JTF yang sebenar. Rupanya JTF terletak 80 km dari Pak Chong ni (rujuk maps.me). Memang x dan la nak kesana so kami pun meneroka apa yang menarik di sini.
Dataran Paleo Khao Yai |
Disebalik lorong-lorong di Paleo |
Salah satu kedai cenderamata di sini (harga mmg x sanggup nak beli) |
ikut posing patung belakang |
Entrance Paleo |
Pose lagi ikut patung belakang |
Pandangan luar Paleo |
Setelah habis meneroka Paleo kami pun keluar untuk menuju ke satu tempat iaitu Chok Chai Farm. Perjalanan dari Paleo ke Chok Chai ni merupakan satu pengalaman baru dan menarik. Nak tau ape yang terjadi sila tunggu untuk entry seterusnya...
belanja hangus
tiket MRT 84 bhat
teksi motor 40 bhat
tambang bas 150 bhat
teksi motor 175 bhat
p/s : nak internet free selalu?? klik sini
No comments:
Post a Comment