nuffnang

Monday, January 18, 2016

Backpackers trip overland (Thailand & Laos) episod 3-Chiang Mai

Assalamualaikum rakan2 traveler

Kita sambung setelah tiba di Chiang Mai, Thailand. Tren tiba di stesen pada jam 9.00 pagi waktu tempatan. Sebelum tiba di stesen tempahan untuk bilik ketika di Chiang Mai telah dilakukan didalam keretapi melalui Agoda.com. Saya menempah bilik setelah confirm dengan ketibaan saya disana dan sebagai panduan untuk ditunjukkan kepada tuk2 setelah tiba di stesen. Mudah. Terpulang kpd korang nak duduk dekat old city, dekat dengan Night Bazaar dan lain2. Saya menetap di Mint House di Old City Chiang Mai.
mercu tanda stesen chiang mai

Setelah tiba di stesen terus mencari tuk2 untuk ke hostel. Perlu diingatkan ada banyak tuk2 dan orang persendirian yg mencari pelanggan. Ada yang menawarkan harga sehingga 200thb untuk sampai ke kawasan old city. Lebih baik cari tuk2 yang formal x silap warna merah tambang yang dikenakan ke kawasan old city sebanyak 80 thb saje... nampak kan beza dia tu. Jumpa dapat je tuk2 tunjukkan alamat hostel yang anda menginap supaya mudah bagi mereka untuk menghantar anda sehingga di depan pintu.
tunjuk ni je kat konduktor tuk2
Mint House dari luar.Puas hati la...padan dengan harga
Setelah sampai di Mint House urusan cek in dilakukan memandangkan masa dah menunjukkan pukul 10.00 pagi x masuk bilik pun untuk tgk bilik...letak di receptionist dan bertanya utk mencari kedai sewa motor. Destinasi pada pagi itu hendak ke Doi Ithanon National Park. Terletak lebih 100 km dari kawasan old city. Dan memerlukan motor cc besar skit sbb katanya laluan berbukit dan bengkang bengkok. Receptionist itu membawa ke kedai moto berhampiran dgn hostel dan melihat motor yang di tawarkan. Yamaha Nmax menjadi pilihan hati sbb 155 cc skuter dan harga 600 thb sehari termasuk insuran. Perlu diingatkan apabila hendak menyewa motor pastikan kedai motor yang sebenar kerana sekiranya anda tidak mempunyai cash yang banyak untuk deposit (5000 thb) anda dikehendaki meletakkan pasport anda sebagai deposit motor tersebut. (jgn lupa buat copy untuk simpanan anda)

Setelah selesai utusan sewa motor, kembali ke hostel untuk menempah tiket ke Chiang Rai pada esok pagi.Anda boleh menempah sendiri tiket bas di bus stand Chiang Mai atau melalui hostel dan guest house pun boleh. Cuma melalui guest house dan hostel anda kene bayar ekstra 26 thb sbg komisen dan tiket hendaklah diambil di 7e dalam tempoh 2jam setelah booking dibuat oleh pihak hostel. Jgn risau 7e banyak disana. Setelah selesai semua urusan..buka maps.me dan cari route ke doi ithanon dari Chiang Mai
Route dari chiang mai ke doi Ithanon National Park
Perjalan mengambil masa selama hampir 2 jam. X berani bawak laju2 sbb jalan raya di sana agak licin dan lain dgn Malaysia. Sepanjang perjalanan akan lalu highway, lalu pekan, highway dan pekan. Setelah hampir sejam setengah anda telah tiba di pintu masuk Taman Negara Doi Ithanon. Kat sini boleh beli tiket masuk berharga 300 thb seorang dan 20 thb untuk motor. Ingatkan dah dekat dah kalo dah sampai di pintu masuk..rupa2nya masih ade baki 40 km untuk sampai di atas sana. Sepanjang 40 km ini laluan berbukit,bengkang-bengkok dan view yang awesome.
Pintu Masuk Doi Ithanon National Park
Segala gambar sepanjang perjalanan ke atas tidak diambil sebab ingin cepat untuk tiba di puncak sebab cuaca nampak mcm nak hujan di atas sana. Tapi puncho mmg tersedia didalam beg.
Betul kata tokey kedai tu sbb mmg curam giler bukit dan mmg kene la amik motor ni sbb power lebih nak mendaki. Ada je yg naik beskal,van tour dan motor. setelah hampir sejam tiba di kawasan pagoda dua tu. Parking moto dan naik ke atas. Sini ade disediakan tuk2 untuk ke pagoda dari medan letak kereta. FREE je...tapi x tau kene la daki skit dlm 50 meter je...x jauh pun. Tiket nak masuk ke pagoda tu cume 40thb je tapi x masuk pun sbb cuaca nak hujan...lepak dalam setgh jam je kat atas tu
Yamaha N Max
panoramic view sikit
landskap yang menarik
98.2 kilometer dari old city
suhu disana tapi di puncak lagi sejuk...
2157 meter dari aras laut
berkabus....boleh bayang x sejuk naik moto x pakai jaket (jaket tinggal)

setelah puas bergambar, mari turun balik bukit2 ketika mmg kene berhati2 sbb bukit curam dan jalan licin serta sejuk...elok bawa motor secara berhemah dan berhati-hati. Sekitar pemandangan ketika menuruni bukit dari Doi Ithanon National Park.
kedai2 di tepi jalan menuju ke atas
vending machine untuk beli petrol
salah satu resort
lebih kurang macam RnR la ni
sepanjang perjalanan view mcam ni la
ada air terjun, sesape nak camping siini pun menarik
Mengharungi kembali 100km untuk kembali ke pusat bandar. Dalam kepala nak cari masjid dan kedai makan dibkawasan masjid untuk late lunch. Dalam 2 jam lebih hampir 3 jam tiba di pusat bandar (balik bawa slow sbb penat lapar). Untuk pengetahuan masjid Chiang Mai terletak berhampiran dengan night bazaar dan di luar kawasan old city.
Sampai masjid setelkan urusan apa yang patut dan terus cari kedai makan. Memandangkan hampir maghrib selepas makan...habiskan masa di masjid sementara menunggu maghrib. Setelah selesai round2 di kawasan Night Bazaar Chiang Mai. Sperti biasa barangan cenderahati banyak dijual dan makanan juga ada di sini. Jgn risau yang muslim pun ada...boleh cuba makanan tempatan.
masjid chiang mai
kawasan muslim
sekitar night bazaar (bukan weekend so kurang meriah)
panorama sikit

Jalan2 almost satu jam jugak di night bazaar kembali ke masjid amik motor dan terus balik ke hostel. Didalam perjalanan ke hostel terlihat ada event diadakan di kawasan old city. Apalagi parking motor tgk ape yang ada. Rupanya ada karnival sempena tahun baru 2016 diadakan di Tha Phae Gate. Ada persembahan, cenderahati, kedai makan yang banyak (cuma kat sini tiada muslim yang berniaga so kite tgk je lah ye. 
Tha Phae Gate
pemadangan di kawasan karnival
ade live show......live band
kedai makan...(tengok je lah)
Dah habis pusing2 balik hostel terus. x jauh pun hostel dari Tha Phae Gate ni.

Di Chiang Mai juga banyak xtvt yang boleh diambil melalui pakej, nak maountain bike pun boleh, atv pun boleh, bamboo rafting pun boleh, tour ke golden triangle pun ade (Chiang Rai) itu sume terpulang kepada bajet anda la. Saya mmg nak ke Doi Ithanon je sebab situ merupakan point paling tinggi di thailand. Nak cover sume mungkin mengambil masa 2-3 hari sbb di Chiang Mai ni byk waterfall dan taman negara serta x lupa tempel2 (wat) untuk dilawati.

Esok pagi setelah cek out pulangkan kan motor di kedai smalam. sbb kedai bukan kui 8:30 pagi..setelah selesai urusan pemulangan moto, cari tuk2 di jalan besar untuk ke Chiang Mai bus station untuk ke Chiang Rai pada jam 10:30 pagi. Tambang tuk2 dari old city ke terminal bas cuma 60thb sahaja.
Kaunter green bus thailand
ingat nak ubah tiket amik yang lebih awal tetapi bas penuh..nasib baik dah beli awal2.. so lepak la dekat terminal hampir sejam setengah. dan perjalanan ke Chiang Rai mengambil masa selama 3 jam lebih.
cek in luggage
ada konduktor siap uniform (ni kelas X kot x silap..ada banyak kelas bas

belanja hangus
motor+minyak 700thb
makan 60 thb
bayaran masuk 360 thb
hostel RM 17.10
tuk2 140 thb
tiket bas ke Chiang Rai 196 thb

sambung ke Chiang Rai pulak


p/s : Nak menjana duit dari handphone click sini

No comments: