Assalamualaikum dan salam sejahtera
Coretan kembali bersambung dan sekarang telah berada di Luang Prabang, Laos. Sedikit fakta tentang bandar ini, Luang Prabang telah diisytiharkan sebagai bandar warisan sejarah dunia oleh UNESCO. Sama seperti bandar Melaka dan Georgetown, Penang. Seperti tempat lain, Luang Prabang juga banyak tempat yang boleh dilawati dan iklim nya pada ketika ini sejuk2 aircond dalam 20-25 darjah celcius so memang syok la jalan2. Bandar ni x besar mana pun jalan kaki boleh habis pusing cuma tempat2 menarik terletak di luar kota ini salah satunya Air terjun Kuang Si.
Cukup serba sedikit pasal bandar ini, sekarang kita mulakan cerita xtvt setelah bangun dari tidur. Setelah bangun mandi apa bagai, packing beg sbb nak cek in hostel lain sbb dan janji dengan teman yang dikenali di sempadan thai semalam. Sambil2 tu order breakfast dulu roti bakar dengan scramble egg.(mostly breakfast hostel or guesthouse mmg ni je). Sementara menunggu breakfast booking hostel Cheng Backpackers melalui agoda sebab malam tadi byk hostel full dengan yakin booking terus dengan harga RM20 semalam. Setelah selesai makan terus cek out dan menuju ke guesthouse yang ditempah tadi. Keluar je dari LPQ backpackers terjumpa seorang pak cik yang merupakan pengusaha guesthouse bersebelahan dengan LPQ Backpackers. Bertanya dari Malaysia ke? dengan pantas cakap ya, pak cik tu pun reply hah..tu ade 2 org Malaysia jugak tu. Apalagi sembang2 la mane tau leh jalan sekali baru ada geng. Sorang bernama Arman dan sorang lagi Agus. Depa dari Vientiene, Vang Vieng dan terus ke sini. Pak cik tu pun orang Malaysia rupanya. Dah plan nak ikut tour je Kuang Si waterfall dengan harga 45000 kip. Kalo amik dengan LPQ Backpackers 50000 kip. Huhuhu jimat 5000 kip. Pastu minta excuse jap bak cek in di Cheng Backpackers, setiba di guest house tersebut, mmg indah dalam gambar dari sebenar. Horror kot, dah mcm setinggan dah x rupa rumah. Apa lagi cabut la g guest house melayu tadi tanya ade katil kosong x. Katil mmg xde kosong tapi bilik ada dia nak bagi 100000 kip semalam. Kalo duk sorang agak mahal la. Tolak dengan cara baik dan cek in balik di LPQ, seb baik ada katil lg hahaha selamat...tp roomate kali ni majority orang korea. Selesai cek in terus tukar baju nak ke air terjun.
|
What That GH ownernye muslim dari Kelantan (ni sign board lama) |
Lepak dekat guesthouse sebelah sementara nak tunggu gerak. Tengah sembang2 ternampak mamat indon tadi, rupanya2 dia pun cek in dekat LPQ jugak pg tadi. Humm x yah susah2 nak cari lg. Terus ajak join ikut ke air terjun Kuang Si. Nak jimat sewa tuk2 cari 3-4 orang sewa tuk2 murah, sewa motor 20 usd sehari mahal, terpulang kepada bajet masing2. Kui 11:00 gerak lah ke kuang si. Dalam van terjumpa lagi seorang korean yang Agus dan Arman jumpe ketika mereka di Vang Vieng. So berlima la kiteorang. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam ke sana. Sampai lebih kurang jam 12 deiver bagi masa 3 jam je. Tanpa membuang masa beli tiket masuk 20000 kip seorang. Dalam tu ada taman beruang tapi x endah pun sbb dah terbayang air terjun. Jalan dalam 10 minit je terus sampai kolam yang pertama. Memang terkesima sekejap mmg lawa. Selfie dan amik gambar skit2 terus cari port utk tiruk. Jumpe port yang kurang orang, dan luas x pikir panjang dah terus je tiruk. Kami berempat mandi dan Doni (indonesia) tu x mandi dia nak terus berjalan untuk shoot gambar. Doni ni seorang journalist mmg cari bahan untuk artikel dia. Tapi kat sini mmg ramai orang korea. Mana2 jupe je orang Korea. Menurut Shin Chan (mamat korean tu kiteorg panggil Shin Chan) kat sini artis korea ada wat program kat sini sebab tu ramai je orang korea kat sini.
Dalam sejam lebih gak berendam kui 2.30 gerak ke parking sebelum tu sempat layan kopi di kedai kawasan tu. Nak makan mmg x la sbb x halal. Kat Luang Prabang ni xde masjid dan kedai makan halal memang xde. Nak makan halal order kat guesthouse tadi je.. dia boleh buat kan untuk dinner nnt. Jumpa jugak la nasi setelah sehari lebih x jumpe nasi.
Setelah semua penumpang dah selesai van pun bergerak balik ke guest house sampai guest house kui 4 ptg. Lepak kat bilik je sementara menunggu pukul 7 sbb nak mkn bbq laos style. Arman dan Agus ajak join bila lagi nak rasa local food yg halal kan. Bayaran sorang 40000 kip. Tapi perut mmg dah kebulur gila sehari lebih x jupe nasi. Biskut dan coklat x dapat nak membantu mengurangkan tahap kelaparan. Tepat jam 7.00 malam sume berkumpul dan bersedia untuk makan. Rupayang bbq laos ni bukan daging, menu utama nye sayuran, kangkung, bayam, kubis, salad dan byk sayuran hijau. No wonder orang laos sihat2 makan sayur dan ayam. Menurut pak cik ni dia mmg beli ayam import dari thailand yang halal saje mmg mahal harganya. Rebus air dan dan masukkan sayur dan ayam pun diletakkan di tempatnya untuk membakar. Simple je dan tak lupe soh hoon (glass noodle) sekali. Ingat makan begitu je, rupanya ada sambal khas untuk menyedapkan makanan pada malam itu. kalo kita sini style macam johnnys tapi sambal dia ni macam pes tomyam tapi rasa sedap. Tgh2 makan dan bergambar tanpa segan silu minta nasi juga. hahahaha seb baik pak cik tu xde hal hahahah. Mgg puas hati dan kenyang. Merasa jugak la local food walaupun mahal tapi berbaloi.
|
standby nak makan |
|
kak aisyah menunjukkan cara2 nak makan |
|
wefie sebelum mula (baju biru putih owner GH) |
Setelah selesai makan dan kenyang, kami pun pergi round2 night market dia. X jauh pun dari guesthouse mmg jalan kaki je. Memang meriah dan banyak kedai sbb persiapan nak sambut tahun baru. Barangan yang dijual cenderahati, tshirt, aksesori telephone, pakaian tempatan, arak, dan macam2. Serbuk teh dan kopi pun ada. Macam2 jugak tu ade sleeper tea la, black tea la.lama juga la nak menghabiskan melawat semua kedai. kedai makanan pun banyak tapi xde yang halal. Tengok aje lah..
|
santai sambil berniaga kraftangan |
|
macam2 teh ada disini |
|
speaker untuk iphone je ye......yang lain x de |
|
live band di night market |
Hampir 2 jam jugak la habiskan masa disana pastu terus balik bilik dan tido. Esok awal pagi ada upacara apa ntah beri makanan / sedekah kat sami2. Acara ni memang diadakan setiap pagi dan bermula jam 5:00 pagi.
Selepas subuh saya dan Doni keluar la ke pekan untuk melihat upacara tersebut. Ramai pelancong mengambil kesempatan untuk menyertai upacara tersebut. Mereka beratur di tepi jalan dan apabila sami2 tadi lalu mereka memberi makanan/snek kepada mereka dan sami2 tadi mendoakan untuk mereka. Upacara tersebut berlarutan sehingga di kawasan pasar pagi. Begitu ramai peniaga memohon doa dari sami2 tersebut. Lepas tu round pasar pagi mmg banyak jualan tapi sayur mmg banyak...termasuk yang rare dan excotic pun ada.
|
ramai pelancong dari orang tempatan |
|
upacara bermula |
|
masing2 dah stand by dengan sumbangan masing2 |
|
morning market..mmg banyak gila sayur dijual |
|
"cik ti" kering pun ada. |
Setelah habis round morning market round ke travel agency nak cari tiket ke vang vieng, sbb ramai yang rekemen singgah sana. Kami pun try tanya tiket samaada bas atau minivan untuk ke Vang Vieng tetapi dukacitanya telah habis. Ada satu option untuk ke Vang Vieng dengan bas ke Vientiene tapi kene bayar penuh (bayar tambang sampai Vientiene tapi turun kat Vang Vieng) setelah puas berfikir dengan bajet yang agak tight, Doni pun mengejar masa so kami abaikan la untuk singgah ke Vang Vieng direct ke Vientiene je. Kalo ada rezeki lebih next time mmg singgah la sana. Tiket bas di beli dengan harga 160000 kip termasuk tuk tuk dari guest house. Kalo beli sendiri di stesen bas harga 130000 kip, naik tuk2 lagi lebih kurang sama je cuma 10000 kip tu kire agen punye service caj la. Tuk2 akan ambil dari guest house kui 6.30 petang sebab bas ke Vientiene akan bertolak dari stesen jam 7:30 petang. Niat dihati nak amik sleeper bus tapi penuh. Naik bas yang biasa la kita.
Selesai urusan beli tiket balik ke guest house untuk bersarapan. dan terjumpa seorang lagi orang Malaysia perempuan bernama Farhana yang baru tiba di sini. Sempat la besembang2 dari mana, kongsi apa patut buat dekat sini dan sebagainya. Lepas makan mandi2 packing2 beg dan cek out terus sebelum kui 11, kalo lebih masa dia caj extra. Beg tinggal di lobi ajak Doni dan Shin Chan round pekan lagi. Masuk la muzium2 yang free, cuaca sgt cantik sejuk2 redup memang sesuai la nak jalan2. Cadang nak mendaki bukit Phou Si tiket kene bayar 5000 kip naik setakat sampai kaunter je la. hahahaha. Setiap lorong kami masuk dari hujung pekan ke hujung pekan by pukui 2 dah habis round balik guest house lepak sambil main wifi. Arman dan Agus pagi td dah gerak ke Pak Ben naik slow boat. Buang masa la di guest house dan sempat order nasi goreng untuk dinner nnt.
|
Lao high school girls |
|
salah satu wat yang ada |
|
ni national museum |
|
harapan nak mendaki bukit Phou Si |
|
panorama skit |
|
di hujung pekan bayar 5000 kip kot x silap nak seberang |
|
signboard tempat menarik |
|
nasi goreng Lao (25000 kip) |
Setelah makan apa sume, memang tunggu tuk2 je la ni, nak jalan pun dah gelap tepat jam 6.30 petang tuk2 pun sampai, orang korea jugak dlm tuk2 tu dalam 6 orang yang leader dia asyik bercakap x henti2 dari guest house sampai stesen bas, naik bas pun sama jugak bercakap x habis2 hahahaha. Tepat jam 7:30 malam bas pun bergerak target masa sampai di Vientiene pukui 5@6 pagi esok. Kematu la dalam nak tido pun paksa diri tiod sbb jalan dia mcm dari Bokeo nak ke Luang Prabang. Bertabahlah. Lupa nak bagi tau, tiket bas ni include makan sekali, kami terlupa nak turun sbb ngantuk x ingat hahahaha.
|
bas ke vientiene (dalam ni ade toilet) |
|
keratan tiket dan kupon makanan. |
Nanti sambung ketibaan di Vientiene, Laos.
Belanja Hangus
Bilik 45000 kip
Tour air terjun kuang si 60000 kip
Dinner BBQ 40000 kip
Minum2 5000 kip
tshirt 30000 kip
tiket bas ke vientiene 160000 kip
dinner 25000 kip
p/s : ingin membuat pendapatan sampingan?? klik
sini
No comments:
Post a Comment