nuffnang

Saturday, April 29, 2017

acah2 backpackers trip indochina 2016 - 4th stop Hoi An-day 2

Assalamualaikum.....

Hari ke-2 di Hoi An...bangun pagi selesai je sume urusan pagi...terus buka tingkap untuk melihat keadaan cuaca...tidak seperti di harapkan kerana hujan renyai2 keadaan jalan didepan hostel juga sunyi berkemungkinan ramai yang tidak keluar lagi. So sambung golek atas katil sambil mengemas beg untuk cek out tgh hari nanti. Baju diampaian masih mempunyai harapan untuk kering.Roomate pun masih lg membungkang kesemuanya. Duk la godek internet untuk cari hostel di Nha Thrang. Mmg buntu la duk kat hostel je pergerakan agak terbatas. Hostel ni x include breakfast so makan la bekalan yang di bawa dari kampung halaman. Sementara menunggu hujan, packing2 la barang siap2 untuk check out tengah hari nanti.

Menjelang tengah hari, beg pun dah siap kemas, cuaca di luar nampaknya telah cerah, mentari kembali menerangi banda Hoi An. Sedang angkut beg ke bawah staff hostel tersebut cakap bilik masih boleh digunakan sbb tiada org akan cek in untuk hari ni. naik atas balik letak beg dan mula berjalan2 di pekan. Suasana nye same dgn malam tapi tiada tanglung la siang2. Seperti mlm tadi cuba cari jalan yang xde kaunter jual tiket. Sebenarnya banyak kedai cenderahati di buka pada waktu ini. Baru nampak apa yang berlaku di pekan ni.

Terus berjalan menuju ke tepi sungai.Tiba je ditepi sungai, rupanya air tengah pasang besar, air sungai melimpah ke jalan raya tetapi keadaan itu tidak menghalang orang ramai untuk bersiar-siar, dan berniaga. Ada info dari group FB bandar Hue banjir kerana hujan masih tidak berhenti, nasib baik dah sampai Hoi An. Tetapi kalo ikutkan ramalan cuaca, kemungkinan besar Hoi An juga akan banjir. Kalo ade fulus lebih boleh la tempah suit ke blazer ke sbb sini mmg terkenal dengan tailoring business.
air sungai dah melimpah ke jalan...

X banyak sangat aktiviti yang boleh buat sebab cuaca pun gelap je, naik naik bot nnt kat tgh laut hujan lebat x ke basah lagi baju. So kite round2 bandar je la sambil menunggu bas ke Nha Thrang lewat petang nanti. Memang duk jalan je, nak singgah makan x jumpe kedai halal kecuali kedai indian. Harga mcm biase la....so tahan perut sat g balik hostel beli nasi je.
bot2 tersusun menungg customer
the femes japanese bridge pada waktu siang
salah satu temple di Hoi An
keadaan lorong kedai pada waktu siang
kaunter pembelian tiket.....elakkan kalo x nak kene beli tiket
anjing pun dipakaikan baju
kalaulah halal.....memang nak beli je...lapar weii
Habis semua jalan dekat pekan diteroka...sampai la ke pasar tapi pasar borong..xde ape pun yang boleh dibeli untuk dibawa pulang. rata-rata pekan hoi an ni mmg terdiri dari pelancong. Mmg ramai pelancong ketika ini walaupun cuaca kadang2 hujan. Setelah puas berjalan, kaki mula melangkah balik ke hostel kerana perut dah berbunyi. Sampai hostel macam biasa pegi kedai semalam order nasi putih je dan makan bersama sambal warisan.

Setel je makan, duk melanguk di hostel tunggu pickup sbb tiket bas ke Nha Trang pada jam 6:30 petang. Sepanjang di Vietnam ni x nampak lagi stesen bas yang besar. Mostly bas akan pick up di pejabat travel agent. Kalo booking dengan hostel, pickup disediakan dari hostel ke tempat bas menunggu tapi yang pasti bukan bus station mcm melaka sentral ke, stesen bas muar ke xde. Jam dah kui 7, masih tidak kelihatan lg pick up, dah mula gelabah dan tanya pada recepitionist, tetapi jawapan dia relax you will have your bas. setengah jam lepas tu baru sampai pick up bukan ape ade roomate pun ke nha thrang juga tapi pick up dia sampai dulu...mane la x cuak..takut kene tinggal je.

Dari hostel naik motor ke tempat bas. X jauh pun sebenarnya dalam 10 minit naik motor sampai la tapi lalu belakang kedai la lorong kecik la dan sebagai nya. Tiba-tiba motor tu masuk satu kawasan lapang yang gelap dan xde lampu langsung. Tapi ada ramai orang yang menunggu. So kompom la bas tu tunggu kat sini. Terjumpa couple yang sama di Sa Pa. Mereka pun menghala ke arah yang sama. X lama kemudian bas pun sampai. Sleeper bas la menjadi pilihan. Kami pun naik bas masing2. Sambil pemandu dan kelindan loading bag dan motorsikal. Haaa kau motor kot dia sumbat kat tempat letak beg ada la dalam 3 biji. Setel loading je bas pun bergerak. Dalam setengah jam jalan bas berhenti di depan kedai hardware. Loading barang ape ntah lagi. So bas ni dah jadi mcm lori driver cari duit lebih kot buat delivery. Mate pun dah ngantuk apa lagi tido sebab perjalanan ke Nha Thrang memakan masa hampir 10 jam jugak.
meriah....sleeper bus ke Nha Thrang
beg letak kat atas...motor sumbat kat bawah
berhenti rehat...tapi x tau kui brape.....
Esok bangun pagi dah sampai Nha Thrang. Ape yang ade di Nha Thrang tunggu next entry!!!

p/s : nak travel secara percuma??? klik sini untuk mengetahuinya.

No comments: