Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Pengembaraan bersambung dari Da Nang menuju ke Hoi An. Sedikit sebanyak info berkenaan dengan bandar Hoi An. Hoi An merupakan salah satu bandar bersejarah di Vietnam dan telah digazetkan sebagai salah satu UNESCO world Heritage Site. Selain itu juga Hoi An juga digelar Bandar Tanglung atau City Of Lantern. Nak tau mane dapat gelaran city of Lantern ni meh kite round bandar Hoi An.
Dari Da Nang anda boleh naik teksi, motor dan bas awam. Lokasi pun x jauh dalam 30-40 km je dari Da Nang. So nak jimat punya pasal naik bas awam la menjadi pilihan. Dari hostel menapak ke stesen bas yang telah ditunjukan oleh staff hostel. X jauh pun dalam 1.2 km lebih je. Cuace pun hujan renyai2 jalan kaki la pelan2 sambil menolak perlawaan teksi motor. Mereka menawarkan 2 usd untuk membawa aku ke perhentian bas tersebut.. Dalam 15 minit sampai la ke perhentian bas tersebut. Perhentian bas tersebut ada signboard menunjukkan destinasi bas yang melalui perhentian ini.
|
naik bas no 1 untuk ke Hoi An |
Duk lepak sambil menunggu bas, selepas 30 minit bas yang ditunggu pun sampai. Tambangnya cuma 40000 dong sbb bawa begpack besar. Kalo xde backpack cume 35000 dong je. Duk la dalam bas sambil feel acah2 orang local. Sempat la sembang dengan local tapi x sempat tanya nama. Sembang2 kosong dan cari info skit pasal Hoi An apa patut buat dan sebagai nya. Hostel juga dah booking semasa di Da Nang melalui agoda.com. selepas sejam perjalanan bas pun tiba di Hoi An. Selepas berpisah dgn wanita tersebut aku berjalan menuju ke hostel yang telah di tempah. Di Hoi An ni cuace juga masih renyai dan lebih lebat sedikit dari Da Nang. Berjalan sejauh 1.4 km baru tiba di hostel yang telah di booking. sampai dalam kui 10:30 pagi tapi dah boleh cek in. Letak beg kat atas dan turun balik untuk cari tiket ke Nha Thrang.
|
keadaan bas awam menuju ke Hoi An. |
Niat di hati nak cube naik sleeper train ke Nha Thrang malangnya penuh, so xde pilihan lain aku pun book sleeper bas je jam 8:30 malam. Tiket berharga 250000 dong siap pick up dari hostel. Setel pas beli tiket niat di hati nak keluar berjalan, tapi keadan di luar masih hujan. So lepak je la bilik sementara mengharapkan hujan berhenti. Menjelang tengah hari dalam kui 2 gitu perut pun lapar.. g kedai depan cari nasi. Sekali lagi google translate menyelesaikan masalah komunikasi. Dapat nasi balik hostel makan dgn lauk sambal bilis yang dipek dari rumah.
Setelah setel makan cuaca masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti, so lepak la dalam bilik sambil merenung ke luar jendela. Jam menunjukkan jam 6:00 petang, cuaca dah ok, hujan dah berhenti, apa lagi terus keluar hostel untuk menikmati bandar Hoi An. Jarak hostel dari point of interest x terlalu jauh dalam 500 meter je so x yah la nak sewa basikal. Tgh jalan2 tetiba ade orang tahan suruh beli tiket untuk masuk ke kawasan tumpuan pelancong. Aku pun pelik nak masuk sini pun kene bayar ke? Cakap xpe dan patah balik, tapi bukan patah balik utk ke hostel, tapi cari jalan lain. Lalu lorong2 kecil belakang kedai dan tumah sampai la di tepi sungai. Disitu kelihatan banyak pelancong berkeliaran di kawasan tersebut. Ada yang naik perahu, ada yang bergambar atas jambatan ada juga melepaskan tanglung didalam sungai. Cuaca pun dah gelap memang meriah la keadaan di tepi sungai.
Aku melintas sungai dengan melalui jambatan tapi ada kaunter jual tiket puppet show. Di seberang sungai terdapat banyak restoran dan kedai2 menjual tanglung. Terlalu banyak kedai menjual tanglung, sebab tu bandar ni mendapat jolokan city of lantern. Kelihatan night market mula beroperasi dimana peniaga2 mula membuka kedai mereka. Kebnayakan barang yang dijual baik seperti biasa cenderahati Vietnam. Kalo nak yg special made in Hoi An, suit, blazers, dan tanglung. Terdapat banyak tailor yang menawarkan khidmat menjahit pakaian dan agak femes suit dari sini. Selain itu juga jambatan jepun yang femes di Hoi An ni. Rupanya-rupanya tiket yang dijual tu adalah tiket untuk masuk ke rumah tradisi jepun tu. Tapi x rase menyesal pun kalo x masuk. Amik masa round pasar dan kebetulan terjumpa roomate dari Da Nang. Kami pun jalan sekali sambil sembang2 dan meneroka setiap pelosok bandar ini. Banyak lorong2 di hiasi dengan tanglung dan kelihatan amat meriah.
|
bandar berjalan kaki dan berbasikal |
|
keadaan laluan di sekitar bandar Hoi An |
|
penganting baru photoshoot di bawah tanglung...romantis gitew |
|
banyak kedai yang menjual tanglung..... |
|
keadaan di sepanjang tebing sungai...kedai2 |
|
di seberang sungai deretan kedai yang menghiasi bandar Hoi An |
|
Laluan yang dihiasi dengan tanglung...inilah yang disebabkan Hoi An mendapat jolokan "City Of Lantern" |
|
Penjual tanglung air untuk dilepaskan di sungai |
|
the famous Japanese Bridge di Hoi An....nak masuk kene beli tiket dulu.. |
|
wedding photoshoot lagi...... |
|
salah satu laluan yang dihiasi dengan tanglung yang berwarna warni..identiti Hoi An |
Sedang tiba2 tgh berjalan2 tetiba hujan turun dengan lebatnya. Mencurah2 menyebabkan kami mencari tempat berteduh di kedai2 berhampiran. Baju hujan x bawak payung pun x bawak mmg mati kutu la. Dengan sejuk campur hujan lebat mmg terbatas pergerakan kami. Lebih sejam menunggu tidak ada tanda2 hujan untuk berhenti. Member korea tu pun nak gerak balik ke Da Nang sbb van mereka akan bertolak jam 9:30 mlm. Aku pun masih menunggu di kedai tersebut sbb malas nak mengharungi hujan lebat bukan apa nnt baju dgn jaket basah akan amik masa yang lama untuk kering, beg pun akan jadi berat dan akan berbau jika disimpan dalam beg jika baju x kering lagi. Malangnya tahap kesabaran x terlalu timggi lalu aku amik keputusan untuk pulang ke hostel. Lencun kuyup habis la jaket dan baju aku sambil jalan sambil cari idea nak jemur baju bagi cepat kering.
|
bersama roomate dari Da Nang bertemu di Hoi An |
Sampai je di hostel tukar baju dan pergi ke balkoni untuk sidai. Nampak outdoor unit aircond sekaligus memberikan idea untuk jemur baju berhampiran dengan outdoor unit itu. Selepas setel semua tarik selimut dan tido. Harap2 esok cuaca ok untuk melihat Hoi An di waktu siang.
No comments:
Post a Comment