Hari kedua di Bangkok, arah tuju pada hari ini ialah ke Lopburi. Destinasi yang sangat popular dikalangan geng2 BBM dimana rata2 yang ditemui di sini hampir kesemuanya menuju ke Lopburi ini. Apa yang menarik di Lopburi ini ialah terdapat ladang bunga matahari yang besar disini. Memandangkan ladang ini dibuka pada bulan Disember dan Januari sahaja (maksud disini waktu paling sesuai melawat) kerana pada waktu ini bunga banyak dan dah kembang. Lepas subuh terus turun bawah untuk sarapan dulu di GH. Seperti biasa sarapan yang disediakan ialah roti bakar , telur dan kopi @ teh. Selesai sarapan terus menghala ke stesen keretapi Hua Lamphong. Sbb tu saya menginap dikawasan berhampiran dengan stesen keretapi ni sbb kebanyakan destinasi popular dengan menaiki keretapi dari sini.
Tepat 6:45 pagi tiba di stesen dan terus ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket ke Lopburi. Tiket berharga 50 bhat saje dan tren akan bertolak pada jam 7:00 pagi. Dapat kelas 3 x de nombor tempat duduk ini bermaksud free seating kalo ade seat dapat la duduk. Masuk gerabak tgk orang masih x ramai terus cari seat yang kosong dan duduk. Tepat jam 7:00 pagi tren bergerak meninggalkan stesen.
Tiket tren ke Lopburi (standee xde seat) |
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Nasib ade seat untuk duduk kalo x lenguh la kaki nak berdiri 3 jam. Tren berhenti di stesen yang dijadualkan untuk mengambil penumpang. Lega sebab xde sape yg duduk di seat saya ni. Tiba je di stesen Ayuttaya, ramai penumpang naik dan nasib x baik, tuan punya seat pun sampai, dan terpaksa berdiri sehingga sampai di stesen Lopburi. Adalah dalam setengah jam jugak la berdiri. Banyak peniaga yang turun naik tren untuk menjual barangan mereka seperti pulut ayam, air, buah, roti dan lain2.
stesen ayutthaya |
tren dah penuh, kene diri la (topi beli di Chatucak) |
Tepat jam 11:15 tren pun tiba di stesen Lopburi. Terus ke kaunter tanya last tren dari sini ke Bangkok pukul berapa. Tren terakhir dari sini ke Bangkok pada jam 8:00 malam. So x perlu risau la sgt. Kaki melangkah ke luar stesen dan mencari pengangkutan untuk ke ladang tersebut. Masalah bahasa sekali lagi berlaku nasib baik ada simpan gambar bunga matahari dalam telefon. Singgah ke satu tour agency bertanyakan cara untuk ke sana. Mereka cadang naik tuk2@ prebet sapu je, satu kereta cas lebih kurang 500 bhat. Memandangkan saya sorang, pemandu tersebut mencadangakan menunggu penumpang lain yang menuju ke sana. Sementara menunggu tren sampai search dekat internet cari stesen bas Lopburi. Jarak dalam 6 km jugak dari stesen keretapi ni. Jam dah pukul 12, masih xde penumpang lain, amik keputusan untuk naik taxi motor dan terus ke bas stesen. Tambang motor taxi ni 40 bhat saje. Nak kenal teksi motor ni senang je cari orang yang pakai vest warna oren.
tempat berkumpul prebet sapu dan teksi moto |
Sampai je stesen bas terus pemandu teksi mencari bas untuk ke ladang tersebut. Wah bagus pemandu ni xyah susah nak cari bas kesana. Jumpe je bas terus naik dan pemandu bas bagitahu tambang cume 20 bhat saje. Selain saya ade 2 lagi mat salleh nak ke sana juga. Cukup masa je bas pun bergerak. Dari terminal ke ladang mengambil masa lebih kurang 40 minit je. Pemandu bas ni baik hati dan terus menurunkan kami betul2 di pintu masuk ladang tersebut. Nak balik nnt kene menapak ke jalan utama yang jauh nye lebih kurang 2km lebih.
kat sini saya panggil bas (nama sebenar x ingat) |
kedai-kedai sepanjang jalan ke ladang |
panorama kawasan ladang, tengah harvest (waktu puncak disember) |
ada replika untuk bergambar |
ada juga gambo penuh |
nak naik kuda mcm kesian je kuda tu nanti |
Lepak sini x lama pun sebab panas dan tujuannya pun dah tercapai iaitu amik gambar di ladang bunga matahari. Thanks kpd brother dan isterinya dapat jugak gambar penuh saya di sini. X sempat nak tanya nama. Panggil bro je huhuhu.
Round kedai2 disini belila kuaci 1kg berharga 100 thb dan mula berjalan untuk pulang. Ni memang mencabar sebab perlu ke jalan besar untuk naik bas tadi. Tengah panas dan jalan sejauh melebihi 2 km tau. Dengan harapan akan ada orang menumpangkan sampai di jalan utama tetapi tidak ada pun. Berjalan lah dengan penuh semangat menghadapi cuaca panas di sini dalam setengah jam lebih la baru sampai dekat simpang jalan besar dan tunggu bas ke stesen bas Lopburi. Sedang menunggu bas, ada la dalam 20 minit menunggu, lalu pickup trak berhenti ditempat saya tunggu, rupanya bro tadi dan isterinya yang menaiki pikup tersebut dan terus pelawa saya menaiki pikup tersebut dan menuju ke stesen. Mmg rezeki berjumpa mereka kembali. Mereka mmg bayar pikup ni untuk membawa mereka ke ladang ni. Setelah sampai di stesen bas, kami berpisah kerana saya naik keretapi untuk ke Bangkok manakala mereka menaiki minivan. Saya terus mencari teksi motor dan terus ke stesen keretapi untuk mengejar tren jam 2:45 petang. Alhamdulillah sempat sampai dan beli tiket. Kembali menempuh perjalanan 3 jam menuju Bangkok.
2.8 km tu nak menapak dari ladang |
landasan tren di stesen Lopburi |
Nak ke Chiang Mai boleh dari sini |
Jam menunjukkan pukul 5:30 ketika tren tiba di stesen Hua Lamphong. Cari surau untuk menunaikan tanggungjawab. Selepas tu lepak di surau dan terjumpa group student dari Yala. Mereka hendak menuju ke Chiang Mai untuk mendaki dan berkhemah. Duk sembang2 sambil ajak saya untuk singgah di Yala suatu hari nanti. Setelah hilang penat, saya pun bergerak dan Usman dan rakannya terus menaiki keretapi mereka. Perut lapar nak pegi kawasan masjid darul aman untuk dinnner sebab seharian x makan nasi. Lepas tu singgah Hard Rock Cafe Bangkok sbb kawan kirim t-shirt. Ada geng BBM ajak lepak di gh memandangkan mereka cek in di Ba An Hua Lamphong. Terjumpa bro tadi dgn isterinya di kedai makan area masjid. Mmg rezeki la jumpe mereka makan sembang pastu mereka pergi ke patpong night market manakala saya ke Hard Rock. Lagi sekali lupa nak tanya nama bro tadi.
Usman (baju hijau belang2) and the gang from Yala |
Sampai hard rock amik baju pastu terus gerak balik gh. Lepak dengan Shima depan gh. Dia pun travel seorang dari KL dan ke Kanchanaburi dan Lopburi dengan group yang dia jumpa di Hatyai. Esok dia bergerak solo dan mencadangkan untuk ke Korat (Natchon Ratchasima). Ok juga sbb dah hari isnin option saya tinggal nak ke Ayuttaya kalo seorang diri la. So dah ada plan baru dengan kawan baru. Destinasi seterusnya Natchon Ratchasima!!!
belanja hangus
tiket tren 50 thb x 2
taxi moto 40 thb x 2
tambang bas 20 thb
kuaci 100 thb
dinner 70 thb (nasi 2 pinggan dan tomyam)
tambang mrt 42 bht x2
No comments:
Post a Comment