nuffnang

Friday, January 8, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 0


Tanggal 22 Disember 2015 merupakan tarikh bersejarah kerana telah memulakan salah satu wish list saya iaitu pengembaraan secara solo melalui jalan darat atau lebih dikenali sebagai "overland". Pelbagai sumber di baca di catat bagi membolehkan perjalanan berjalan dengan lancar. Mencari "hot-spot" setiap destinasi yang di singgah. walaupun x pegi semua hot spot yang ada, tapi singgah la yang ppaling top mcm orang cakap kalo singgah sana x pegi situ mmg x lengkap la journey tu hahahaha. Sumber utama haruslah blog-blog para traveler yang telah membuat perjalanan ke sekitar kawasan persinggahan nanti.

Pada mulanya perancangan yang dibuat adalah melalui route berikut kl-hadyai-bangkok-chiang mai-vientiene-hanoi-saigon-phnom penh-siem reap-bangkok-hadyai-kl. Bajet dan timing semua telah dibuat dan memandangkan kos yang dihasilkan melalui route ini lebih kurang Rm 4,000.00 dan mengambil masa lebih kurang 21 hari maka saya mengambil keputusan untuk meneroka Thailand dan Laos sahaja. 

Route yang saya ambil adalah kl-hadyai-bangkok-chiang mai-chiang rai-luang prabang-vientiene-bangkok-hadyai-kl. Saya memilih untuk melalui luang prabang dan vientiene kerana saya tidak mahu balik ikut route yang sama. Lagipun Luang Prabang dan Vientiene juga mempunyai tempat yang menarik. Orang kata alang2 dah sampai terjah je. Target perjalanan adalah selama 15 hari dan dijangka balik ke kampung halaman pada 7 Januari 2015. Bajet yang telah disediakan adalah sebanyak RM1500 merangkumi semua perbelanjaan sepanjang trip ni.(last2 burst jugak)

Perjalanan saya bermula di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke hadyai dengan menaiki bas alisan golden coach (sebab ade plug point&  ade wifi huhuhu) . Bas berlepas dari terminal jam 11.30 malam (delay 30 minit) dan tiba di Changloon (perhentian bas sebelum tiba di Bukit Kayu Hitam) untuk proses pengisian kad ketibaan ke Thailand. Semua ini pihak bas yang buatkan sementara menunggu imigresen buka lebih kurang jam 8.00 pagi. Kat sini nak makan boleh,nak tempah tour boleh,yang bawa kenderaan sendiri hendak ke thailand boleh membuat insuran kenderaan disini. Bayaran pulak saya tidak pasti berapa.
makanan di sini agak mahal...lihat harga tersebut.

Setelah selesai semua urusan disini maka perjalanan diteruskan ke imigresen dan seterusnya memasuki sempadan thailand.

Keadaan dibsempadan ketika itu amatlah sesak dan kelihatan ramai rakyat malaysia membuat lawatan ke negara tersebut memandangkan cuti panjang sempena maulud nabi dan krismas.

pasport beserta kad ketibaan yang telah siap diisi
sekitar pemandangan di kawasan imigresen Dannok, Thailand

perbelanjaan setakat ini:
RM 60 (tiket bas)

sambungan nanti ketibaan di hadyai.


No comments: