nuffnang

Thursday, January 14, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 2

Ketibaan di Hua Lamphong Station, Bangkok

Setelah mengharungi perjalanan selama 18 jam dari Hatyai, tepat jam 12 tgh hari keretapi telah selamat parking di platform yang telah ditetapkan. Pertama kali sampai di stesen keretapi yg utama di Bangkok.

Perkara yang mula2 dilakukan macam biasa la amik gambar dulu. Terlihat gerabak keretapi mewah iaitu Oriental Express di terminal...terus menjadikan gerabak itu sebagai latar belakang semasa tiba di Bangkok. Kelihatan banyak juga rakyat Malaysia yg berada di stesen ini.
tepi oriental ekspress

Selepas meninjau kawasan hangar tren, terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket menuju ke chiang mai. Untuk memudahkan anda yang datang ke Bangkok, terdapat kaunter khas untuk pelancong dan pengembara dari luar Thailand untuk beli tiket sbb staf2 yg ditugaskan di kaunter tersebut boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Xyah pakai body langguage dan google translate. Semestinya amik katil memandangan tren ni special ekspress tiada 3rd kelas dan 2 nd class with fan. Sume gerabak aircond. Setelah selesai proses membeli tiket...dapat tiket kui 7.30 ptg...jam ketika itu menunjukkan 12:30 tgh hari...ade banyak masa untuk dibuang di bangkok. Sebelum keluar shoot dulu kawasan sekitar Hua Lamphong station ni.
hangar keretapi

ruang menunggu stesen hua lamphong

Perut pun dah lapar dah tiba masa untuk menikmati makan tengahari. Dengan merujuk kpd satu blog terdapat kawasan masjid yang mempunyai byk kedai makan muslim. Nak kesana dengan menaiki MRT dan BTS(skytrain). Dari terminal tren nak ke terminal MRT amat mudah dan dekat...ikut je signboard sampai... huhuhu

Dekat kaunter beli sampai stesen Sukhumvit. Tiba di stesen Sukhumvit amik sky train menuju ke Ratchathewi. Tiba di stesen cari jalan Petchaburi 7 ke arah kanan dari stesen dan anda boleh nampak kewujudan kedai muslim di sepanjang jalan tersebut.
suasana didalam BTS Skytrain

gambo kedai x sempat snap sbb lapar huhuhu maafkan saya. ( name kedai ingat kedai Fatima Fatornee) 

Lepas makan singgah masjid Darul Aman dekat sahaja dgn kedai makan untuk mandi solat dan sebagainya.Lama jugak la duk di masjid kebetulan ada orang meninggal dan sedang menguruskan mayat. Sempat juga berbual2 dengan warga tempatan beragama islam di sini. Nak jalan tempat lain malas sbb tgh pikul beg pack...(sbb nak jimat x nak letak dekat luggage center di stesen)

Dalam pukul 5 lebih gerak dari masjid menuju ke stesen hua lamphong dan decide untuk lepak di sana sambil menunggu tren. Dapatlah lihat pelancong, rakyat tempatan lepak di lantai stesen untuk menunggu tren berlepas.

Tempat sembahyang juga telah upgrade sbb sblm ni surau dekat tingkat 2 kalo x silap... sekarang surau dekat platform 4&5 beraircond lagi dan selesa.
surau di terminal

selesai sume carilah tren yang patut dinaiki supaya x kene tinggal huhuhu... 
papantanda maklumat tren

setelah selesai semua penumpang naik dan tren berlepas ontime!!! Dalam gerabak terjumpa geng VOG Bangi Center laki bini. Depa kene tinggal sbb cuti dan motor mereka letak dlm kargo..caj kargo dlm RM160...rakan mereka telah berada di Laos...

Jgn terkejut keretapi ni ade restoran lg....akibat gatal nak lepak dekat restoran pepagi...igt boleh minta air panas je...tp depa x faham...tunjuklah makanan dlm menu...x pasal2 kene 140 thb...amik!!!!
breakfast dalam tren ( 140 thb) 
keadaan restoran didalam tren

lepas kenyang bfast...cari port untuk bergambar ala-ala cennai ekspress...akibat tren fully aircond...terpaksa melalui 4 gerabak sehingga tiba di gerabak kargo...di situ ade tingkap....apa lagi setting monopod dan fon...selfie berbackgroundkan tren melengkok... ni mmg awesome!!!!
feeling chennai ekspress huhuhu

Selang beberapa jam selepas insiden selfue tersebut tren pun tiba di stesen Chiang Mai tepat jam 9:00 pagi!!!! 

Di Chiang Mai apa patut buat...sambung next episode

Belanja hangus
tiket tren 845 thb
MRT & Skytrain 120 thb
lunch 60 thb
bfast atas tren 140 thb

No comments: