nuffnang

Monday, January 11, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 1

Salam.....

Coretan bersambung...entry sebelum ni setakat sampai di kompleks imigresen bukit kayu hitam / dannok..

Setelah selesai urusan visa on arrival, passport pun telah dicop...kami menuju ke bas untuk meneruskan perjalanan ke pusat bandar hatyai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30-45 minit dari sempadan. Bas kami berhenti di kawasan pekan hatyai berhampiran dengan pejabat agensi perlancongan di situ. Bas2 lain seperti KKKL dan Konsortium Bas Ekspress juga berhenti di kawasan itu. Tanpa membuang masa bagasi pun diturunkan dan amik gambar kawasan sekitar tempat untuk kegunaan ketika hendak pulang. Lagu satu cara yang mudah tandakan lokasi tersebut dalam apps maps.me (aplikasi sebiji macam google maps tetapi boleh digunakan secara offline).

Setelah urusan semua selesai, mencari stesen keretapi hadyai adalah xtvt yg pertama. Mudah saja search dalam maps.me dan cari direction. Jarak ke stesen keretapi atau hadyai junction tidak jauh dari tempat bas hanya dalam 700 m jalan kaki dalam 10-15 minit sahaja. Nak jimat duit jalan kaki je.
Tempat turun dari bas

Sampai je di stesen terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket ke Bangkok. Tiket ke Bangkok diperolehi dan tren dijadualkan akan tiba jam 2:45 petang tetapi telah dimaklumkan akan lewat dan bertolak pada jam 5:45 petang. Pada ketika itu jam menunjukan pukul 12:00 tegah hari waktu thai. Apa lagi cari makan dulu. Untuk menyemak masa dan harga tiket bagi setiap kelas dan destinasi di thailand boleh layari http://www.thailandtrainticket.com/
kaunter tiket untuk perjalanan hari ini

dah dapat tiket tren


Diluar stesen ada kedai muslim, kedai tersebut adalah dapor muslim. Banyak review dari blog2 menyatakan kedai ini. Amik lauk ayam dan ikan keli harga 40 thb saje.
ni la kedai yang femes..betul2 luar stesen

Setelah selesai makan dan kenyang, pergi round2 sekitar kompleks beli belah Robinson sambil cari sim kad thailand.
Line yang dipilih ialah DTAC dan amik pakej 2gb untuk sebulan sebab untuk 2 minggu tiada. Harga simkad dan topup adalah sebanyak 370 thb sahaja. 

Selepas tu kembali ke stesen untuk berehat mandi dan sebagainya. Nak round hatyai mungkin time nak balik ke KL je nanti.

Sambil menunggu tren terbaring di kawasan menunggu dan sambil online melihat kelibat geng2 Backpackes Buddies Malaysia (BBM) yg menuju ke lokasi yang sama. Ada terjumpa bro paaly dan kawanya hendak menuju ke bangkok dan ladang bunga matahari di Lopburi. Sembang2 sambil menunggu tren ke bangkok tiba. Bro paaly dan kawannya juga menuju ke bangkok tetapi tren diaorg pukul 9 malam (setelah delay).
geng awek2 BBM nak ke Lopburi katenye

platform nak naik tren....

nampak x....tgh meniarap la berbaring sbb tunggu tren lewat

Tepat jam 5:30 petang tren yang ditunggu2 pun tiba. Mencari seat yang telah ditetapkan dan bersedia untuk bertolak. Amik 2nd class sleeper berth lower (aircond) dengan harga 845 thb. Tren pun ade banyak kelas dari kelas 1 sampai kelas 3 kipas. kelas 3 kipas kalo anda sume tabah dan nak berjimat dipersilakan. Kerusi kayu/seating mcm bas tapi x leh laras sepanjang perjalanan ke bangkok selama 18 jam.

seating dalam tren

dah jadi katil...lega dapat luruskan pinggang

sume dah tutup langsir...tido la tu...

sekitar pemandangan dalam perjalanan dari Hatyai ke Bangkok
lepas subuh punye view....

sun rise.......

seating kelas 3 kipas......

feeling-feeling chennai ekspress

next entry ketibaan di Bangkok @ Hua Lamphong train station

belanja terlibat
simkad 370 thb
tiket tren 845 thb
lunch 40 thb
air mineral 15 thb














No comments: